Beruntung orang tuanya kerana punya anak-anak yang sentiasa ingat akan mak-ayah. Tentunya, hasil didikan yang baik dari mak ayahnya. Anak sulung ini, Syazwan Hasanul berkongsi cerita susah payah abahnya bekerja sebagai tukang rumah demi menyara keluarga, membesarkan lima orang anak.
Dengan pendapatan tukang rumah abahnya itulah mereka adik beradik dapat melanjutkan pelajaran. Dan akhirnya mendapat pekerjaan yang baik. Mengenangkan jasa abah dan susah payahnya membesarkan mereka, anak sulung ini permudahkan urusan orang tuanya bina rumah baru.
Malah berpakat adik-beradik hadiahkan kereta baru untuk abahnya. Indah kisahnya.
Abah Saya Seorang Tukang Rumah
Saya nak cerita pasal kisah hidup abah saya seorang tukang rumah. Kami adik-beradik dibesarkan di rumah sewa dari kecik sampai la besar dan sampai la saya masuk kolej.
Hidup kami tak lah senang sangat.. kadang cuti sekolah ikut la abah gi tukang umah orang, dari form 1 memang dah ikut.
Dari kecik teringin kami nak duduk rumah sendiri, tapi for us, its ok sebab kami tahu abah tak mampu.
Abah kerja sendiri, gaji hari. Mana la ada sejumlah duit yang banyak untuk buat rumah, nak buat pinjaman susah sekali.
Ads
Tapi ada sesuatu yang abah berjaya buat untuk anak-anak dia.
Beri Abah Duit Untuk Bina Rumah Baru
Saya anak sulung. Alhamdulillah dengan penat jerih abah sekolahkan kami. Saya sentiasa dapat result cemerlang dari UPSR, PMR, SPM dan akhirnya bekerjaya.
Adik kedua sama la macam saya jugak, sekarang seorang guru, and adik-adik yang lain juga berkelulusan tinggi.
Sepanjang hidup saya, dari belajar sampai la keje niat saya satu je. Semua benda untuk mama dan abah saya.
Ads
Masuk je kerja, terus saya buat personal loan dan bagi semuanya pada abah. Campur dengan duit simpanan abah siaplah rumah keluarga kami. 1 Ramadan 2012 kami naik rumah baru.
Abah tukang rumah, rumah tu dia sendiri yang bina. Kemas kan, straight cantik je. Kalau abah saya buat rumah kat taman perumahan jangan risau lah konfem takyah hantar borang defect punyer… hehe gurau.
Adik-beradik Berpakat Hadiahkan Abah Kereta Baru
By the way, perasan tak Nissan Sunny JCY 7132 dalam gambar tu kereta lama abah. Punya la lama abah pakai, sampai bocor atap, tampal-tampal pun bocor. Nasib baik tak taruk awning je kat atas kereta tu.
Ads
Akhirnya kami adik-beradik pakat-pakat hadiahkan kereta baru kat abah.. Nissan Sylphy. Kitorang suprisekan Sunny tukar jadi Sylphy.
Kereta tu ada button sport mode, senang abah dan mama nak speeding time weekend. Hadiah kami ni kecil sangat kalau nak bandingkan pengorbanan abah yang takkan terbalas sampai bila-bila. Kami hidup dari kecil dengan hasil dari seorang tukang rumah.
Arwah Sarah Selamanya Istimewa Di Hati. Selepas pemergiaan isteri kesayangan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shuib sentiasa memikirkan hal anak-anak.
Akui arwah isteri yang juga kekasih paling disayangi itu sentiasa berada di hati. Walau sudah lebih dua tahun pemergiaan arwah namun selebriti dan juga usahawan berjaya itu tetap meletakkan wanita itu dihatinya.
Seperti yang diketahui umum, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana dijangkiti Covid-19. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.
Arwah Sarah Selamanya Istimewa Di Hati
Selepas ketiadaan Sarah kini Shuib telah bertemu pengganti dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Umum mengetahui Watie menjadi pilihannya.
Walau sudah bertemu pengganti namun Shui akui arwah Siti Sarah selamanya akan istimewa dalam hatinya. Tidak adil jika ada yang membandingkan arwah dan Watie.
“Sarah itu sudah ke tempat yang paling istimewa buat saya dan Watie pun tahu hal itu.
“Perbandingan itu sebenarnya tak patut berlaku. Sebab kita kena terima realitinya.
“Ini kerana tak adil untuk dia (Watie). Pada saya, apa salah dia kan? Dia nak ada untuk saya itu sebab anak-anak, keluarga.
“Perbandingan itu pun nanti mungkin akan menyakitkan orang juga,” ujarnya.
Watie Akan Matang
Shuib juga menerangkan dia percaya Watie pasti akan matang selepas berkahwin.
“Saya dapat bantuan dengan pengurusan juga untuk terangkan bagaimana berhadapan dengan situasi-situasi yang dia tidak pernah lalui.
“Saya sudah cakap, beratlah untuk saya. Saya selebriti dan situasinya lain bila dia masuk dalam hidup saya. Tapi, saya rasa semua pun akan melalui proses.
“Jadi proses itu yang akan mendewasakan kita. Saya tak boleh cakap dia betul-betul bersedia, tapi harapnya begitulah,” ungkapnya.
Dalam setiap perhubungan perlu ada batasan, tak kiralah lelaki atau perempuan dan rapat macam mana pun dengan seseorang. Apabila kepercayaan dikhianati, memang perit perasaannya, lebih-lebih lagi kawan baik sendiri.
Seorang lelaki di Taiwan menyaman sahabat karibnya sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Lelaki hanya dikenali sebagai Li itu pada awalnya bersahabat baik dengan rakan sekerjanya, Shi. Mereka merupakan anggota polis di Bandar Baharu Taipei.
Kerap Datang Rumah
Disebabkan hubungan yang akrab, Shi kerap pergi ke rumah Li selepas lelaki itu berkahwin dengan isterinya pada 2018.
Akibat sering bertemu, Shi dan isteri Li menjadi semakin rapat dan melakukan hubungan terlarang tanpa pengetahuan Li. Hubungan mereka akhirnya didedahkan oleh isteri Li sendiri kerana enggan terus berahsia.
Dikhianati Kawan Baik
Selepas mengetahui perkara itu, Li berasa amat marah kerana dikhianiati oleh rakan baiknya.
Selain mahu bercerai dengan isterinya, dia turut mengemukakan tuntutan saman ke atas Shi sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana mengganggu rumah tangganya.
Ketika perbicaraan, Shi mengakui perbuatannya dan meminta maaf selain memohon mahkamah meringankan jumlah saman kerana mengakui sedang menjaga ibu bapanya yang telah uzur.
Bayar Pampasan Memusnahkan Perkahwinan
Pihak mahkamah akhirnya membuat keputusan agar Shi membayar pampasan sebanyak 600,000 yuan (RM393,961) kepada Li atas hujah bahawa dia telah bertindak melampaui batas dengan memusnahkan perkahwinan rakan baiknya itu sehingga menyebabkan kerugian kepada banyak pihak.
Mingguan Wanita: Peritnya dikhianati kawan baik sendiri. Paling penting dalam apa juga perhubungan kena jaga batasan.Tak kiralah suami atau isteri. Bila kerap berdua, memang ada godaan dari yang ‘ketiga’.
Peningkatan gelombang pandemik COVID-19 memang cukup membimbangkan.Pelbagai langkah berusaha dilakukan oleh setiap negara bagi menurunkan jangkitan kes COVID-19 ini.
Darurat Sebulan
Terbaru, Kerajaan Jepun mengisytiharkan darurat selama satu bulan bermula Jumaat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan kes Covid-19 selepas cadangan pengisytiharannya diluluskan oleh panel penasihat.
Menerusi laporan Reuters, Menteri Ekonomi Yasutoshi Nishimura dipetik berkata, cadangan pengisytiharan darurat yang berlangsung dari 8 Januari hingga 7 Februari itu dipersetujui dalam mesyuarat pagi ini (Khamis).
Kes Jangkitan Harian 6,000
Sekatan itu sebagai langkah untuk memerangi penularan wabak terutama di bar dan restoran yang disebut oleh pemerintah sebagai risiko utama.
Walaupun penularan wabak berkenaan tidak serius berbanding negara lain, Jepun menyaksikan jangkitan harian baru meningkat 6,000 untuk pertama kalinya pada hari Rabu, apabila 1,591 ujian didapati positif di ibu negara, Tokyo, menurut media tempatan NHK.
Perdana Menteri, Yoshihide Suga akan mengadakan sidang akhbar pada jam 6 petang Khamis waktu tempatan untuk mengumumkan keputusan rasmi melibatkan Tokyo termasuk wilayah Saitama, Kanagawa dan Chiba.
Pegawai pemerintah telah mengadakan perbincangan dengan para pakar minggu ini untuk menilai langkah-langkah mengendalikan lonjakan penularan dengan mengambil kira faktor ekonomi.
Menurut Nishimura, langkah-langkah yang akan dikenakan dalam tempoh darurat dengan meminta restoran dan bar ditutup pada jam 8 malam termasuk larangan mengadakan acara, mengehadkan acara sukan dan acara besar melebihi 5,000 orang.
Sebelum ini pada April, Jepun pernah mengisytiharkan darurat.
MW: Di Malaysia pun sedang berlaku gelombang peningkatan kes COVID-19. Memang cukup membimbangkan. Semoga kita dapat menjaga diri dan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi menangani serta mengurangkan kes penularan jangkitan COVID-19 ini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...