‘Baju Terselak, Seluar Ketat’, TAK SAH Solat, Jagalah Batas Aurat, Fahami Ilmu Fardu Ain

Share

Solat adalah ibadah yang menduduki tempat tertinggi. Namun, ramai yang tidak menyedari adakah kita solat itu sah atau tak sah. Mungkin ada daripada kita melakukan kesalahan ‘basic’ ketika solat tanpa kita sedari.

Solat juga sepatutnya meninggalkan impak positif dalam mendidik kita sentiasa fokus terhadap tugasan harian. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah Al-Mukminun, ayat 1-2).

Tanpa kita sedar juga, solat yang kita lakukan itu mungkin tak sah atas sebab-sebab tertentu. Inilah yang diterangkan oleh Muharrik Daie dalam perkongsiannya. Ingatan buat pasangan dan lelaki di luar sana untuk jaga aurat semasa solat.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Pergi Masjid Pakai Cantik-cantik Wangi-wangi, Nak Solat Ke Nak Goda Lelaki

Anak Lelaki, Belajarlah Solat JENAZAH, Inilah Penghormatan Terakhir Buat Orang Tersayang

Info Lebih Menarik DI SINI

Tak Sah Solat, Jagalah Aurat

Sebenarnya banyak kali dah berlaku di depan mata aku terutamanya di hari jumaat. Banyak sangat aku jumpa kes begini. Lebih lebih lagi zaman sekarang ni fesyen seluar ketat dan baju ketat dan pendek. Akan berlakulah perkara ini dan tak boleh dielakkan.

Kalau sempat aku tegur, aku akan tegur dan perbetulkan. Walau ada masa masanya aku kena sergah dan kena marah juga.

“Sibuk jer, macam pandai sangat. Mana dalilnya tak boleh pakai seluar solat begini. Kau asyik nak perhati salah orang jer. Tak der kerja lain ke?”

Ada masa aku dihargai. “Terima kasih bang, saya memang tak tahu. Ingatkan okey. Kalau Abang tak bagi tahu naya saya.”

Tapi aku tetap akan terus tegur kerana aku rasa itu tanggungjawab aku yang tahu dan ada ilmu sikit sebanyak ini. Kalau tak tegur, aku pulak yang jatuh berdosa kerana membiarkan. Mahu tak mahu kalau aku nampak dan jika tidak mengaibkan, aku akan tegur.

Tegur Untuk Kebaikan

Isya’ tadi aku ditemukan balik dengan perkara yang sama. Seorang grab rider. Usai adik grab tu solat dan berdoa, aku hampiri dia. Aku bagi salam. Dia jawab salam aku.

“Dik abang nak tegur sikit. Maaf ya.” Kata aku.

Aku lihat wajah dia blur. Yerlah tiba tiba saja aku nak tegur dia. Tentulah dia gabra. Tapi dia mengangguk.

“Macam ni dik, tadi waktu adik solat, baju adik pakai ni ternaik ke atas, jadi seluar adik yang ketat tadi tertarik ke bawah, nampak aurat alur punggung tu. Tak sah solat gitu dik. Kena solat balik.”

Aku lihat muka dia berubah. Aku hanya tunggu masa saja nak kena sembur. Sama ada kena sembur atau sebalikhya. Akhirnya …

“Ye ke bang. Aduh. Saya tak perasan tadi.” Ujarnya pada aku sambil senyum di buat buat.

Aku tahu, dia bukan saja tak perasan tapi tak ada ilmu. Tak tahu apa itu aurat dan batas aurat dalam solat. Tapi aku cover line supaya dia tak terasa malu dan tak terasa aib sangat pada aku atas kejahilan nya.

“Memang tak nampak dik. Abang pun dulu masa tak belajar pasal aurat kadang kadang orang belakang tegur abang. Terpaksalah abang ulang solat balik. Biasalah tu pakai seluar ketat dan baju senting ni kena hati hati waktu solat. Boleh nampak aurat.” Ujar aku.

Aku lihat dia serba salah. Tak tahu nak teruskan kata kata. Dia jemn.

“Nah ambik kain ni, solat balik. Nanti lepas pakai adik letak tepi tiang tu ya. Abang nak pergi toilet kejab.” Ujarku sambil hulurkan kain pelikat yang memang sengaja aku bawa lebih kemana kemana dalam beg sandang aku supaya mudah nak solat bila seluar bernajis.

Aku pura pura nak ke toilet supaya dia tenang dan khusyuk untuk solat kali kedua. Kalau aku ada ditepi sudah pasti kacau jiwanya.

Dari jauh aku lihat dia sarung kain pelikat aku dan solat. Selepas solat dia letakkan kembali kain aku seperti yang aku suruh.

Jangan Solat Sia-Sia

Memang sekarang ni kita lihat ramai budak budak muda dan remaja solat. Seronok kita tengok mereka dan bangga tapi masalahnya mereka sekadar solat ikut ikut saja dan tiada kesedaran untuk belajar fardhu ain terutama bab istinja’, wuduk mahu pun bab aurat ni. Jadilah solat mereka sia sia.

Bukan itu saja. Pakaian mereka pun ngeri kita tengok. Dahlah jeans dipakai seketat ketatnya. Ditambah cawat yang pendek. T Shirt dan baju pun ketat dan senting. Memang tak sahlah dibawa solat.

Nak berfashion tu tak mengapa tapi sedialah kain pelikat untuk solat supaya solat kita diterima Allah. Itu belum lagi bab istinja’ mencuci najis. Entahlah. Aku hanya mampu berdoa saja agar generasi ini berusaha untuk menuntut ilmu. Kerana beramal tanpa ilmu itu tertolak.

Sebab itu mak ayah, sejak kecik jangan hanya hantar anak belajar al Quran saja. Dan bangga anak boleh baca al Quran. Al Quran tu tak wajib belajar. Yang wajib belajar adalah ilmu fardhu ain. Ilmu Tauhid. Feqah dan tasauf.

Sepatutnya ilmu fardhu ain didahulukan sebelum anak anak itu mencapai usia baligh. Tapi itulah. Silap silap mak ayah dah tua pun tak khatam ilmu fardu ain lagi. Lagi lah parah!

Mingguan Wanita : Jangan ambil mudah hal-hal begini. Panduan untuk kita dan keluarga kita. Moga solatt kita diterima.

Sumber: Muharrik Daie

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora