Berita

Baju Sekolah Zuhal & Marikh Pengubat Rindu, Ibu Mimpi Anak Datang Cium, Minta Maaf Sambil Senyum

Share

Baju sekolah Zuhal dan Marikh jadi pengubat rindu. Ibu mimpi anak datang cium, minta maaf sambil senyum. Baju sekolah milik Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan Ahmad Marikh, 13, menjadi peneman Norzalifa Mohd Yusof, 35, setiap kali teringatkan anak kesayangannya.

Baju Sekolah Zuhal & Marikh Pengubat Rindu

“Baju ini kami bawa balik dan kesan darah itu kami basuh pagi tadi. Inilah pakaian yang menjadi kenangan buat kami.

“Tidak sangka mereka berdua sudah tiada. Rindu sangat dengan keletah mereka, senyuman terakhir mereka terutama adik yang suka buat memek muka sebelum keluar bekerja semalam.

Norzalifa (kiri) tidak dapat menahan sebak setiap kali memandang pakaian seragam milik kedua-dua anak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sungai Siput.

Ibu Mimpi Anak Datang Cium, Minta Maaf Sambil Senyum

Memetik laporan Sinar Harian, dek kerana terlalu rindu kepada dua orang anaknya, ibu ini sampai termimpi anak-anaknya datang cium dan minta maaf sambil senyum. Kemudian terasa tangan ditepuk-tepuk sebelum terjaga.

Mengulas mengenai individu yang ditangkap berkaitan kes kemalangan dua anaknya, Norzalifa berkata, dia mengharapkan hukuman setimpal dikenakan terhadap lelaki terlibat.

Artikel berkaitan: Saksi Menggigil Tengok Jenazah Pelajar Kolej Terlibat Kemalangan Ngeri, Kereta Hampir Terputus Dua

“Saya tidak mahu tengok muka dia, geram kerana dia nyawa kedua-dua anak saya melayang. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima, dia mesti bertanggungjawablah.

“Hendak menangis pun saya tetap reda kerana mereka pergi dalam bulan yang baik, Jumaat terakhir di bulan Ramadan,” katanya.

Norzalifa mengakui sambutan Syawal terasa hambar tanpa kehadiran kedua-dua anaknya itu.

Gambar kenangan mereka sekeluarga pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

“Kalau ada rakan-rakan yang hadir, kami jamu seadanya tetapi tidak pergi mana-mana pun untuk beraya.

“Memang tidak boleh lupalah permintaan adik yang mahu baju raya dan dia ada minta buat kuih kerana nak makan banyak-banyak,” katanya.

Terdahulu, Norzalifa dan suami, Norazlan Tajuddin, 37, menerima kunjungan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah yang menyampaikan sumbangan mewakili kerajaan negeri.

Turut hadir menyantuni keluarga berkenaan ialah Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin.

Baca lagi: Pelajar Malaysia Maut Kemalangan Di New Zealand, Sepasang Telekung Merah Jambu Jadi Kenangan

Dalam kejadian jam 7.12 pagi Jumaat, 5 April, Ahmad Zuhal dan Ahmad Marikh menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru.

Dua beradik ini telah terlibat dalam nahas langgar lari yang meragut nyawa mereka di Kilometer 38 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak.

Sumber: Sinar Harian

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

 

 

 

Published by
Has