Bagi mak-mak bila nak balik kampung atau pergi bercuti memang satu ‘cabaran’ bab mengemas baju dan barang-barang yang nak dibawa sekali.Lagi-lagi kalau ada anak ramai yang masih kecil.Kalau boleh semua benda nak diangkut.
Jika duduk lama di kampung atau pergi bercuti, bab kain baju memang banyak, terutamanya baju kotor yang dah digunakan. Anak-anak, jika tak dipesan baju kotor letak dalam plastik atau beg khas, memang senang tertinggal dan tercicir. Begitu juga dengan alatan mandian.
Mak-mak boleh ikut idea perkongsian daripada Puan Aribah Ahmad ini. Cara simpan dan bawa alatan mandian serta penting bawa sekali bakul baju boleh lipat, ketika balik kampung mahupun pergi bercuti.
Berikut perkongsian tersebut;
Saja nak kongsi cara saya simpan segala alat mandian ketika nak balik kampung atau bercuti terutama dengan anak-anak.
Sebab saya ada setengah dozen anak. 4 hero. Biasalah hero-hero ni tak gosok gigi seminggu pun tak kisah. Jadi mak kena siap siaga dengan satu beg yang memang bila nak balik kampung atau bercuti, angkat je masuk kereta.
Selain alat mandian, saya juga letak satu bakul kain yang boleh dilipat. Tak kiralah di kampung atau di hotel saya akan bukak bakul tu dan anak-anak tau nak masukkan kain kotor.
Jadi bila nak balik kalau malas nak lipat masuk beg, angkat jelah bakul tu masuk bonet. Selesai.
Beg ni sangatlah penting! Di poket depan tu saya letakkan bakul baju.
Saya masih mencari beg kalis air yang lehih sesuai dan nampak kemas.
Ads
Bakul baju yang boleh lipat ni dah lebih 10 tahun berkhidmat. Dulu beli di cosway.
Ni rupanya bila dibuka. Letak je tepi beg bila di kampung atau hotel. Boleh mengurangkan risiko baju cicir.
Ads
Ni bakul alat mandi. Jadi letak je bakul tu kat sinki. Takde berterabur sana-sini barangnya. Alat juga mudah kering sebab berjaring.
Saya letakkan mandian dan shampu saiz kecil.
Ads
Botol shaker ni saya letak berus gigi dan ubat gigi. Saya selalu bawa berus gigi lebih yang di ambil dari hotel-hotel sebagai spare untuk anak-anak yang tak bawak.
Bila nak balik, kemas dan masukkan dalam botol. Tutup. Masukkan dalam bakul dan simpan dalam beg.
Mudahkan!
Sekarang ini ramai mak-mak beralih hobi daripada menghias rumah menggunakan bunga atau pokok artificial kepada pokok hidup. Bukan sahaja cantik, pokok-pokok hijau ini dalam diam memberi terapi buat kita yang banyak habiskan masa di rumah.
Sebenarnya penjagaan indoor plant atau pokok dalam rumah tidaklah susah. Namun setiap pokok lain penjagaannya, tak sama. Pokok dalam rumah juga tidak perlu disiram kerap seperti pokok di luar.
Sebenarnya menurut @plnt.co, sebenarnya biarlah pokok kurang air daripada terlebih air. Jika terlebih air akan buatkan akar pokok mati. Jangan disalahkan tangan yang panas pula.
TIP ASAS PENJAGAAN INDOOR PLANT
Mungkin sudah ramai tahu kelebihan pokok dalam rumah, kemudian ramai pula yang baru berjinak-jinak berkecimpung dalam bidang tanaman hidup ini kan.
Jadi hari ni kakak share tip asas penjagaan pokok dalam rumah ok. Indoor plant ini sebenarnya taklah rumit mana hendak jaga. Cuma setiap pokok itu dia ada cara dia tersendiri.
Basic rules pokok hidup dalam rumah:
1. Pastikan tanah lembab
2. Siram 3 hingga 4 hari sekali bergantung kepada kelembapan tanah tadi.
3. Jangan selalu siram pokok. Biar kurang air dari lebih air. Jika kurang air, pokok layu tapi once kita siram, akan segar semula. Jika terlebih air, akan merosakkan akar pokok. So pokok boleh mati.
4. Pokok hidup memang semulajadi perlu matahari. Seeloknya letak pokok ditepi tingkap.
5. Jika rumah tak masuk matahari, dedahkan pokok 1 hingga 2 minggu sekali pada matahari.
6. Kalau jenis pokok yang memang indoor, jangan letak di kawasan direct sunlight.
7. Perlu bajakan pokok dalam 1 hingga 2 minggu sekali. Pokok juga perlu makan. 8. Untuk pasu yang tidak berlubang di bawah, saya letakkan pasu basic yang plastik dalamnya. Kira pasu luar tu sebagai hiasan.
9. Jangan biarkan air bertakung dalam alas pasu.
10. Setiap pokok tak sama cara penjagaannya. Ada tak boleh lebih air, ada yang memang boleh hidup dalam air.
Jangan Salahkan Tangan “Panas”
Pokoknya, kalau tak tahu nak jaga, tanyalah tukang jual.
Nanti ada masa kakak share pulak cara jaga setiap pokok.
Orang kata tangan panas tak boleh tanam pokok. Sebenarnya bukan salah tangan yang panas. Tapi mungkin sebab tangan rajin sangat siram pokok.
Tips ini mungkin berbeza dari orang lain. Ini hanya dari bacaan dan pengalaman kakak tanam pokok hidup. Banyak dah pokok kakak binasa sebelum ni sebenarnya
Selamat mencuba
MW: Nama pun pokok dalam rumah, jangan gatal-gatal tangan pagi petang, siang malam nak menyiram pokok. Siram biarlah berpada-pada. Lebih bagus klik
Pernah tak, tiba-tiba peti ais tidak sejuk. Mungkin gas habis kot. Terpaksalah panggil tukang baiki untuk masukkan gas. Tapi ada juga peti ais rosak atau tidak sejuk bukan disebabkan gas, maklumlah baru sahaja beli, tak sampai setahun pun.
Pening bila peti ais rosak sebab itulah tempat untuk mak-mak letak barang yang boleh bertahan lama. Kadang-kadang, tak berbaloi bila baiki kosnya agak mahal seperti harga beli baru. Rasanya baik beli baru daripada bayar upah baiki kan.
Sekarang, tak perlu risau, kalau ada peti rosak atau tak sejuk, cuba ikhtiar dulu. Modal nak beli barang pun hanya RM15 sahaja. Jimat berganda-ganda kalau panggil tukang baiki.
Boleh tengok perkongsian daripada Shahril M Sharip dan cara membaiki kalau peti ais kat rumah tidak sejuk.
Katanya,
“Tiba-tiba peti ais kat rumah jadi tidak beku dan perlu dibaiki. Alhamdulillah dengan modal RM15 sahaja, saya baiki sendiri. Itu pun pertama kali buat, banyak belajar an tengok dalam laman sosial.
Gambar cara membaiki pun ditunjukkan satu persatu.
MW: Moga memberi manfaat dan panduan untuk ayah-ayah baiki sendiri jika tiba-tiba peti ais tidak sejuk.
Jika selalu buah nangka masak dimakan mentah begitu saja. Rupanya mak-mak juga boleh padankan dengan pulut dan kuah santan pekat untuk kelainan.Boleh rujuk perkongsian resipi daripada Puan Zalipah Ibrahim ini pulut nangka yang dibuat untuk jualan sebagai panduan.
“Pulut nangka yang kak pah buat untuk jualan.Atas permintaan ramai dan maaf bagi yang kak pah tak reply mungkin tak perasan. Kat sini kak pah share resepi ya. Maaf andai ada yang terkurang kalau ada tak faham boleh tanya”.
Bahan-Bahan:
Buah nangka
beras pulut ( direndam 8 jam ) kurang pun takpe
santan pekat( guna santan kotak pun lagi bagus pekat )
garam & gula
Daun pandan (Pilihan )
Cara Membuat:
(Pulut)
1.Mula-mula toskan pulut yang direndam, kukus dalam periuk kukus letak daun pandan nak bagi wangi.
2.Masuk santan pekat dalam bekas campur garam agak-agak rasa dengan tekak kacau bagi hancur gula.
3.Dah masak pulut yang dikukus angkat gaul dengan santan tadi sampai kering santannya.
4.Selepas itu, masukkan semula dalam periuk, kukus sekali lagi sampai keluar wap. Angkat, tabur gula dalam pulut kaup balik pulut tadi dengan senduk bagi gula sekata. Biar sejuk sikit.
( Nangka)
1. Belah buang biji isi nangka, jangan belah terus separuh je
2. Ambil pulut kepal-kepalkam dan masukkan dalam nangka tadi.
3. Dah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut ke dalam periuk dan kukus sekejap dalam 3-5 minit, untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan lama nanti lembik tak sedap. Kalau suka nangka yang ranggup tak perlu kukus.
( Kuah Santan)
1.Santan pekat kisar dengan isi nangka agak-agak jangan banyak sangat dalam 5 @ 6 ulas je.
2.Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai mendidih.
3.Masuk gula garam ikut citarasa.
Siap! dah boleh makan.
MW: Menarik juga resipi pulut nangka kuah santan pekat ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Mungkin ada yang kata buah nangka dan pulut ini ‘angin’, apa-apa pun makanlah berpada-pada dan tak berlebihan.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.