Kurma ini jadi cukup terkenal bila tiba bulan puasa. Sebab ramai yang tahu dan faham khasiatnya pada mereka yang ambil pada bulan Ramadan ini.
Sayangnya, dalam pada nak dapatkan khasiat kurma itu rupanya tak seratus peratus kurma itu sendiri dalam keadaan bersih. Proses memetik sampailah kepada pembungkusan memungkinkan kurma ini melalui perjalanan pemprosesan yang panjang.
Sebagai pengguna, kenalah lebih teliti dengan makanan yang bakal diambil itu. Puan Niena Samsir berkongsi pesanan agar anda membasuh terlebih dahulu kurma yang dibeli. Dan ini alasannya.
Baca sini : Buat Sendiri Stok Pati Kurma, Campur Susu Boleh Terus Minum Untuk Sahur
Perlu ke basuh kurma sebelum makan?
Ok, ni ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?)
Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.
So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.
Lepas ni, jangan ambil mudah tau.
Cara nak bersihkan kurma :
Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih.
Mingguan Wanita : Penting untuk kita menjaga kebersihan lagi-lagi berkaitan apa yang kita makan dan ambil hari-hari. Semoga lebih prihatin.
Sumber/Foto : Niena Samsir
Beli KURMA AJWA MADINAH di sini : https://invol.co/cla6s8q