Balik Ramai-ramai Tapi Satu Keluarga Saja Kena Tanggung Perbelanjaan Dapur!?

Share

Meriah balik ramai-ramai berkumpul adik beradik musim raya, apatah lagi yang jauh di perantauan pun ada. Mak ayah apatah lagi, mesti bahagia tengok anak cucu depan mata.

Tetapi setiap kali raya, macam mana dengan kos perbelanjaan duit dapur nak ‘main masak-masak’? Itu belum kira soal duit bil api, orang tua saja ke kena tanggung?

Wujudkan Perbelanjaan Dapur

Hah, jangan buat pejam mata kalau dah anak-anak pun berderet. Biasanya yang tadah perut saja ramai, yang keluarkan duit buat tak nampak.

Kalau berlaku situasi seperti ini dalam keluarga, salah seorang adik beradik kena betulkan dan ikut cara yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan kali ini. Bersuara!

Raya ramai-ramai, dapat berkumpul semua adik-beradik memang seronok.

Ianya akan jadi TAK SERONOK kalau balik 5 family, tapi satu family saja yang kena tanggung serba serbi perbelanjaan dapur untuk kesemua yang balik beraya di kampung tu.

Pakat Adik Beradik

Benda ni adalah sesuatu yang susah nak kita cakap pada adik-beradik kita takut diorang terasa, takut jadi bermusuh, tapi kita tetap kena cakap.

“Abang Long, kau beli kuih raya. Kak Lang, kau beli bahan-bahan buat lemang, ketupat, rendang. Kak Ngah, kau beli bahan-bahan buat nasi tomato, bihun sup. Abg Cik, kau beli kerepek, maruku. “

Atau…

“Abang, Kakak, Adik, tolong bagi sorang 100 atau 200 untuk beli ayam, daging, tulang, ikan, sayur dan kelengkapan-kelengkapan dapur dan raya yang lain-lain.”

Bayangkan 5 family, satu family 4 orang, dah hampir 20 orang satu rumah. Campur mak ayah kita, 22 orang. 22 orang sekali makan, bayangkan lauk banyak mana yang kita perlu beli, masak, dan hidangkan.

Modal tu, bukan biasa-biasa, banyak juga tu yang perlu dikeluarkan. Kerja pula biasa-biasa je, gaji tak besar mana. Abang, kakak, adik semua kerja hebat-hebat, balik naik Alphard, naik Honda, naik motor besar tapi nak keluar duit belanja dapur, beli barang raya…

KEMUT.

Kena Suarakan Minta Duit Perbelanjaan

Yang kerja biasa-biasa ini pula kena tanggung diorang. Maka daripada selalu makan hati ulam jantung, suarakan, PM sorang-sorang untuk minta duit barang. Jangan tanggung sorang-sorang.

Kalau awak tu dah berbelanja berhabisan sebab seronok rasa meriahnya duduk beramai-ramai ni, nanti tengah bulan diorang ada nak tanya awak, cukup duit ke tak untuk hidup? Tak, hadap la sorang-sorang… korek lah mana yang ada untuk hidup.

Banyak yang alami benda ni, balik beraya ramai-ramai, end up rasa terbeban sebab serba serbi kena keluar duit poket sendiri.

Published by
Nadia