Sumber Foto : Instagram Siti Sarah Raissuddin

“Baju terakhir dipakai Arwah sebelum ke hospital masih elok dalam simpanan. Jadi pengubat kerinduan” begitulah antara ungkapan daripada Shuib yang juga suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang mengundang sebak.

Ternyata kerinduan masih bersarang dihati Shuib sekeluarga selepas kehilangan isteri tercinta setahun yang lalu.

“Baju Terakhir Dipakai Arwah Sebelum Ke Hospital Masih Elok Dalam Simpanan. Jadi Pengubat Kerinduan”

“Baju Terakhir Dipakai Arwah Sebelum Ke Hospital Masih Elok Dalam Simpanan”

Kejutan dan kesedihan yang dialami selepas kehilangan seseorang adalah sangat berat. Kehilangan orang yang dicintai sememangnya tidak mudah.

Pastinya kita mula berubah dengan kehilangan yang berlaku, tetapi sebagai insan biasa kita juga mesti belajar untuk bertahan, dan menjadi lebih matang.

Seperti yang umum ketahui, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu jam 5.13 pagi, akibat Covid-19. Arwah juga menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

“Baju Terakhir Dipakai Arwah Sebelum Ke Hospital Masih Elok Dalam Simpanan. Jadi Pengubat Kerinduan”

“Baju Terakhir Dipakai Arwah Sebelum Ke Hospital Masih Elok Dalam Simpanan. Jadi Pengubat Kerinduan”

Ads

Terbaru menerusi kenyataan di Harian Metro, Shuib menerangkan walaupun sudah setahun pemergian Siti Sarah, dia masih menyimpan barang-barang peribadi milik isterinya itu untuk dijadikan kenangan.

“Ada barang-barang arwah masih saya simpan. Kalau terkenang bolehlah lihat dan pegang.

“Baju terakhir yang dipakai arwah sebelum ke hospital masih elok dalam simpanan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arwah,” katanya ayah kepada empat cahaya mata itu.

“Baju Terakhir Dipakai Arwah Sebelum Ke Hospital Masih Elok Dalam Simpanan. Jadi Pengubat Kerinduan”

Mimpi Sedih

Shuib  juga menerangkan dia pernah mendapat mimpi sedih seakan-akan Allahyarham Sarah tidak bersetuju dengan keputusannya untuk mengubah suai kediaman.

Ads

“Selepas enam bulan arwah meninggal dunia, saya pernah terfikir nak ubah suai rumah untuk memberi suasana baharu dan sudah berbincang dengan pereka dalaman.

“Namun, bulan lalu saya batalkan hasrat itu selepas mendapat mimpi sedih.

“Dalam mimpi itu, saya masuk ke rumah baharu dan tercari-cari arwah tapi dia tiada.

“Baju Terakhir Dipakai Arwah Sebelum Ke Hospital Masih Elok Dalam Simpanan. Jadi Pengubat Kerinduan”

“Ketika itulah saya sedar dia sudah meninggal dunia,” ungkapnya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Baca Disini : “Pemergian Allahyarham Siti Sarah Membuka Mata Orang Supaya Tidak Mudah Menilai Artis” Nabil

Ads

Alahai Jika Arwah Siti Sarah Ada Mesti Seronok Tengok Anak-Anak Pandai Urus Ayash Affan

Mingguan Wanita: Al-Fatihah buat arwah Siti Sarah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

Sumber : Harian Metro 

Sumber Foto : Instagram Siti Sarah Raissuddin

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI