“Baju Raya Cantik Sikit Je, Harga Terus Ke Langit…” Diana Amir

Share

Ada sesetengah mak-mak, tak suka nak beli baju raya last minute. Payah dengan anak lagi, nak berbuka kat luar pun bukan senang. Jadi pilihan terbaik, mak-mak rela beli pakaian raya awal.

Haaa… begitu juga dengan pelakon dan pengacara wanita, Nurdiyana Amir binti Hashim atau lebih dikenali sebagai Diana Amir yang dah mula mencari baju raya untuk diri sendiri dan anak-anaknya.

Bagi Diana, tak mudah nak cari baju yang selesa dengan dirinya. Tambah pula dia sedang hamil sekarang. Tetapi ada juga sebab-sebab lain yang mungkin mak-mak pun alami situasi yang sama dengan ibu anak dua ini.

Nak Cari Baju Raya Tapi…

Bismillah.. dah start cari baju raya?

Ada 1 persoalan yang timbul dalam fikiran bila susah nak mencari baju raya yang memenuhi kriteria ni.

Cantik, banyak sangat yang cantik, and harga pun cantik, RM400 ke atas tu dah macam biasa utk diletakkan pada baju. Ada yang kita faham kenapa diletak harga macam tu sebab kualiti, hasil tangan, branding. Tapi ada yang macam ????? Harga baju ikut trend ke ikut kualiti? Camano den nak belanja baju cantik-cantik kat kaum kerabat ni. Cantik sikit ja harga terus ke langit. (ok, x semua jangan marah )

And baju raya ditujukan, saya rasa untuk muslimah. Wanita muslim, untuk dipakai pada hari raya iaitu hari kemenangan umat islam selepas berjaya berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan menzahirkan ketaqwaan .. kan?

Tapi fesyen yang dihasilkan tak melambangkan pakaian untuk wanita muslim, tak melambangkan pakaian untuk hari kemenangan umat Islam. Die cam.. Ramadhan alhamdulillah berpuasa, bertarawikh. Then tiba-tiba masuk bulan seterusnya ramai yang akan pakai fesyen-fesyen itu. Kesian kat mangsa fesyen, kita faham nak orang nampak kita yang terpaling cantik.. tapi bagaimana pandangan Dia pada kita?

Kalaulah fashion designer yang hebat-hebat hasilkan karya benar-benar mengikut maksud perayaan, alangkah indahnya busana itu. Rasanya tak susah pun baju yang menutup aurat ni, labuhkan sikit depan dan belakang, panjangkan bahagian lengan. Dah terjaga aurat saudara muslimah kita ❤️

Diana Masih Mencari Baju Raya

Anyways sekarang ni pun Diana tengah berbadan dua, dengan baju yang terbuka di depan, atau terpendek di belakang, lagilah susah pencarian baju raya ini .. hahahhaa…

Mesti ada butik-butik yang best tapi Diana je yang tak tau, bolehlah tag diana cadangan butik-butik yang cantik dan menutup aurat. Bolehla sisters yg len tengok2-temgok jugak ❤️

Maafkan salah silap saya.

Ramadhan Kareem ❤️

 

Haaa… kalau ikutkan, Hakak pun setuju dengan pandangan Diana Amir ni. Memang banyak baju di pasaran dan butik-butik tetapi bukan senang nak cari yang betul-betul menutup aurat dan nampak sopan untuk kaum mak-mak. Apa lagi kalau nak cari pakaian untuk anak dara.

Okay, buat anda yang ada hasilkan baju raya cantik meletop dan menutup aurat, bolehlah tepek komen di Instgram Diana Amir. Mana tahu ada yang dia suka. Moga makin murah rezeki kalian yang berbisnes jual pakaian raya.

Published by
Nadia