Baking Powder VS Baking Soda, Jadikan Kuih, Biskut Kek Lebih Gebu, Rangup Atau Mengembang! Buat biskut mahupun kek perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.
Terutamanya dalam pemilihan bahan penting iaitu baking powder dan baking soda. Ia membuatkan kek, kuih mahupun biskut yang dihasilkan jadi lebih gebu, rangup atau mengembang.
Baca perkongsian tip perbezaan Baking Powder, Baking Soda dan Soda Bikarbonat ini sebagai panduan;
Baking Powder
Baking powder adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial. Ia mengandungi sejenis asid( biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali (soda bikarbonat). Kedua-dua bahan ini dicampur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung.
Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.
Soda Bikarbonat
Soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang disediakan secara komersial. Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
Soda bikarbonat sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila digunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida. Apabila dibakar ia akan mengembang, sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.
Baking Soda
Yang ni paling mudah. Baking soda adalah nama lain bagi Soda Bikarbonat. Jadi bila ada resipi yang tertulis baking soda @ soda bikarbonat, jangan pening-pening. Ia adalah merujuk kepada benda yang sama.
Semoga bermanfaat!
Mesti Baca:Tip PENTING Buat Biskut Elok Menjadi, Lebih Rangup & Tahan Lama!
Baca Lagi Di Sini:Sebelum Nak Beli Oven, PENTING Ambil Tahu Jenis & Fungsinya Dulu!
Artikel Menarik:Wanita Ini Kongsi Cara Dia Bakar Biskut Raya Atas Dapur Gas, Hasilnya Rangup, Gebu Dan Menjadi
Mingguan Wanita: Jadi bila nak buat kek, kuih atau biskut, kenal pasti dulu betul-betul bahan yang digunakan, sama ada baking powder atau baking soda. Barulah menjadi!
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI