Bakal timang anak ketiga, Saharul bimbang isteri ada ketulan fibroid “Doakan proses bersalin dipermudahkan & selamat”. Pelakon yang juga kini bergelar ahli perniagaan, Saharul Ridzwan berkongsi kisah dia dan isteri bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.
Saharul Ridzwan dan isteri Deena Amir mendirikan rumahtangga pada 16 September 2016. Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, dan Fateema Azzahra.
Saharul juga memaklum isterinya kini sedang sarat mengandung dan menunggu bila-bila masa sahaja akan bersalin.
Ibu dan ayah mana yang tidak seronok bakal menambah ahli keluarga dalam rumah mereka. Begitu juga dirasai oleh Saharul dan Deena.
Menyatakan keterujaan tersebut Saharul seperti mana dilaporkan Gempak menerangkan hingga kini dia tidak tahu mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan.
Perkara yang sama dilakukan sewaktu menunggu kelahiran anak kedua kerana bagi dia dan isteri perasaan tersebut lebih menyeronokkan dan sukar digambarkan.
“Saya tengah berdebar, isteri saya memang tengah menunggu bila-bila masa sahaja akan bersalin.
“Saya memang teruja dan tak sabar hendak mengetahui jantina anak ketiga ini.
“Saya suka perasaan sebegini sebab saya memang suka surprise,” kongsi Saharul.
Disebalik kegembiraan dan keterujaan jauh di sudut hati Saharul menjelaskan dia juga risau dengan isterinya kerana belum mendapat keputusan sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.
“Isteri saya mempunyai ketulan Fibroid di dalam rahim dan doktor akan pantau sama ada isteri saya bersalin secara normal atau pembedahan.”
Dek kerana itu juga bapa kepada dua cahaya mata ini mengharapkan agar proses bersalin akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
“Doakanlah saya cuma harap proses bersalin nanti dipermudahkan dan selamat semuanya,” kongsi Saharul.
Baca Disini : Mengaji Marathon 12 Jam Tanpa Henti, Saharul Ridzwan Pun Ikut Serta
Sumber : Gempak
Sumber Foto : Instagram Saharul Ridzwan