Balik Kampung Atau Bercuti, PENTING Bawa Sekali Bakul Baju Boleh Lipat

Share

Bagi mak-mak bila nak balik kampung atau pergi bercuti memang satu ‘cabaran’ bab mengemas baju dan barang-barang yang nak dibawa sekali.Lagi-lagi kalau ada anak ramai yang masih kecil.Kalau boleh semua benda nak diangkut.

Jika duduk lama di kampung atau pergi bercuti, bab kain baju memang banyak, terutamanya baju kotor yang dah digunakan. Anak-anak, jika tak dipesan baju kotor letak dalam plastik atau beg khas, memang senang tertinggal dan tercicir. Begitu juga dengan alatan mandian.

Mak-mak boleh ikut idea perkongsian daripada Puan Aribah Ahmad

ini. Cara simpan dan bawa alatan mandian serta penting bawa sekali bakul baju boleh lipat, ketika balik kampung mahupun pergi bercuti.

Berikut perkongsian tersebut;

Saja nak kongsi cara saya simpan segala alat mandian ketika nak balik kampung atau bercuti terutama dengan anak-anak.

Sebab saya ada setengah dozen anak. 4 hero. Biasalah hero-hero ni tak gosok gigi seminggu pun tak kisah. Jadi mak kena siap siaga dengan satu beg yang memang bila nak balik kampung atau bercuti, angkat je masuk kereta.

Selain alat mandian, saya juga letak satu bakul kain yang boleh dilipat. Tak kiralah di kampung atau di hotel saya akan bukak bakul tu dan anak-anak tau nak masukkan kain kotor.

Jadi bila nak balik kalau malas nak lipat masuk beg, angkat jelah bakul tu masuk bonet. Selesai.

Beg ni sangatlah penting! Di poket depan tu saya letakkan bakul baju.
Saya masih mencari beg kalis air yang lehih sesuai dan nampak kemas.

Bakul baju yang boleh lipat ni dah lebih 10 tahun berkhidmat. Dulu beli di cosway.

Ni rupanya bila dibuka. Letak je tepi beg bila di kampung atau hotel. Boleh mengurangkan risiko baju cicir.

Ni bakul alat mandi. Jadi letak je bakul tu kat sinki. Takde berterabur sana-sini barangnya. Alat juga mudah kering sebab berjaring.

Saya letakkan mandian dan shampu saiz kecil.

Botol shaker ni saya letak berus gigi dan ubat gigi. Saya selalu bawa berus gigi lebih yang di ambil dari hotel-hotel sebagai spare untuk anak-anak yang tak bawak.

Bila nak balik, kemas dan masukkan dalam botol. Tutup. Masukkan dalam bakul dan simpan dalam beg.
Mudahkan!

Selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini: Wanita Ini Kongsi Cara Paling Mudah Nak Kemas Baju Anak-Anak, Sekaligus Jimatkan Ruang Dalam Kereta!

MW: Menarik juga idea ini. Boleh bawa sekali nanti bakul bajuyang boleh lipat siap-siap setiap kali pergi bercuti atau balik kampung.

Sumber: Aribah Ahmad

Published by
Suhaidah Abd Wahab