Ramai yang mengetahui pelakon cantik manis Anzalna Nasir,31 kini sedang sarat berbadan dua menantikan kelahiran anak pertama. Anzalna merupakan anak kedua daripada lima beradik yang kesemuanya perempuan. Begitu juga memiliki 3 orang anak saudara, si kembar Anggun Darleesa & Anggun Darleena, 2 dan Anggun Darniella 5 bulan.
Didalam posting Instagram semalam, pelakon ini ada berteka-teki tentang jantina anaknya sebelum majlis berlangsung pada hari ini.
26 Tahun Tunggu Anak Lelaki
Penantian keluarga besar Nasir untuk mempunyai kelahiran bayi lelaki sejak tahun 1993 akhirnya terlerai. Siang tadi telah berlangsungnya majlis pendedahan jantina bayi (Baby Gender Reveal) anjuran NR untuk Anzalna, selaku duta ekslusif NR di Hotel Majestic,KL.
“Semenjak 1993, bapa saya menunggu anak lelaki kerana adik beradik saya semuanya perempuan.
“Cucu lelaki juga belum dapat lagi kerana sebelum ini, kakak saya telah melahirkan tiga anak perempuan.
“Sebenarnya, saya dan suami tak kisah jantina anak kami, asalkan bayi yang bakal dilahirkan sihat walafiat,”jelas Anzalna.
Mohon Doa Proses Kelahiran Dipermudahkan
Anzalna dan suami,Muhammad Hanif Mohamed Zaki gembira dan mengumumkan kandungan yang kini berusia lapan bulan merupakan bayi lelaki yang dinanti-nantikan selama ini dalam keluarga besar mereka.
Menurut Anzalna lagi, dia sendiri terkejut bercampur gembira sebaik dimaklumkan jantina oleh doktor. Pelakon ini turut mengharapkan agar anak yang dikandungnya ini dapat dilahirkan secara normal, malah sekalipun perlu melakukan pembedahan caesarean, Anzalna hanya berserah dan berdoa semoga ianya dipermudahkan.
“Alhamdulillah, syukur dengan rezeki daripada Allah dan saya mohon doa semua pihak agar proses kelahiran nanti dipermudahkan,”ujarnya.
Bersalin Seminggu Sebelum Raya
Menyentuh soal persiapan kelengkapan anak yang bakal lahir tidak lama lagi, Anzalna menjelaskan akan mula membeli belah melengkapkan persiapan akhir kelahiran anaknya pada awal Mei nanti.
Anzalna dan suami juga sudah mempunyai beberapa nama bayi lelaki setakat ini, namun masih belum ada kata putus nama yang menjadi pilihan.
Pelakon Memori Cinta Suraya ini dijangka akan melahirkan anak seminggu sebelum raya.
Di majlis yang sama Anzalna turut berkongsi pengalamannya menggunakan produk NR sepanjang tempoh kehamilannya. NR juga memperkenalkan produk khusus utk penjagaan eksklusif bayi,OMMEY yang dicipta khusus untuk kulit bayi.
Terdahulu, Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 dan pada awal tahun lalu pasangan ini mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama setelah lebih 3 tahun berkahwin.
MW: Tahniah buat Anzalna, suami dan seisi keluarga, semoga dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan dan bersalin nanti.Anak yang dilahirkan sihat sempurna dan menjadi penyeri dalam rumahtangga. Selamat berpantang sewaktu raya nanti!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI