Memang serabut rasa bila saluran air di rumah mula tersumbat, tersekat dan tak lancar. Sebelum nak panggil tukang paip, sebenarnya boleh baiki sendiri guna dawai spring dulu. Rupanya mudah je nak baiki, dengan cara ini saluran air akan kembali mengalir lancar.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini sebagai rujukan;
Kemahiran ini mungkin berguna pada yang belum tahu,ibu tunggal,pasangan berjauhan atau sesiapa sahaja yang belum ada pengalaman.Kalau saluran paip tersumbat,ini langkah awal boleh dibuat sebelum anda panggil tukang sebenar.
JANGAN SESEKALI JOLOK DENGAN BATANG PENYAPU/BENDA KERAS/TAJAM PADA SALURAN AIR. Nanti pecah,banyak kerja dan kos tinggi.
Guna Dawai Spring
Pergi hardware/Mr DIY cakap nak dawai spring bagi salur air tersumbat. Ada 3 meter dan 5 meter. Pilih. Saya pilih yang 5 meter tapi potong spring depan yang lembut sebab susah nak masuk ke saluran. Tinggalkan sikit je yang lembut lebih kurang sejengkal.
Ini bukan putus tapi saya potong bahagian lembut tu. Supaya senang jolok dala saluran paip. Tinggalkan sejengkal je lebih kurang.
Jolok hingga masuk ke saluran. Guna lah 3-4 cara agar dia masuk.Dah masuk,putar wayar. Dia sekali datang dengan pemutar manual. Saya pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap punca tersumbat.
Saya kepitkan hujung dia dengan chuck drill dan ketatkan.Tapi ianya sesuai untuk saluran yang jenis lurus ya untuk digunakan bersama drill. Kalau tak yakin/tak nampak saluran air camna, putar je manual pakai tangan.
Ads
Putar je sampai air mula mengalir. Putar sampai puas hati dan secukup rasa.
Dah tengok laju,cuba curahkan air sebaldi besar tengok kelajuan turun.
Dah ok,tarik wayar naik.
Siap.
Satu tips berguna jaga saluran sinki dapur : SEMINGGU SEKALI JIRUS AIR PANAS KE SINKI DAPUR UNTUK BAGI LEMAK MAKANAN MENGALIR.
Harap bermanfaat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada masalah saluran paip tersumbat dekat rumah tu, boleh buat macam ni dulu sebelum nak panggil tukang paip. Jimat!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Teruja betul bila tengok kulit wajah gadis Korea. Licin, lembut dan glowing sangat. Jarang lah nampak kulit wajah mereka berjerawat atau jeragat. Apa rahsia penjagaan kulit wajah mereka.
Mungkin ada yang kata penggunaan produk tertentu. Rupanya nak cantik macam gadis Korea ni tak perlu mahal-mahal, hanya guna dua bahan yang memang sentiasa ada kat rumah.
Antara perkongsian menarik dalam video tiktok Zuriaty Musa tentang cara nak cantik macam gadis Korea
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Biasanya bila nak potong atau jahit kain jenis pleated atau berlipat-lipat, ramai yang jahit jelujur dahulu satu persatu. Bukan apa bagi mengelakkan ukurannya ‘lari’ mahupun susah nak dijahit nanti. Namun sebenarnya, salah satu ilmu jahitan bila nak potong kain jenis pleated adalah lekatkan dengan masking tape terlebih dulu. Rupanya ia lebih memudahkan kerja dan menjimatkan masa berbanding perlu jahit jelujur satu persatu.
Berikut perkongsian daripada Tukang Jahit Zulaiha Ibrahimsebagai rujukan;
“Ramai yang tanya camne nak gunting kain pleated. Ni cara saya, tak kuasa nak jelujur kita. Bercinta nak jelujur satu persatu ni. Lambat kerja. Mula-mula dulu pun jelujur lama-lama..tengok masking tape ni ada je terletak. Try buat senang terus kerja. Dah jahit kain pinggang nanti cabut je.Nak kongsi ilmu sikit. Moga membantu pada yang nak tau.”
1.Ni pleated yang kecik sikit. Mana-mana pleated sama je caranya.
2.Tadaa….ni la dia..masking tape tak payah nak jelujur satu satu.
3. Ukur dan gunting labuh kain sepatutnya.
4. Ni bahagian luar. Lekat je, dah tak susah nak jahit.
5. Sis potong lurus je. Jadi la camni. Tapi belum jahit lagi.
Moga bermanfaat pada yang berminat nak mencuba.
Info Ekstra!
Masking tape tu solatape yang macam kertas tu, kita boleh koyakkan bila dah siap jahit.
Kain A Cut tu kena potong senget camtu la ye. Selepas itu, tepi jahit lurus macam biase. Punggung ikut saiz, bawah kembangkan ikut habis kain je..tapi tengoklah kesesuaiannya juga.
Kain tak perlu tambah kelonggaran dan boleh potong kecil sikit dari ukuran betul sebab nanti kainya akan memeri.
Pleated ni banyak jenis. Ada yang besar lipatannya ada yang kecik-kecil.
Hujung bawah kain tu perlu dijahit setengah inci @ bbseam. Saya tengok pada kesesuaian.
MW: Semoga perkongsian ilmu jahitan ini bermanfaat buat mak-mak yang nak cuba jahit kain jenis pleated. Cukup mudah rupanya bila guna masking tape, tak perlu susah payah nak jahit jelujur dahulu sebelum potong kain.
Ada cara sebenarnya untuk botolkan produk seperti sambal tanpa guna bahan pengawet. Malah istimewanya boleh bertahan selama 6 bulan pada suhu bilik. Ia menggunakan kaedah rebus dan kukus terlebih dahulu. Tip ini sangat sesuai bagi usahawan yang mulakan bisnes kecil-kecilan di rumah, bagi menjamin kebersihan dan mutu ketahanan sambal tersebut.
Boleh ikut tip dan ilmu yang dikongsikan oleh Penjual Sambal sendiri, Puan Nurul Fazlina ini.
Jom nak kongsi macam saya bottling produk sambal tanpa menggunakan bahan pengawet.Insha Allah boleh bertahan selama 6 bulan di luar dengan suhu bilik. Semoga bermanfaat kepada kawan-kawan semua.
1.Botol-botol ni mesti kena basuh dahulu sebelum kita rebus ye.
2.Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan botol-botol yang telah dicuci tadi selama 20 minit.
3.Selepas 20 minit, boleh keluarkan botol guna penyepit dengan berhati-hati.
4.Kemudian toskan dan terbalikkan botol bagi kering.
5. Kemudian, rebus pula penutupnya juga selama 20 minit.
6. Kemudian boleh timbang masukkan sambal. Boleh masukkan sewaktu sambal suam-suam namun kena pastikan botol kena betul-betul kering. Sebelum isi sambal, seeloknya lap dengan tisu dahulu, takut masih ada air.
7. Akhir sekali, tunggu air menggelegak dan kukus semula botol berisi sambal ini selama 20 minit. Proses ini untuk kita sterile sambal.
Mingguan Wanita: Terima kasih berkongsi ilmu ‘pembotolan sambal’ ini. Semoga bertambah murah rezeki dalam perniagaan. Jadi buat yang mulakan bisnes jual sambal boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Bukan sahaja terjamin bersih malah sambal juga tahan lama.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...