Selama ini kita bayangkan duit palsu itu cuma melibatkan wang RM50 dan RM100 saja kan, rupa-rupanya ada juga duit RM20 yang dipalsukan. Menyimpan apatah lagi mengguna wang palsu ini jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara.
Sebab itu, Zuraida Abd Manaf cepat-cepat buat laporan polis bila dia tersedar yang baki wang dalam dompet yang diterima dari sebuah kedai runcit ada yang duit palsu.
6 Cara Ini Bezakan Duit Betul Dan Duit Palsu
Kadang-kadang pergi kedai runcit atau pasar tak perasan duit yang kita terima adalah PALSU. Selalu baca info orang lain yang kena duit RM50 & RM100.
“Semalam balik rumah baru perasan aku dah pun terima duit RM20 palsu. Nampak semua samakan? Ini perbezaannya.”
1) Terdapat LINE MERAH kiri dan kanan. Duit original tak ada line merah ya. Yang ada LINE OREN tu jugak. Line sebelah muka Agong tu pun tak ada garisan pemisah tau.
Ads
2) 3 line yang kilat-kilat tu tak ada bayang-bayang BNM20, diaorang lekat sticker kilat sahaja.
3) Gambar 20 & Agong tu lagi gelap dari yang original.
4) Kat kertas bahagian warna cream tu tak ada bayang-bayang Agong. Cuma nampak bayang-bayang hitam sahaja kalau diangkat kertas tu.
5) Rasa kertas tu memang lain dari yang original.
Ads
Ini Satu Lagi Cara Nak Kesan Duit Palsu
Ads
Sila Lapor Ke Balai Polis Dan Serahkan Wang Palsu
Tapi semua tu kita tak akan perasan kalau kita sendiri balik dari kedai/pasar nak cepat-cepat. Janji total kita terima balance tu betul kan.
Hati-hati semua, dah ramai yang terkena. Cuma mungkin belum sampai giliran kita saja lagi.
Pesan Zuraida lagi, “Buat sesiapa yang dah menerima wang palsu, sila tampil ke Balai Polis yang berdekatan untuk membuat laporan dan serahkan wang tersebut.”
Maryam selamat timang anak kedua. Tahniah diucapkan buat pasangan pempengaruh popular Maryam Younarae dan Ryzal Ibrahim yang selamat menimang cahaya mata kedua.
Berita gembira itu dikongsi oleh Ryzal dan memaklunkan anak keduanya itu lahir pada tarikh yang sama dengan Maryam.
Maryam Selamat Timang Anak Kedua
Ryzal juga turut memaklumkan Maryam selamat melahirkan pada Rabu jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta.
“19th February 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19th February 1992,” tulis Ryzal.
Berharap Mampu Jaga Amanah Yang Diberikan
Luah Ryzal lagi, dia dan isteri berharap mereka suami isteri mampu menjaga amanah yang diberikan.
“Syukur dengan anugerah dan rezeki ALLAH kurniakan.
“Semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami,” kongsi Ryzal lagi.
Ucap Selamat Dari Pengikut Di Instagram
Menerusi ruangan komen perkongsian tersebut dilimpahi dengan ucapan selamat dengan kelahiran bayi comel tersebut.
“Alhamdulillah..tahniah Ryzal & Maryam..yeay rina dh jd kakak..mesti dia excited”
“Alhamdulillah. Congrates both of you! Sepasang dah. Selamat berpantang maryam! Takecare”
Isteri tidur awal punca suami menggatal: Benarkah? Isu suami ‘menggatal’ sering menjadi topik hangat yang dibincangkan dalam masyarakat. Salah satu punca yang sering dikaitkan dengan fenomena ini ialah isteri yang tidur awal.
Isteri Tidur Awal Punca Suami Menggatal: Benarkah?
Walaupun ia mungkin kedengaran seperti alasan remeh, mari kita teliti faktor-faktor sebenar yang mungkin menyumbang kepada masalah ini dan cara terbaik untuk mengatasinya.
1. Kekurangan Masa Berkualiti Bersama
Salah satu cabaran dalam kehidupan berumahtangga ialah mencari masa untuk berkomunikasi dan berinteraksi, terutamanya bagi pasangan yang sibuk dengan kerjaya dan anak-anak. Apabila isteri tidur awal, ia boleh menyebabkan kekurangan masa berkualiti bersama suami, yang seterusnya membuatkan suami merasa diabaikan. Perasaan ini mungkin mendorong mereka mencari perhatian di luar rumah.
Solusi:
Tetapkan waktu tertentu setiap hari untuk berinteraksi dan berbual bersama, walaupun hanya selama 15-30 minit. Ia boleh dilakukan sebelum tidur, selepas anak-anak tidur, atau ketika menikmati minuman malam.
2. Keperluan Emosi dan Fizikal Tidak Dipenuhi
Lelaki, seperti wanita, memerlukan perhatian emosi dan fizikal daripada pasangan. Jika isteri terlalu letih dan memilih untuk tidur awal setiap malam, keperluan ini mungkin tidak dipenuhi. Keadaan ini, jika berlarutan, boleh membuka ruang kepada isu ‘menggatal.’
Solusi:
Pasangan perlu saling memahami keperluan masing-masing. Komunikasi adalah kunci. Jika isteri terlalu penat, suami perlu memainkan peranan aktif membantu mengurangkan beban kerja rumah atau menjaga anak-anak agar isteri tidak keletihan.
3. Faktor Dalaman Suami
Walaupun isteri tidur awal sering dipersalahkan, adalah penting untuk memahami bahawa ‘menggatal’ sebenarnya lebih berkait rapat dengan sikap dan nilai individu. Sikap kurang bertanggungjawab atau kecenderungan untuk mencari perhatian di luar perkahwinan adalah isu yang perlu diatasi oleh suami sendiri.
Solusi:
Suami perlu mengambil tanggungjawab terhadap tindakan mereka dan belajar untuk menghormati perkahwinan. Aktiviti seperti berkongsi hobi dengan isteri atau melibatkan diri dalam aktiviti keluarga boleh membantu membina hubungan yang lebih kukuh.
4. Tekanan Hidup dan Kurangnya Keseronokan Dalam Hubungan
Kehidupan yang monoton boleh menjadi salah satu punca rasa bosan dalam perkahwinan. Apabila isteri tidur awal, suami mungkin merasa tiada ruang untuk meluahkan tekanan atau berbincang tentang masalah mereka, yang seterusnya mendorong mereka mencari hiburan di luar.
Solusi:
Pasangan perlu mencipta momen-momen yang menyeronokkan bersama. Contohnya, merancang aktiviti bersama pada hujung minggu atau mencuba sesuatu yang baru seperti memasak bersama atau menonton filem kegemaran.
5. Pendidikan Tentang Peranan Dan Tanggungjawab
Kadang-kadang, sikap suami yang ‘menggatal’ berpunca daripada kurangnya kesedaran tentang tanggungjawab perkahwinan. Mereka mungkin tidak memahami kesan tindakan mereka terhadap hubungan dan keluarga.
Solusi:
Pendidikan perkahwinan dan kaunseling boleh membantu pasangan memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing. Program seperti ini juga memberi peluang untuk mereka memperbaiki komunikasi dan membina semula kepercayaan.
Kesimpulannya, menyalahkan isteri kerana tidur awal semata-mata tidak adil, kerana isu ‘menggatal’ adalah hasil daripada pelbagai faktor. Apa yang lebih penting ialah pasangan harus bekerjasama untuk memperbaiki hubungan mereka dan mengelakkan sebarang ruang untuk isu ini timbul. Perkahwinan adalah sebuah perjalanan, dan dengan usaha bersama, cabaran seperti ini boleh diatasi dengan jayanya.
Jangan lupa, kunci kepada perkahwinan bahagia adalah komunikasi, toleransi, dan usaha untuk sentiasa memahami keperluan pasangan.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Buat peminat sos keju atau ‘Cheezy Sauce’ ada cara mudah untuk membuat sendiri sos yang sedap ini. Yang pastinya ia lebih menjimatkan dan puas hati bila makan nanti. Sos ini sesuai dijadikan pencicah kentang goreng, nugget, sosej, wedges dan sebagainya.
Bukan apa, susah sebenarnya nak cari resipi ‘Cheezy Sauce’ yang benar-benar sedap rasanya macam kita beli atau makan di restoran.Namun, menerusi perkongsian oleh Ezan Idma,’Cheezy Sauce’ yang sedap ini dinikmati ketika berada di rumah kawannya, Nazrin Zahrin.
Berikut antara perkongsian resipi tersebut sebagai rujukan;
“Hari tu pergi rumah Nazrin Zahrin then makan goreng-gorengan (nugget sosej etc) dengan cheezy sauce. Ingat kan dia beli rupanya buat sendiri uols.
“Hari ni suruh dia buat lagi jadi kita tukang snap gambor. Mudah amat rupanya! Macam kat restoran mahal rasa dia.”
Ni bahan-bahan:
CHEEZY SAUCE SEDAK
1 buttercup (250g)
10 keping Keju cheddar chesdale
1 tin Susu cair
1 Kiub pati ayam
2 sudu lada hitam (blend kasar)
2 sudu tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
Sedikit pewarna oren
Cara Membuat:
1.Cairkan buttercup dengan api perlahan.
2.Masukkan susu cair sehingga mendidih.
3.Masuk cheesedale satu persatu.
4.Masukkan kiub pati ayam.
5.Masukkan blackpepper dan bancuhan tepung jagung.
6.Kacau hingga likat boleh masukkan sedikit pewarna oren jika nak nampak lagi cantik.
Emmm sedapnya cicah dengan nugget. Dengan burger boleh steak boleh semua boleh dip tauu. Jimat dan mudah.
Simpan dalam peti ais dalam bekas bertutup boleh tahan sehingga sebulan tau. Tapi biasanya tak sampai sebulan dah habis simpan dalam perut.
Tips Ekstra!
Kalau berketul-ketul , dah sejuk boleh guna hand mixer/blender untuk dapatkan tekstur yang cantik.
Selain menggunakan tepung jagung boleh juga gantikan dengan tepung gandum Untuk memekatkan kuah dan sos tidak berketul-ketul setelah sejuk. Nak aroma sedap lagi, tambah sedikit bayleaf yang dikisar hancur + mix herbs.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...