Bukan mudah bagi seorang wanita untuk rela dan reda berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Apatah lagi dengan bekas kekasih suami suatu ketika dahulu. Namun,
bagaikan dalam drama sinetron di kaca tv, reda dalam keterpaksaan apabila satu rakaman video yang menyaksikan seorang wanita menitiskan air mata ketika menjadi saksi suaminya berkahwin kali kedua menjadi tular di laman sosial Indonesia, lapor Suara.com, semalam.
Video yang dimuat naik oleh instagram PalembangTerkini itu memaparkan seorang wanita berdiri di sebelah suaminya yang sedang menjalani proses ijab kabul di sebuah hospital.
Menurut keterangan video, suami wanita itu bernikah kali kedua dengan bekas kekasih ketika di sekolah kerana bakal madunya itu sakit tenat dan memerlukan penjaga.
“Hari ini, berlangsungnya perkahwinan kali kedua suamiku dengan bekas kekasihnya. Saya reda kerana Allah.
“Namun, air mata ini menitis juga saat kalimah sah dilafazkan sebaik akad selesai. Saya harap anda bahagia, wahai suami,” tulis wanita itu.
Video yang sudah diulang tayang hampir 40,000 kali itu menarik perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen.
Ada diantaranya beranggapan isteri pertama sebenarnya tidak reda dengan pernikahan kali kedua dan oleh sebab itu, dia menangis.
“Saya rasa seperti sedang lihat drama di kaca televisyen. Isteri pertama ikhlas atau tidak sebenarnya?” komen seorang pengguna media sosial.
Baca Lagi Di Sini :
Walaupun Baru Dua Minggu Berkahwin, Wanita Ini Bersedia Dimadukan & Ikhlas Menerimanya
Suami, Madu Meninggal Sakit, Ibu Tunggal Rela Hati Sara Anak Kandung & Tiri
Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Isteri Bakal ‘Bermadu’, Terima Dan Belajar Kenal Diri
Majlis Akad Nikah Ketiga, Madu Saya Calon Kelapan Suami
Suami Beli Rumah Baru Untuk Madu, Isteri Tua Robohkan Guna Jentolak!
Mingguan Wanita : Pengorbanan terbesar buat wanita ini, apabila reda berkongsi suami dan izinkan suami berkahwin dua dengan bekas kekasih yang sedang sakit tenat. Semoga dipermudahkan segala urusan buat wanita ini.
Sumber : Kosmo
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita