Balik Hantar Anak ‘Interview’ Kerja, Motor Abah Habis Minyak, Sudahnya Ini Yang Jadi

Share

Pengorbanan seorang abah yang bertanggungjawab itu tak pernah ada batasan. Biar pun terpaksa berdepan ujian minyak motor habis tengah jalan, abah ini tetap sabar harungi kepayahan. Hinggalah tuhan datangkan pertolongan yang tak disangka-sangka.

Istimewa sungguh perkongsian anak ini, Nebulaaa di akaun twitternya. Dalam perjalanan pulang dari menghantar anaknya temuduga kerja, tiba-tiba motor abah ini kehabisan minyak.

Tak mahu anak hadapi kesukaran, lelaki itu memberikan wang agar anaknya pulang naik LRT. Tapi anaknya enggan berbuat demikian. Anak ini sedih mengenangkan nasib abah yang fikirnya dialah penyebab abahnya alami kesukaran itu.

Ketika berfikir-fikir itulah tuhan hantarkan bantuan yang tak disangka-sangka untuk pasangan anak beranak yang dalam kesusahan hadapi minyak motor habis itu.

 

Kisahnya,

Kita buat baik dekat orang, bila kita susah mesti ada orang tolong kita balik” – abah.

Abah memang menjengkelkan. TAPI he did everything for his children. Hari ni abah bawak aku pergi interview kerja. Tetibe…

Ok sambung. Harini aku interview kerja dekat Bukit Jalil. Memang selalu abah yang bawak aku pergi. After interview masa nak OTW balik tetibe moto abah habis minyak. Abah terlupa isi minyak sebelum gerak tadi. So kitorang pun park lah dekat bus stop tepi apartment Anggun Bukit Jalil sambil memikior.

Macam mana nak gerakkan moto lagend abah tu. Petrolpum still jauh dari situ. Abah bagi aku duit suruh naik LRT Bukit Jalil tpi aku tak nak. Yela bapak aku takkan jadi macam ni kalau tak sebab aku kena interview kan?

so aku stay. About 5 mins fikir dengan abah mana nak cari botol isi minyak.

Aku pun cakap lah dekat abah, “takpelah kita tolak je moto dulu sampai petrolpum kat sana mesti ada botol.” Aku amik gambar ni nak tunjuk dekat mak bukti kitorang marathon hari ni.

so baru je kitorang bukak beberapa langkah tetibe..

 

Bantuan Yang Tak Disangka-sangka

Datang la sorang uncle cina ni. Dia rushing keluar dari apartment ke kereta dia. Park dekat bus stop yang sama. So dia tanya abah aku what happen!! Ayah aku pun citer la. Uncle tu offer nak pergi belikan minyak eventho aku nampak dia rushing. Ayah aku hulur duit dia kata, “aiyaa lepas beli ma

.”

Uncle tu siap cakap, “tunggu dalam 10 mins aaa.” After 10 mins uncle tu pun sampai bawak tong minyak weh. Sebab yela abah aku takde botol spare. Kalau ikut tong full minyak untuk tank RM7 centu la. Ayah aku hulur balik RM5. Dia cakap, “tak payah-tak payah, saya tolong you hari ini nanti orang tolong saya punyaa.”

Lalu.. aku pun berangkat pulang ke rumah bersama bapak dengan membawa satu VIBES!! Abah cakap dengan aku lepas start moto “mungkin kebaikan kita yang lepas yang kita pernah tolong orang sebelum ni ke, berbalas pada kita hari ni. Alhamdulillah.”

Apa pun abah dengan uncle cina tu is the best for today. Abah susah payah bawak aku interview, uncle tu pulak susah payah belikan minyak untuk kami dua beranak boleh bergerak balik. Punyalah banyak kereta motor yang lalu tepi jalan besar tu, uncle tu lah yang offerkan diri. Thank you uncle!

 

Abah Dan Motor Lagend Kriss Berpisah Tiada

Pape pun this both are the greaaatttestt!! Abah dan motor lagend kriss dia tu takkan terpisah. Bape tahun dah moto tu dok angkut kitorang satu family. Terutama mak aahh.

Well I have seen one quotes that say “there is no man could take care of one woman like her ABAH did

Untuk yang tanya macam mana dengan interview, alhamdulillah aku lepas. Esok aku ada dua lagi interview dan nak merempit dengan abah lagi. But this time minyak kena spare jugak.

So goodluck for my next interview!

 

 

Hari ni abah hantar aku je gaiss pastu abah kena pegi hospital. So goodluck for abah jugak!

Spread the lovee

 

 

MW : Mendoakan semoga abah anak ini dalam lindungan rahmatNya agar dapat menjaga ahli keluarganya dengan sebaiknya.

Sumber/Foto : Nebulaaa

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer