BAKSO Homemade Resipi Original Dari Indonesia, SEDAP Tak Boleh Bawa Bincang!

Share

Sedapnya hirup kuah bakso yang dimakan dengan bebola daging, bihun serta sambal istimewa. Bakso boleh dikatakan macam makanan ruji di Indonesia. Tapi payah nak cari Kuah Bakso yang betul-betul sedap serta resipi yang memang berasal dari sana.

Bagi peminat Bakso dan nak cuba buat Bakso sendiri di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Fara Amirullah ini. Menurut wanita ini resipi Bakso yang dikongsikan ini diperolehi daripada ibunya yang memang berasal dari Jawa dan ayahnya yang juga berasal dari Minang, Indonesia.

Tambahnya lagi, bakso berbeza dengan kuah sup biasa yang menggunakan sup bunjut serta ada letak kiub ayam atau daging. Manakala kuah bakso pula lebih simple dan mudah nak buat.

Berikut perkongsian tersebut;

“Ni resepi my mom, memang original from Indonesia. Sedap dia tak boleh bawak bincang!”

Bahan Sup Bakso:

Bawang besar / 2 biji
Garlic in olive oil / 2 sudu makan (kalau tak ada boleh guna bawang putih je dalam 4-5 ulas)
Halia / 2 inci
Lada hitam / 1 sudu makan

1.Blend halus kesemua bahan ni.

2. Panaskan minyak and tumis bahan blend tadi, masukkan 2,3 helai bay leaf. Kalau tak ada tak pe, tak payah letak.

3. Dah naik bau masukkan air. Ikut la nak banyak mana, saya masukkan 3 jug blender. Garam sikit, sup bakso ni tak payah masak sedap-sedap sebab nanti kite nak balance kan rasa dia dengan kicap, sos and sambal bakso.

Bebola Daging Bakso

Daging kisar / 250gm
Tepung ubi / 3 sudu makan
Garlic in olive oil / 1 sudu makan
Lada putih / 1/2 sudu makan
Putih telur / 1 biji
Garam secukup rasa

1.Blend kesemua bahan sampai halus, tuang adunan ke dalam mangkuk and uli.

2.Nak senang pakai senduk spaghetti ni. Saya tekan yang lubang tengah tu kat daging yang saya blend tadi, then sudu kan je daging ke dalam sup. Senang mudah ringkas!

3.Daging yang dah blend tadi dah uli terus masukkan ke dalam sup yang kita dah buat, masak sampai daging empuk. Rupa daging tu buruk nau. Tu menandakan daging betul-betul lembut tak banyak tepung. Bebola bakso ni jangan banyakkan tepung, tak sedap!

Kalau malas nak uli-uli bagai beli je bebola bakso yang dah siap tu, tuang terus dalam sup. Kalau malas lagi, beli jela bakso kat kg pandan tu bersepah-sepah bakso sedap-sedap. Kalau malas jugak kau jadi kucing jela semua benda nak malas.

Sambal Bakso

Cili api / 20 batang
Cili padi / 10 batang
Cili kering / 5 batang
Bawang putih / 2 ulas
Apple cider / 1/2 sudu makan (Pakai cuka masakan biasa pon boleh)
Garam secukup rasa

1.Blend halus semua bahan-bahan ni.

2.Macam ni. Jaga-jaga cili ni pedas gila! Kalau tak tahan pedas kurangkan kuantiti cili. Esok kalau buasir saya tak nak tanggung.

Sambal Bakso
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng

Celur bihun dengan air panas sekejap and toskan. Kalau nak pakai mee pon boleh.

Sos cili
Kicap (patut nya pakai kicap pekat tapi saya tak ada)

Satukan la mereka didalam mangkuk. Adjust rasa sos cili, kicap and sambal tu. 3 bahan ni yang penting dalam bakso kita.

Baca Lagi Di Sini:
4 Langkah Mudah Buat ‘Baked Cheese Carbonara Meatball’ Yang Sedap Lagi Super Senang!

MW: Mudah je nak buat Bakso rupanya. Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan berasal daripada Indonesia ini. Gerenti jadi.

Sumber: Fara Amirullah

Published by
Suhaidah Abd Wahab