Bakal Berempat, Berseri-seri Wajah Nad Zainal Hamil Empat Bulan

Share

Selepas empat tahun, akhirnya Yem bakal ada adik.. kawan bermain. Kongsi pelakon, Nad Zainal anak pertamanya itu bakal menjadi abang Long. Serentak mengumumkan berita gembira, hamil anak kedua yang sudah pun berusia empat bulan.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 30 yang semakin berseri-seri juga memohon doa. Agar kehamilannya kali ini semudah sewaktu mengandungkan Yem atau nama penuhnya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq.

Doakan Kali Kedua Ini, Semudah Yang Pertama

Alhamdulillah.. doakan perjalanan kali kedua ini semudah yang pertama.. Yem nak jadi abang.”

Bagaimana pun, Nad menolak kemungkinan cakap-cakap orang yang kandungan keduanya itu adalah ‘baby PKP’

Semua orang cakap baby PKP (Perintah Kawalan Pergerakan, BUKAN. Masa PKP tak ada masa ‘buat’ (seloroh).”

Sememangnya Nad, dah ada perancangan nak tambah anak sama ada tahun ini atau tahun depan. Lagipun, Yem dah besar. Dan, berita kehamilannya pun cuma diketahui selepas dua minggu dia menjalani pengambaran dengan Remy Ishak dan Mimi Lana untuk drama Hati Yang Tersakiti.

Baca sini : Jangan cepat rasa lemah, jika perlukan waktu bersendiri, luahkan. Tak perlu pendam – Nad Zainal

Nad dan suami baru saja sambut hari lahir Yem.

Empat Bulan Hamil, Nad Tak Alami Alahan

Akui Nad, kehamilannya ini tak memberi sebarang alahan padanya. Elok saja dia menjalani kehidupan macam hari normal.

Malah, Nad masih menjalani pengambaran drama bersiri dan sebaik selesai drama lakonannnya kali ini, Nad masih berhasrat untuk mengambil kerja-kerja yang mudah.

Soal jantina anak pun tak jadi masalah buat Nad. “Jauh di sudut hati saya mahukan anak perempuan

.” Apa pun, doanya tetap mahukan bayi dalam kandungannya ini sihat.

Kalau lelaki pun tak apa.”

Moga doa Nad dan suami mahukan anak perempuan Allah makbulkan.

Untuk rekod, Nad dan suami, Muhammad Faliq Amiruddin mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

Sumber/Foto : Nad Zainal, Mstar, Gempak

Published by
NETTY AH HIYER