Bagi mak-mak bila nak balik kampung atau pergi bercuti memang satu ‘cabaran’ bab mengemas baju dan barang-barang yang nak dibawa sekali.Lagi-lagi kalau ada anak ramai yang masih kecil.Kalau boleh semua benda nak diangkut.
Jika duduk lama di kampung atau pergi bercuti, bab kain baju memang banyak, terutamanya baju kotor yang dah digunakan. Anak-anak, jika tak dipesan baju kotor letak dalam plastik atau beg khas, memang senang tertinggal dan tercicir. Begitu juga dengan alatan mandian.
Mak-mak boleh ikut idea perkongsian daripada Puan Aribah Ahmad ini. Cara simpan dan bawa alatan mandian serta penting bawa sekali bakul baju boleh lipat, ketika balik kampung mahupun pergi bercuti.
Berikut perkongsian tersebut;
Saja nak kongsi cara saya simpan segala alat mandian ketika nak balik kampung atau bercuti terutama dengan anak-anak.
Sebab saya ada setengah dozen anak. 4 hero. Biasalah hero-hero ni tak gosok gigi seminggu pun tak kisah. Jadi mak kena siap siaga dengan satu beg yang memang bila nak balik kampung atau bercuti, angkat je masuk kereta.
Selain alat mandian, saya juga letak satu bakul kain yang boleh dilipat. Tak kiralah di kampung atau di hotel saya akan bukak bakul tu dan anak-anak tau nak masukkan kain kotor.
Jadi bila nak balik kalau malas nak lipat masuk beg, angkat jelah bakul tu masuk bonet. Selesai.
Beg ni sangatlah penting! Di poket depan tu saya letakkan bakul baju.
Saya masih mencari beg kalis air yang lehih sesuai dan nampak kemas.
Ads
Bakul baju yang boleh lipat ni dah lebih 10 tahun berkhidmat. Dulu beli di cosway.
Ni rupanya bila dibuka. Letak je tepi beg bila di kampung atau hotel. Boleh mengurangkan risiko baju cicir.
Ads
Ni bakul alat mandi. Jadi letak je bakul tu kat sinki. Takde berterabur sana-sini barangnya. Alat juga mudah kering sebab berjaring.
Saya letakkan mandian dan shampu saiz kecil.
Ads
Botol shaker ni saya letak berus gigi dan ubat gigi. Saya selalu bawa berus gigi lebih yang di ambil dari hotel-hotel sebagai spare untuk anak-anak yang tak bawak.
Bila nak balik, kemas dan masukkan dalam botol. Tutup. Masukkan dalam bakul dan simpan dalam beg.
Mudahkan!
Paraben pencetus penyakit berbahaya, semak kandungan produk sebelum beli dan pakai. Sangat merisaukan apabila terbaca tentang paraben yang boleh jadi pembunuh dalam senyap! Malahan rupa-rupanya paraben ini adalah sejenis bahan pengawet yang paling banyak digunakan dalam produk kosmetik.
Berikut perkongsian Nurasykin Ali tentang bahayanya paraben yang kebanyakan terdapat dalam produk-produk yang sering kita gunakan.
Paraben ini sejenis bahan pengawet yang sering digunapakai di kilang-kilang dalam menghasilkan barangan kosmetik dan alat penjagaan diri kerana ianya jauh lebih murah dan mudah.
Rupanya kebanyakan barang penggunaan seharian seperti pencuci muka, sabun, toner, feminin wash, syampu, minyak rambut, losyen, deodorant dan sebagainya mengandungi Paraben. Tak kisahlah namanya methylparaben, ethylparabel atau propylparaben, itu semua adalah sejenis paraben.
Paraben ini dapat meningkatkan kadar estrogen dalam darah. Disebabkan penghasilan estrogen yang tidak normal, maka ianya boleh mengakibatkan kanser payudara.
Walaupun kandungan paraben dalam penghasilan produk telah mengikut garis piawaian selamat yang dikeluarkan oleh KKM. Tetapi dengan penggunaan berterusan bagi jangka masa panjang mampu menjadikan wanita menghidapi kanser payudara.
Paraben bukan sahaja merangsang kanser payudara tauuu. Malah dapat menggangu kesuburan lelaki, risiko penyakit tiroid, anak kecil akil baligh lebih cepat dari waktunya dan menyebabkan reaksi alergi dan ruam.
Maka berhati-hatilah dalam memilih barangan yang dipakai. Cari kandungan yang bebas daripada Paraben. Memang faham ajal maut cara kematian itu semua di tangan Allah. Bagaimanapub, kita perlulah berusaha mencari produk yang tidak berbahaya. Jangan menzalimi diri hanya semata hendak cantik dengan cepat.
Apakah paraben bahaya untuk wanita hamil? Apa sahaja yang anda gunakan semasa mengandung akan memberi kesan kepada janin anda, anda tahu. Malah doktor sentiasa memberi amaran kepada Mama supaya berhati-hati apabila menggunakan apa-apa. Salah satunya ialah kosmetik yang mengandungi banyak paraben.
Banyak kajian manusia dan haiwan telah membuktikan bahawa paraben sangat berbahaya untuk kehamilan. Bukan sahaja semasa mengandung, paraben juga boleh mengganggu keupayaan wanita untuk hamil. Selain itu, paraben juga akan menjejaskan perkembangan janin yang dikandung sehingga bayi dilahirkan dan membesar.
Berikut dikongsikan bahaya paraben kepada wanita hamil.
1. Meningkatkan risiko kelahiran pramatang
Kajian mendapati wanita hamil dengan kandungan paraben yang tinggi mempunyai peluang yang lebih besar untuk melahirkan bayi pramatang. Biasanya tanda-tandanya adalah penurunan umur kehamilan, berat lahir rendah, dan penurunan panjang badan.
2. Mengurangkan kesuburan ibu
Wanita yang mempunyai paras air kencing yang mengandungi paraben yang tinggi cenderung mempunyai anak lebih sedikit anak berbanding wanita yang mempunyai paraben yang lebih rendah. Jadi kalau nak cepat cepat zuriat, elakkan kandungan paraben dalam kosmetik.
3. Meningkatkan risiko kematian bayi
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paraben meningkatkan risiko bayi mati dalam kandungan. Ini kerana paraben mempunyai struktur yang sama seperti estrogen sehingga aktiviti hormon dalam badan boleh menjadi huru-hara.
4. Merosakkan fungsi buah zakar lelaki
Sekiranya anda mengandungkan bayi lelaki, kandungan paraben akan mempengaruhinya sehingga dia dilahirkan dan membesar. Bayi mama akan mengandungi tahap estrogen yang lebih tinggi yang akan merosakkan struktur dan fungsi testis, dan menyebabkan keabnormalan pada sperma apabila mereka dewasa.
5. Menyebabkan masalah otak bayi
Paraben akan menyebabkan kehamilan pramatang. Disebabkan ini, ia akan menimbulkan masalah pada otak bayi kerana tumbesaran janin dalam perut masih belum sempurna.
6. Meningkatkan risiko bayi autisme
Paraben mempunyai struktur yang hampir sama dengan hormon estrogen. Menurut penyelidikan Universiti Cambridge peningkatan aktiviti estrogen semasa kehamilan boleh mengembangkan potensi autisme.
7. Tingkah laku sosial kanak-kanak terganggu
Bayi yang dilahirkan dan terdedah kepada paraben akan menyebabkan gangguan hormon pada kanak-kanak berkaitan interaksi sosial, pembelajaran dan ingatan pada bayi. Apabila anak-anak besar, mereka tidak tahu bagaimana untuk berurusan dengan orang lain dan bergaul dengan rakan sebaya mereka.
Jadi wanita terutamanya ibu mengandung, semak dulu kandungan produk penjagaan sebelum membeli. Biasanya paraben mudah didapati dalam produk pelembap, pewarna kuku, sabun, deodoran, ubat jerawat, pelindung matahari, krim anti penuaan dan sebagainya. Berhati-hati sebelum membeli supaya tidak memudaratkan si kecil dalam kandungan.
Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, jika selalu guna pasu tak kiralah jenis tembikar atau plastik, sebenarnya boleh gunakan PVC juga. Lebih jimat, tahan lasak bertahun-tahun, kemas malah cantik dijadikan hiasan di laman yang tidak mempunyai ruang yang luas.
Jadi jika ada PVC terbiar di rumah tu boleh buat ikut idea yang dikongsikan ini.Tak perlu lagi kerap nak beli pasu di kedai yang mudah pecah, reput dan agak mahal harganya.
“Meh tengok nenek buat apa pagi ni.Tanam pokok guna PVC. Laman nenek memang sana sini PVC untuk tanam pokok. Kalau yang suka boleh cuba. Yang tak suka leceh kerja beli pasu je.”
“Boleh pilih saiz PVC dekat Hard ware. Lagi besar lagi cantik.”
MW: Menarik dan kreatif sungguh idea ni. Jadi tak perlu beli pasu lagi. Boleh juga guna PVC yang lebih tahan lasak dan menjimatkan. Malah nampak sangat cantik dan kemas.
Rupanya ada lapan jenis pokok-pokok hiasan dalam rumah yang dapat membantu membersihkan udara dan mengurangkan habuk. Malah bukan sahaja mudah dijaga, jika diletakkan di bilik tidur pula ia mampu membuatkan tidur jadi lebih lena.
Nak tahu jenis-jenis pokok yang sesuai diletakkan di bilik tidur, baca perkongsian oleh Puan Huda Zainal ini.
“Kajian NASA menunjukkan pokok hidup mampu membersihkan udara dalam rumah dan mampu bertindak sebagai agen ‘relaxing’.”
“Pokok hidup dalam rumah bukan hanya sebagai hiasan dalaman rumah namun mampu mengurangkan karbon dioksida dan habuk. Dan sesetengah pokok hidup mampu meningkatkan kualiti tidur.”
“Memandangkan udara bilik tidur merupakan antara kawasan tercemar dalam rumah dan kita menghabiskan satu pertiga hayat dengan tidur, maka udara yang bersih dalam bilik tidur sangat penting.”
8 jenis pokok hidup yang terbaik dan mudah dijaga dalam bilik tidur serta mampu untuk bantu tidur dengan lena.
1. Areca Palm
Areca palm mampu membersihkan udara dalam bilik tidur dan mampu meningkatkan kelembapan dalam udara dan memberi kesan supaya mudah bernafas.
Menurut penulisan artikel ‘Joy Of Plants’, areca palm sangat bagus untuk yang kerap selsema, bersin dan sinus.
2. Aloe Vera
Menurut dalam kajian NASA, Aloe vera antara pokok yang banyak membebaskan oksigen pada waktu malam.
Lebih tinggi oksigen dalam udara mampu meningkatkan kualiti tidur. Paling penting, pokok aloe vera sangat mudah dijaga.
3. Ivy Plant
Satu kajian yang di buat oleh American College of Allergy, Asthma dan Immunology mendapati pokok ivy mampu menyingkirkan kotoran dalam udara sebanyak 94% dan mampu menyingkirkan kulat bawaan udara sebanyak 78% dalam tempoh hanya 12 jam.
Sangat bagus untuk individu yang kerap bersin diwaktu malam sehingga mengganggu tahap kualiti tidur.
4. Garbera Daisy
Garbera bukan hanya mampu membersihkan udara namun menaikkan seri bilik. Warna-warni garbera daisy mampu tingkatkan emosi yang positif dalam diri.
Emosi yang positif sebelum tidur memberi kepuasan ketika tidur.
5. Jasmine
Jasmine bukan hanya mampu memberi haruman yang wangi. Namun menurut ‘Psychologist di Wheeling Jesuit University’, bau haruman jasmine meningkat tahap kualiti tidur.
6. Lavender
Sukar untuk tidur, bergolek kiri kanan namun masih belum mampu tidur. Haruman lavender sangat membantu kerana haruman lavender merupakan agen penenang kepada otak.
Lebih tenang, maka lebih mudah untuk tertidur.
7. Snake Plant
Pokok hidup yang paling popular bukan hanya kerana mudah dijaga namun kerana kebaikan yang diberi pada manusia.
Menurut buku Houseplant yang ditulis oleh Steinkopf, snake plant bukan hanya membebaskan oksigen tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida dan menapis toksin beracuna dalam udara seperti formaldehyde, trichloroethylene dan benzene.
8. Peace Lily
Pokok bunga lily bukan hanya membersihkan udara, namun mampu menyingkirkan toksin dan meningkatkan kelembapan udara.
Sangat bagus untuk yang menghadapi kesukaran bernafas, kerap selsema, bersin dan sinus.
Habis #PKPB ni jom serbu nursery pokok. Kita shopping pokok-pokok hidup untuk dalam bilik tidur. Ingat kualiti tidur mampu mempengaruhi kesihatan dan memberi mood yang baik pada diri.
MW: Menarik bukan! Jadi bolehlah mempertimbangkan letak pokok-pokok ni dalam bilik tidur. Barulah udara jadi lebih bersih, kurang habuk dan tidur pun lebih lena nanti.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...