Mak ayah meraikan hari lahir orang tersayang itu akan menambah lagi rasa kasih yang mendalam. Biar pun bajet cuma kecil-kecilan, sebenarnya parti kejutan masih boleh dilaksanakan.
Inilah yang dilakukan oleh Hayati Daud untuk meraikan majlis hari jadi teman kesayangannya. Dan idea yang dikongsikan ini boleh diambil oleh mak ayah untuk meraikan majlis hari lahir anak-anak.
Sebab bukanlah besar pun bajet yang diperlukan. Yang penting majlis berjalan, hati yang dirai dan tetamu jadi riang.
Kata Hayati (Kak Tee), event memang jadi kegilaannya. Dan merancang sebuah kejutan untuk hari lahir sahabatnya, Syira tidaklah sukar untuk dilaksanakan.
Rakan sekalian, meh Kak Tee kongsikan tip yang boleh dijadikan panduan.
Kak Tee dimaklumkan Syira suka transformers. Hmmm, girl suka permainan budak lelaki. Menarik!
Ya, apabila dah ada tema, maka kita akan tahu nak deko macam mana nanti.
Masa agak suntuk. Pagi tu baru nak fikir, pukul 3 pm nak buat majlis. Dengan nak berpakat bersama team lain lagi. Buat segalanya sepantas mungkin. Cabaran! Alhamdulillah, semuanya siap kurang daripada 2 jam.
Bayangan dan lakaran itu perlu. Kak Tee terangkan kepada team. Lukis di papan putih. Atas meja bagaimana. Backdrop macam mana. Ringkas tapi jelas.
Tak sampai rm100 pun. Siap dengan kek dan jajan tau. Namun kesannya masuk sampai ke jiwa. Gambar di backdrop print dengan kertas A4 saja. Pelilit di kepala tu pun daripada A4. Buatlah sekreatif mungkin.
Dah siap semua, buatlah alasan apa pun agar dia tak perasan kita ada buat sesuatu untuknya.
Semua team dah berkumpul di lokasi.
Lagu dah siap sedia untuk dimainkan.
Apabila dia masuk, taraaaaaaaa!!!!
“Happy Birthday, Syira Syirioo
Moga Allah kurniakan segala kebaikan buatmu.”
Dia nak nangis tadi.
Eh, kita pun tersedih jugak!
Sobs…
MW : Haa.. mudah sajakan sebenarnya nak rancang dan realisasikan sebuah majlis kejutan hari lahir untuk teman itu. Kalau buat untuk anak-anak lagilah mudah mak ayah. Bolehlah dicuba.
Sumber/Foto : Hayati Daud
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.