Berita

Bakal Jadi Nenek, Shiera Kongsi Tip “Banyak Bergerak, Sehari Sebelum Bersalin Pun Saya Masih Bekerja”

Share

Bakal jadi nenek, Shiera kongsi tip pada anak sulungnya yang sarat mengandung. Masa berlalu tanpa disedari, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shiera bakal bergelar nenek tidak lama lagi.

Anak sulungnya, Allisya, 25, kini sedang hamil lapan bulan dan Shiera bakal menyambut cucu pertama pada 1 Januari 2025. Sekadar info, Allisya ialah anak Shiera bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.

Shiera kemudian berkahwin dengan Zulkifli Azhari atau Ijoy pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu AireIl, 19, Airra, 16, Audra, 14, dan Adeena,6.

Bakal Jadi Nenek, Shiera Kongsi Tip

Kurang dua bulan menyambut orang baharu, Shiera berkongsi tips memudahkan kelahiran dan berpesan kepada agar Allisya bersalin di Kuantan, Pahang.

“Tipsnya adalah minta dia banyak bergerak seperti saya sebelum ini, sehari sebelum bersalin pun saya masih bekerja.

“Selain itu, saya cakap yang dia kena beranak di Kuantan sebab nanti dalam kad pengenalan ditulis 06 (kod kelahiran di Pahang). Nanti bolehlah dapat banyak promosi. Selain itu, kita ikut sahaja ada aturan- NYA,” katanya.

Shiera juga meminta supaya Allisya berehat dirumahnya.

“Saya mintanya berpantang dekat rumah tapi tidak tahulah macam mana nanti.

“Kalau saya jaga dia pantang, bolehlah saya pun sama makan makanan tersebut untuk jaga badan,” ujarnya.

Baca Disini : Usia 48 Tahun Shiera Terima Menantu Sulung “Tahniah. Mak Pengantin Berseri-Seri”

Published by
Norhayati Suboh