Balik Dari Kedai Runcit, Wanita Ini Tersedar Wang RM20 Dalam Dompet DUIT PALSU

Share

Selama ini kita bayangkan duit palsu itu cuma melibatkan wang RM50 dan RM100 saja kan, rupa-rupanya ada juga duit RM20 yang dipalsukan. Menyimpan apatah lagi mengguna wang palsu ini jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara.

Sebab itu, Zuraida Abd Manaf cepat-cepat buat laporan polis bila dia tersedar yang baki wang dalam dompet yang diterima dari sebuah kedai runcit ada yang duit palsu.

 

6 Cara Ini Bezakan Duit Betul Dan Duit Palsu

Kadang-kadang pergi kedai runcit atau pasar tak perasan duit yang kita terima adalah PALSU. Selalu baca info orang lain yang kena duit RM50 & RM100.

Semalam balik rumah baru perasan aku dah pun terima duit RM20 palsu. Nampak semua samakan?
Ini perbezaannya.”

1) Terdapat LINE MERAH kiri dan kanan. Duit original tak ada line merah ya. Yang ada LINE OREN tu jugak. Line sebelah muka Agong tu pun tak ada garisan pemisah tau.

2) 3 line yang kilat-kilat tu tak ada bayang-bayang BNM20, diaorang lekat sticker kilat sahaja.

3) Gambar 20 & Agong tu lagi gelap dari yang original.

4) Kat kertas bahagian warna cream tu tak ada bayang-bayang Agong. Cuma nampak bayang-bayang hitam sahaja kalau diangkat kertas tu.

5) Rasa kertas tu memang lain dari yang original.

Ini Satu Lagi Cara Nak Kesan Duit Palsu

 

 

 

Sila Lapor Ke Balai Polis Dan Serahkan Wang Palsu

Tapi semua tu kita tak akan perasan kalau kita sendiri balik dari kedai/pasar nak cepat-cepat. Janji total kita terima balance tu betul kan.

Hati-hati semua, dah ramai yang terkena. Cuma mungkin belum sampai giliran kita saja lagi.

Pesan Zuraida lagi, “Buat sesiapa yang dah menerima wang palsu, sila tampil ke Balai Polis yang berdekatan untuk membuat laporan dan serahkan wang tersebut.”

Sumber/Foto : Zuraida Abd Manaf

Published by
Netty Ah Hiyer