Baju Sarat Mesej Pilihan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Pereka Fesyen Dedah Simbolik Gaun Berlian Bersulam Tangan. Baru-baru ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menghiasi pentas di Konsert Fenomena Siti Nurhaliza di Singapura dengan menggayakan gaun yang direka oleh pereka terkenal Fiziwoo.
Menariknya, gaun yang dihiasi ribuan berlian bersulam tangan ini mempunyai simbolik yang tersendiri. Gaun yang berfungsi sebagai kanvas berkilauan, mengubah penghormatan peribadi menjadi paparan seni dan penghormatan yang menakjubkan.
Penghormatan Menakjubkan
Gaun FOR YOU
Gaun yang mesra dipanggil ‘For You’ oleh peminat setianya, Sitizoners, sangat menyentuh hati Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Dengan menggabungkan palet warna hitam, putih, hijau, dan merah, pakaian itu melambangkan kekuatan dan harapan, secara simbolik menggemakan tema solidariti dan ketahanan.
Dicipta dengan perhatian yang teliti, gaun ini mengandungi naratif peribadi yang signifikan, termasuk penghormatan kepada suaminya dan anak perempuannya, serta refleksi mengenai nasib Palestin.
Kata-kata seperti “Khalid, untuk kamu adalah cahaya saya”, “Afwa Al Aafiyah, untuk kamu adalah tonggak kekuatan dan masa depan ratusan jiwa” dan “Dr Mohanad, untuk kamu adalah jambatan harapan” diintegrasikan dengan lembut ke dalam rekaannya, menambahkan lapisan makna dan emosi.
Mesej Penuh Emosi
Menurut pereka fesyen Fiziwoo, kehadiran mesej-mesej yang penuh emosi ini, ditambah dengan skema warna simbol yang mencerminkan bendera Palestin, menekankan komitmen Dato’ Sri Siti Nurhaliza terhadap advokasi dan solidariti.
Malah antara mesej yang disampaikan melalui seorang pejuang, Dr. Mohanad. Beliau merupakan seorang wira yang diiktiraf di Palestin turut menyatakan rasa terima kasih yang mendalam.
Penyanyi nombor satu negara itu menerima kecaman aktivis anti-Israel apabila dia berkongsi pentas dengan penerbit dan komposer terkenal, David Foster menerusi Konsert Eksklusif `Hitman Returns – David Foster and Friends’ di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
“Di tengah-tengah perjuangan dan kesusahan kami, isyarat solidariti anda bersinar dengan mendalam.”
Tambah Fiziwoo lagi, gaun tersebut meneruskan naratif dari kerjasama pertama mereka dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sekaligus menandakan bab penting dalam perkongsian kreatif mereka.
Busana rekaan duo Fiziwoo yang dinamakan red tulle ball gown pernah digayakan oleh penyanyi kesayangan ramai ini pada Konsert Siti Nurhaliza On Tour 2019 pernah mendapat perhatian ramai apabila pereka fesyen ini menjadikan beberapa lirik lagu popular Dato Sri Siti Nurhaliza sebagai rujukan utama pada baju berkenaan.
Pelakon, Ika Nabella begitu bimbang dengan keadaan anaknya Muhammad Noah Zayn yang telah didiagnosis penyakit karotenemia atau jaundis palsu iaitu salah satu jenis penyakit kuning.
Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dan menerima cahaya mata lelaki pada 23 Otober 2019.
“Terlalu banyak pigmentasi kuning pada kulit dan peningkatan beta-karotin dalam darah,” begitulah yang dikongsikan Ika Nabella menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya tentang keadaan anak lelakinya.
Malah Ika juga menerangkan, punca penyakit tersebut disebabkan pengambilan makanan karotin yang berlebihan seperti lobak merah.
“Uncle dan unty sila doakan @muhammadnoahzayn sihat sempurna. Dia kini didiagnosis sebagai bayi karotenemia atau orang selalu memanggil ‘bayi oren’ kerana pengambilan makanannya.
“Pengambilan makanan karotin yang berlebihan. Dia suka lobak merah sangat. Phewww. Salah Ibu.
“Tapi jangan risau Noah baik-baik saja, keadaan ini tidak berbahaya cuma Mommy dan Ayah kena merawat perubahan warna kulitnya,” tulisnya yang turut menyatakan keadaan itu tidak merbahaya.
Ubah Corak Makanan Anak
Ika turut menyatakan akan mengubah corak makanan anaknya yang akan beralih kepada hijau dan merah.
“Sekarang! Tiada lagi lobak merah atau labu! Kita pergi hijau ok dan merah,” coretnya lagi.
“Setiap hari berdoa agar dipanggil ke tanah suci Mekah,” itulah luahan personaliti dan pempengaruh media sosial, Maryam You Narae apabila mendapat kejutan dari suami yang menghadiahkan dirinya pakej mengerjakan umrah.
Wanita yang berasal dari Korea ini baru saja lima tahun bergelar mualaf. Beruntung Maryam bakal menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Maryam bakal mengerjakan ibadah umrah kali pertama 29 Februari nanti.
“Setiap Hari Berdoa Agar Dipanggil Ke Tanah Suci Mekah”
Berkongsi kegembiraan melalui sebuah video di akaun instagramnya, Maryam sebak dan berasa teruja. Malah wanita cantik yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini mengalirkan air mata kegembiraan.
“Sememangnya saya tak sangka suami akan berikan kejutan pakej umrah pada pada ulang tahun kelahiran saya pada 19 Februari. Dalam setahun sebenarnya saya simpan hasrat nak pergi umrah. Setiap hari saya berdoa agar dipanggil untuk ke sana.
“Sepanjang tahun lalu saya dan Ryzal mencari masa untuk ke sana tapi tertunda sebab fikirkan anaknya dan ada kerja perlu diselesaikan,” kongsi Maryam seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Bersyukur Dengan Peluang Diberikan
Selepas mengambil keputusan berhijab dan melahirkan Rina Maryam akui hatinya sering tertanya-tanya apabila orang terdekat pergi ke umrah dan ramai yang kata rindu untuk mengerjakan lagi umrah.
“Selepas bersalin dan lihat Rina membesar dan ramai orang terdekat pergi umrah… jadi hati saya berubah.
“Hati saya rasa nak balik dan rindu… tak tahu rindu apa. Sebab sebelum ini tak faham bila orang cakap macam itu.
“Tapi tahun lepas perasaan itu ada. Itu yang buat saya nak ke sana,” luah Maryam yang turut bersyukur dengan rezeki yang datang.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk Ameer Ali Mydin terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Bisa 2023. Tahniah buat PENGARAH Urusan MYDIN Mohamed Holdings Bhd, Datuk Amer Ali Mydin yang diberi pengiktirafan menerusi anugerah khas BISA 2023, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2023.
Anugerah yang berlangsung di Double Tree by Hilton Shah Alam dan turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahudin Ayub telah dianjurkan oleh Grup Sinar Karangkraf, sebuah anak syarikat di bawah Kumpulan Karangkraf.
Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada para usahawan menerusi Anugerah Bisnes Sinar Harian Awards (BISA). Malah BISA turut mengiktiraf atas pencapaian usahawan dalam semua sektor industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Pengiktirafan ini turut menyaksikan sebanyak 10 anugerah utama dan pelbagai lagi kategori anugerah diperkenalkan.
Datuk Ameer Ali Mydin Terima Anugerah PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT BISA 2023
Datuk Ameer Ali Mydin dipilih sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2023 pada Anugerah Khas Bisnes Sinar Harian (BISA) yang julung kali diadakan malam tadi.
Menurut Datuk Ameer Ali pengiktirafan berkenaan ditujukan khas buat pengasas legasi MYDIN iaitu Allahyarham bapanya, Mydin Mohamed.
“Anugerah ini merupakan tanggungjawab yang berat untuk saya dan MYDIN pikul bagi memastikan kami dapat mencurah bakti dan berkhidmat kepada masyarakat.
“Terima kasih diucapkan kepada kakitangan kami sama ada yang masih bertugas bersama kami mahupun yang pernah berkhidmat dengan MYDIN sebelum ini.
“Ia (anugerah) bukan sahaja kepada saya, namun untuk anda semua, ‘Keluarga Besar MYDIN’.
“Anugerah ini bukanlah untuk dibangga-banggakan, namun ini adalah pemangkin semangat kita untuk berkerja lebih kuat.
“Jika saya BISA, anda pun semestinya BISA menang,” ungkap Datuk Ameer Ali.
Hargai Usahawan Malaysia Bertahan Semasa Pandemik Covid-19
Pada majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, idea tersebut tercetus sebagai satu usaha menyokong dan menghargai usahawan Malaysia yang terus bertahan semasa pandemik Covid-19 melanda negara.
“Tiga tahun lalu, krisis kesihatan menyebabkan banyak syarikat yang tidak dapat beroperasi, gagal bersaing dan akhirnya bukan sedikit yang terpaksa gulung tikar. Pun begitu, Covid-19 turut mengajar kita semua untuk bangkit, menjadi lebih kuat dan lebih berBISA.
“Sejak lebih setahun lalu, para usahawan kembali membina perniagaan masing-masing. Ada yang bermula dari bawah, ada yang menyambung bisnes yang tertangguh dan ada juga yang terus melebarkan sayap ke tahap lebih tinggi.
“Justeru, selepas hampir tiga tahun tercetusnya idea Anugerah BISA, akhirnya malam ini kita berkumpul untuk mencipta dan melakar sejarah.
“BISA bukan sekadar pentas menyampaikan anugerah semata-mata. Ia direka untuk mengiktiraf usahawan di Malaysia terutamanya pemain PKS.
“Apa yang unik dan istimewanya BISA ini, ia bukan sekadar menghargai pemilik bisnes, malah kita turut mengangkat pelbagai agensi yang berada dalam ekosistem perniagaan.
“Ini membolehkan rakyat di luar sana mengetahui, dalam kejayaan seseorang usahawan, ada organisasi lain yang mungkin turut memainkan peranan, baik agensi-agensi kerajaan, perbankan, syarikat telekomunikasi, pasar raya besar dan platform beli-belah.
“Menerusi kerjasama dan sokongan daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan lain, Sinar Harian akan memainkan peranan sebagai jambatan penghubung komuniti bisnes Malaysia.
“Lebih banyak pertukaran idea, masterclass, bengkel dan kerjasama dapat kita lakukan bersama untuk meneroka segala kemungkinan dalam era digitalisasi teknologi hari ini,” kongsi Farah.
BERIKUT disenaraikan pemenang-pemenang bagi Anugerah BISA
1 ANUGERAH KHAS BISA 2023
-ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT 2023
DATUK WIRA DR HAJI AMEER ALI MYDIN
PENGARAH URUSAN
MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD
SENARAI PENERIMA ANUGERAH LAIN
ANUGERAH MONTESSORI ISLAMIK PILIHAN 2023
DATO’ DR. KAPTEN BAKHTIAR ALIFF,
PENGASAS & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AL KAUTSAR EDUQIDS
ANUGERAH INOVASI PILIHAN 2023
YANG MULIA RAJA AHMAD FAUZAN
COFFEE ENTHUSIAST OFFICER FURIO HOLDINGS SDN BHD (COFFEE STAR)
ANUGERAH PEMANGKIN INOVASI PENDIDIKAN AWAL 2023
DATIN DR. NOR FADILAH ALIAS
PENGARAH URUSAN & KETUA PEGAWAI OPERASI AL KAUTSAR EDUQIDS.
ANUGERAH PEMASARAN DI MEDIA SOSIAL 2023
PUAN ZIRRA ABDULLAH
PENGASAS & PENGARAH URUSAN SKIN DESSERT
ANUGERAH PEMBANGUNAN LESTARI ALAM 2023
DATUK HAJI RAMLI MOHD TAHIR
PENGARAH URUSAN KDEB WASTE MANAGEMENT
ANUGERAH KEDAI RANTAIAN MAMPU MILIK 2023
DATIN ROSMARIZA DATUK CHE UMAR
PENGARAH PERAKAUNAN & PENTADBIRAN KUMPULAN PASARAYA BORONG SAKAN SDN BHD
Ustaz Mohammad Ya’akub Yusra Mohd Yusof
ANUGERAH USAHAWAN ISLAM MODEN 2023
USTAZ MOHAMMAD YA’AKUB YUSRA MOHD YUSOF
PENGARAH URUSAN MURTADHA DAKWAH CENTRE atau MADAD.
ANUGERAH PENGGERAK USAHAWAN TELEKOMUNIKASI 2023
ENCIK FARID YUNUS
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF redONE NETWORK SDN BHD
ANUGERAH AGENSI PELANCONGAN MUSLIM PILIHAN 2023
HAJI MUHAMMAD MURSYID ABU HASSAN
PENGARAH URUSAN MURSYID ALHARAMAIN TRAVEL & TOURS
ANUGERAH FESYEN KREATIF BATIK PILIHAN 2023
PUAN RASTA RASHID
PENGASAS/PEMILIK JENAMA, RASTA CREATION SDN BHD
ANUGERAH INOVASI RANGKAIAN TEKNOLOGI 2023
ENCIK FAISAL SHADLI ARSHAD
PENGARAH URUSAN PACTON TECHNOLOGIES SDN BHD
ANUGERAH PLAYSCHOOL PILIHAN 2023
PUAN SHARIFFAH ASDAHLINA HABIB AHMAD
PENGASAS & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KOOLKIDZ ACADEMY
ANUGERAH PERKHIDMATAN KEWANGAN MAMPAN 2023
DATUK SERI MOHD FARMIEZUDIN NAZARUDIN
PENGARAH URUSAN LQID ASIA PACIFIC SDN BHD
ANUGERAH PEMACU KEUSAHAWANAN 2023
DATUK HAJI HARIS EMBONG
PENGARAH URUSAN ARISPROP HOLDING SDN BHD
ANUGERAH PERKHIDMATAN, SUMBER & TEKNOLOGI 2023
ENCIK MOHAMMAD OHIDUL ISLAM
PENGARAH URUSAN VOM MEDIA (M) SDN BHD
ANUGERAH KONSULTAN STRATEGI & PEMASARAN 2023
JAMALUDDIN BAHARI (SIFU JAMAL)
PENGARAH URUSAN SIFUBAD SDN. BHD
ANUGERAH PENGGERAK USAHAWAN KOPERASI 2023
DATUK SERI DR HAJI ABDUL FATAH HAJI ABDULLAH
PRESIDEN ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (ANGKASA)
ANUGERAH AGENSI UMRAH & HAJI PILIHAN 2023
IDA RISWANA IDRIS
PENGARAH & PENASIHAT UNDANG-UNDANG ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
ANUGERAH KEUSAHAWANAN DINAMIK 2023
AIDIL AZWAL ZAINUDIN
PRESIDEN KUMPULAN AAFIYAT HOLDINGS SDN BHD
ANUGERAH INOVASI PERNIAGAAN 2023
ERIC CHENG
PENGASAS BERSAMA & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN
CARSOME SDN BHD.
ANUGERAH USAHAWAN SELEBRITI 2023
ROZITA CHE WAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF byRCW
Azmi Zainal
ANUGERAH JENAMA TENUSU TERUNGGUL 2023
AZMI ZAINAL
KETUA PENGARAH OPERASI FARM FRESH BERHAD.
ANUGERAH PRODUK HALAL GLOBAL 2023
SARI KHAIRUNNISA
NAIB PRESIDEN (Pembangunan & Penyelidikan) WARDAH BEAUTY MALAYSIA
ANUGERAH USAHAWAN SELEBRITI KESIHATAN 2023
KEVIN ZAHRI
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KZ SDN BHD
ANUGERAH RANGKAIAN EDUTAINMENT ISLAMIK 2023
SINAN ISMAIL
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DURIOO SDN BHD
Tya Ariffin
ANUGERAH USAHAWAN MUDA 2023
TYA ARIFIN
PENGARAH EKSEKUTIF A KLASSE ESSENTIALS SDN BHD
ANUGERAH RESTORAN PILIHAN PENGGUNA 2023
BURHAN MOHAMED
PENGARAH URUSAN ORIGINAL PENANG KAYU NASI KANDAR SDN BHD.
ANUGERAH PEMANGKIN PENDIDIKAN MASA DEPAN 2023
AHMAD DASUKI ABDUL MAJID
KETUA EKSEKUTIF PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nabila Razali Hamil Anak Sulung. Terbaru penyanyi dan pelakon yang sudah setahun melayari bahtera perkahwinan, Nabila Razali mengumumkan sedang hamil anak sulung.Malah Nabila juga berkongsi...