Penyanyi popular Indonesia, Afgan mengakui teruja apabila buat pertama kalinya bakal menjayakan konsert yang dipimpin oleh orkestra penuh dari Malaysia.
Afgan atau nama lengkapnya Afgansyah Reza ketika ditemui di majlis sidang media konsert Afgan Live In Concert with Orchestra yang bakal diadakan esok di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ia akan melibatkan kira-kira 25 orang pemuzik orkestra tempatan.
“Saya baru sahaja menjayakan konsert di sini (Malaysia) pada Disember tahun lalu di lokasi yang sama. Namun untuk konsert kali ini, saya akan tampil bersama pemuzik orkestra dari Malaysia. Ini merupakan kali pertama persembahan saya di sini akan diiringi pemuzik dari Malaysia. Saya tidak sabar menjayakannya,” katanya nyata teruja untuk membuat persembahan di hadapan para peminatnya di Malaysia.
Ads
Pada masa sama, penyanyi berusia 34 tahun itu turut memuji kualiti pemuzik orkestra Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.
Ads
“Saya hanya sempat menjalani sesi latihan bersama pemuzik Malaysia semalam. Sejujurnya saya memang kagum melihat kualiti yang dipamerkan mereka. Apa yang membuatkan saya kagum, pemuzik baru sahaja mendapat nota muzik untuk konsert saya dan mereka sudah boleh memainkannya dengan baik,” ujar pelantun lagu Bawalah Cintaku itu.
Afgan yang ditemui semasa sidang media Afgan Live In Concert With Orchestra di sini, hari ini bakal membawakan sebanyak 25 buah lagu, termasuk lagu oleh penyanyi tempatan yang dirahsiakan.
Ads
Menariknya, untuk konsert kali ini, Afgan turut mengundang penyanyi terkenal Indonesia, Raisa yang turut memeriahkan persembahan esok.
Sementara itu, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berkata, pihaknya berbesar hati kerana Afgan sekali lagi menerima pelawaan dan bersetuju untuk menjayakan konsert di sini. Difahamkan, sebanyak 3,000 tiket konsert yang dibawakan oleh penganjur, Renjana Idea telah pun habis terjual.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Pergi bukan guna duit ustazah pun, kenapa nak sibuk.” Ustazah Asma tak sedih dikecam kerana sebagai pendakwah ini adalah amanahnya untuk menegur.
Malahan baginya, biarlah apa kata mereka yang penting dia telah melaksanakan tanggungjawabnya kepada masyarakat.
Pergi Bukan Guna Duit Ustazah Pun
Kongsi Ustazah Asma Harun, yang ramai kecam juga dalam kalangan ibu ayah, katanya pergi bukan guna duit Ustazah pun, kenapa nak sibuk hal orang, dan lain-lain yang lebih pedih.
Duhai ibu ayah, bukankah kalian yang selama ini berkata sayang pada anak-anak sampai syurga dan berdoa untuk berkumpul disana.
Bukankah kalian yang selalu inginkan anak-anak selamat daripada bahaya dunia, jika mereka sakit kalian tak tidur lena dan sanggup korban apa sahaja.
Tiada kasih sayang yang lebih tulus seorang Ibu Ayah melainkan mereka berusaha dengan hati, perkataan dan tindakan untuk melindungi anak-anak daripada melalui jalan yang salah dan terpesong daripada menuju ke Syurga. Itulah bukti kasih sayang sejati.
Adakah kalian begitu naif bahawa suasana konsert sebegini akan berlakunya percampuran lelaki dan perempuan, kadang minuman najis berjaya dicuba, lebih jauh lagi ia boleh menjadi langkah pertama menuju kepada penzinaan.
Jika sebelum ini kita dihadapkan dengan fakta konsert M****** pun dah jumpa banyak K***** bersepah bila waktu pagi ketika pihak yang membersih kawasan menjalankan tugas.
Suasana terkinja-kinja dan saling hilang kawalan diri, walaupun asalnya si anak ini seorang yang pemalu dan sopan, namun suasana sangatlah mempengaruhi seseorang, pakaian pula tak boleh dibayangkan, pasti akan disesuaikan dengan konsert supaya tak dilihat janggal.
Bertemulah dengan kawan baru, sekelip mata nombor telefon saling bertukar, merasai nikmat kebebasan atas nama ‘sporting’ IBU AYAH.
Iya, istilah jangan jaga tepi kain orang terus dilaungkan walaupun kain tu dah terselak hingga membuka aib sendiri. Kita hanya ingin tarik kain itu supaya aibnya juga terpelihara, kerana prihatin dan tanggungjawab.
Ustazah Asma Tak Sedih
Kami selaku pendakwah menanggung amanah yang akan dihisab kelak. Saat melihat kemungkaran yang dibenarkan secara terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Adakah iman tidak bersuara, atau lesu juga bersama ayat sangka baik,
“Alahai itu Justin Bieber je, itu sekadar hiburan je, bukan selalu sekali sekala je, kadang-kadang remaja perlu diberi kebebasan nanti memberontak, jika berdosa nanti taubatlaaa”
Tuan Puan,
Saat Arab Saudi Anjur konsert Riyadh Season ramai yang kecam dan menginsafi bahawa itu adalah petanda akhir zaman, rasa terkejut kerana baru nak melepasi Musibah Wabak, ingatkan menjadi lebih kuat Ibadat, tapi rupanya Penjaga Tanah Suci membuka pintu Maksiat dan lain-lain.
Terlalu sedih, bila budaya ini sampai ke Tanah Air sendiri, Malaysia yang dicintai, masing-masing boleh mengubah rasa itu kepada sesuatu yang dianggap biasa, normalisasi sengaja buat maksiat lepas tu taubat telah menjadi tipu daya yang sangat berjaya hawa nafsu dan syaitan.
Istilah terlambat bila berlaku sesuatu yang mudharat akan cuba dicantikkan juga dengan ayat “adalah hikmah di sebalik” , walaupun hakikatnya musibah itu sendiri dicari bukan diberi.
Allahu Akbar, kita tahu tiket sudah habis pun terjual. Satu konsert yang harganya sangat mahal begitu mendapat sambutan di negara Islam Malaysia.
Selepas ini, nantikanlah konsert lain pula bakal menyusul, atas nama hiburan itu keperluan, maka suburlah budaya hedonisme. Terbentuk jelaslah generasi hamba hiburan, itulah nanti menjadi sumber pendapatan pihak penganjur yang tamak.
Pengalaman Mengajar
Ini bukan doa atau sangka buruk, menulis daripada pengalaman menguruskan kes masalah sosial remaja dan penyesalan Ibu Bapa. Janganlah normalisasikan pendidikan, “bagi depa rasa dulu apa yang nak, esok dah jemu depa berhentilah..”. Nauzubillah, bimbang Ibu Bapa dan anak tak sempat taubat sebelum mati.
Saya tak sedih dikecam dan dihina, siapa saya ni untuk dihormati dan dimuliakan, banyak kekurangan dan dosa sendiri yang lebih menjadikan diri ini hina. Kesedihan adalah apabila melihat sesuatu kemungkaran namun ramai yang berdiam.
Terima kasih semua yang memberikan sokongan dan doa, ini adalah perjuangan kita, moga menjadi saksi dan catatan amal soleh kita bersama.
Sayang dan kasih sahabat semua kerana Allah dan Rasulullah. Di atas jalan ini kita bertemu, semoga di Syurga Allah kita bersatu. Takbir, Allahu akbar.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Asma’ binti Harun
2 Ramadhan 1443H #UAHSahabatDuniaAkhirat
Mingguan Wanita : Semoga Allah memelihara anak-anak mak ayah daripada maksiat dan perkara-perkara yang dilarang agama. Insyallah.
Aktiviti mendaki (Hiking) sejak kebelakangan ini menjadi satu fenomena ataupun hobi yang sangat menarik buat mereka yang suka cabaran dan aktiviti lasak. Tidak hairan juga kalau dahulu tidak ramai orang yang tahu tempat-tempat menarik untuk melakukan aktiviti ini tetapi sekarang? Lihat sahaja di laman sosial media. Ada sahaja tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi untuk melakukan aktiviti mendaki ini.
Tidak pernah takut untuk terokai cabaran baharu, Adam Azrulkhan Hasrullah tekad untuk mencuba aktiviti mendaki ini walaupun dirinya serba kekurangan. Bagi dia, aktiviti mendaki ini merupakan yang memuaskan tanpa boleh diungkapkan dengan kata-kata sebagai gambaran.
Kegagalan tidak mematahkan semangat dia apabila pernah gagal untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Cubaan kali kedua dia berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan bantuan kawan-kawan pendaki yang lain.
Pemburu Puncak (Hiking) Risiko menjadi pendaki gunung adalah tajuk kupasan topik menarik dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi di saluran Astro Prima 105 dan Prima Hd 121 pada jam 11 pagi hingga 12 tengahari. Antara tetamu jemputan, Nabila Huda, pelakon, Adam Azrulkhan Hasrullah dan Encik Mohamad, Timbalan Pengerusi Mencari & Penyelamat Gunung Malaysia (MOSARS).
Antara tip menarik yang dikongsikan oleh Encik Mohamad ialah:
Sentiasa bertenang dan jangan cemas.
Kumpul segala maklumat (seperti: kawasan sekeliling anda, cuaca, dan keadaan sekeliling).
Bawa powerbank bersama anda ketika mendaki.
Lari dalam larian zig zag jika anda terserempak dengan binatang buas dan tinggalkan segala barangan atau beg yang anda bawa.
Bagi yang ingin menonton siaran ulangan atau terlepas menyaksikan siaran langsung program bual bicara Mingguan Wanita, saksikan siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Astro Prima Hd 121 pada jam 5 petang nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Syukur, apabila dapat melayari kehidupan bersama pasangan dari awal perkahwinan sehinggalah beranak cucu. Itu impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Jodoh pelakon yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Ahmad bahagia bersama sehingga 14 tahun menjadi suami isteri.
Selama 14 tahun berdua empat orang cahaya mata, onak dan duri telah mereka harungi. Terharu sungguh, Fazley bila mana isteri tetap setia di sisi dalam apa juga kesukaran yang terpaksa mereka tempuhi.
Azrene yang mesra dipanggil ‘Adik’ oleh suaminya ini, menerima dirinya seadanya. Dari seorang yang dalam keadaan sehelai sepinggang, tetap isteri mencurahkan kasih sayang yang berpanjangan.
Azrene Jadi Isteri Abang Dalam Keadaan Sehelai Sepinggang.. – Datuk Fazley
14 tahun dah kita Adik Sayang!
Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini. Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya. Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa.
Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan. Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu! Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun.
Perkongsian Fazley ini dimuatnaik dalam instagramnya dalam bentuk paparan video beserta lagu ‘November Itu’. Yang mana, lagu dan liriknya oleh beliau sendiri.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...