Isi Kandungan
ToggleKuih bahulu ni antara kuih klasik yang ada penggemarnya yang tersendiri. Jarang dah orang nak buat kuih bahulu ni, berbanding kuih dan biskut moden. Mungkin ada yang rasa renyah bila nak buat kuih ni.
Hakikatnya, tak lah susah mana pun guna 4 bahan je dan boleh bakar dalam oven. Tapi kena ikut cara dan tip yang betul, barulah kuih bahulunya gebu, elok tak melekat walaupun pertama kali buat.
Boleh cuba resipi yang dikonggsikan oleh Puan Nor Afidah Puan Fida ini.
“Tenghari tadi try buat bahulu, 1st time buat alhamdulillah gebu pun.
Bahulu cermai.”
Saya guna bahan ni je.
Bahan-Bahan:
Secawan Tepung gandum
Setengah cawan Gula
5 biji Telor (gred A, B, atau C)
Sedikit esen vanila
Cara Membuat:
1.Mix atau blend telor dan gula dulu sampai kembang pekat dalam 5 minit 2.Selepas tu masukkan tepung sikit-sikit dan mix lagi dalam 2 minit.
3.Kemudian masukkan esen vanilla.Kacau rata.
4. Sebelum itu, panaskan dulu acuan dalam 10 mnit suhu 200 (untuk kali pertama sahaja supaya tak melekat).
5.Lepas panas sebelum letak adunan dalam acuan.Sapu rata semua bahagian dengan minyak masak supaya tak lekat, setiap kali nak letak adunan ye.
6.Mesti sapu minyak rata dulu.Bakar suhu 200 selama 12 minit.
7.Guna bahagian tengah letak acuan atas tray grill guna api atas bawah.
Dapat la dalam 48 biji. Boleh guna blend dan mixer. Saya bakar guna oven.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Resipi Mudah Bahulu ‘Segera’ Versi PKP, Cuma Guna 3 Bahan, Hidangan Buat Anak-Anak
MW: Menarik juga buat bahulu cermai sendiri di rumah. Bahan-bahan pun tak banyak, ikut tip yang dikongsikan barulah bahulunya gebu elok tak melekat.
Sumber:Nor Afidah Puan Fida
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Bilis Kering ‘Salted Egg’, Lauk Kecemasan Kalau Tak Rajin Nak Masak!
Isi Kandungan
ToggleSedapnya makan Sambal Bilis Kering ‘Salted Egg’ ini dengan nasi putih atau bubur panas-panas, memang membuka selera. Malah boleh dijadikan ‘lauk kecemasan’ kalau tak rajin nak masak dekat dapur. Mudah sangat!
Jika beli sambal kering ni memang boleh tahan harganya malah kuantitinya pun agak sedikit. Lebih jimat dan puas hati makan sebenarnya jika buat sendiri di rumah. Malah uniknya bila ada letak serbuk telur masin. Secukup rasa sambal kering ni rasa pedas manis masin. Nak buat jual pun boleh sangat, boleh tambah pendapatan. Yang penting ‘gerenti’ sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zainor Shima Ihsan ini. Anggaran buat untuk sekilo, boleh dapat dalam bekas balang sederhana.Bau wangi, rasa manis masin pedas.
Dah lama tak masak stail ni. Biasa masak sambal basah ikan bilis untuk nasi lemak.Lauk sambal ikan bilis kering ni menjadi favourite saya dan kami sekeluarga. Paling best anak bawak lauk ini balik asrama.
CikMa nak share resepi sambal bilis kering salted egg. Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering? Ala-ala macam sambal ikan bilis garing Che Nor. Jom kita kongsi resepi sambal ini. Makan dgn nasi panas atau bubur nasi bersama telur goreng sarang pun sodap. Sesuai untuk bekalan tambahan bila nak travel jauh. Kiranya lauk kecemasan kalau tak rajin nak masak lauk-lauk yang lain. Wow..ummphh cer gini.
Resepi sambal bilis garing/kering salted egg.
Bahan-Bahan:
500 gram cili kering kerinting pedas@ cili kering besar tak pedas. Nak mix cili pun ok je. Terpulang mana yang suka pedas.
500 gram ikan bilis kopek
Bawang goreng segera.
Gula halus/gula pasir ( dikisar) agak-agak dalam 1-2 senduk.
Garam bukit. ( pilihan)
Serbuk cheese. ( pilihan)
2 ketul kuib ayam- brand maggie.
Serbuk secukup rasa- brand maggie.
Serbuk salted egg-brand bestari.
Minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam.
Cara Membuat:
1. Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Gunting kecil-kecil. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng kasi garing. Jangan sampai hangus ye.Cili kering bau hangit nanti tak sedap sambal tu.
Kemudian guna hand blander atau blender kering rempah. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus.
2. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada 2 bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.
Dah siap dikisar ikan bilis goreng guna hand blender.
Bahan-bahan cili kering /ikan bilis kasar/halus yang sudah siap kisar.
3. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak.Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
4. Masuk kan cili kering blender, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese (terpulang nak letak atau tidak).Masa gaul sebati guna api kecil je. Sentiasa gaul dalam 5 minit gitu. Pastu tutup api. Biarkan sejuk.
Bahan-bahan sebelum digaul. Yang putih tu gula pasir yang sudah dikisar. Lagi bagus guna gula halus.
5. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api. Sejuk kan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.
6. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg.
7. Dah siap sambal kering ikan bilis garing/kering salted egg. Sedia untuk dimakan.
Saya buat untuk sekilo, dapat dalam bekas balang sederhana.Bau wangi tau.. rasa manis masin pedas.
Info Ekstra!
- Jangan guna gula sepaket atau cili kering sikit sangat. Karang manis meleting pulak sambal ikan bilis ni. Agak-agak ikut sesedap rasa tekak masing-masing nak masin manis pedas.
- Saya guna cili kering yg jenis BESAR dan TAK PEDAS. Anak-anak dan suami x tahan pedas huhuhu..
Selamat mencuba.
Semoga manafaat.
Baca Lagi Di Sini:
Cara BOTOLKAN Produk Sambal Tanpa Guna Bahan Pengawet, Boleh Tahan 6 Bulan!
SAMBAL GARING Pedas Homemade Guna 4 Bahan, Makan Dengan Bubur Pun Sedap!
Mingguan Wanita: Sedapnya Sambal Garing ni makan dengan bubur atau nasi panas. Bukan apa menu sambal simple macam ni, boleh boleh buat makan bertambah-tambah.
Sumber: Zainor Shima Ihsan
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat TEH ROZEL, Simpan Tempat Kering Boleh Tahan Sampai Setahun!
Isi Kandungan
ToggleJika di rumah ada tanam pokok Rozel, rupanya kita boleh buat Teh Rozel sendiri. Mudah je. Simpan tempat kering boleh tahan lama sampai setahun. Bukan apa selalunya, buah rozel ni kita buat jus, jadikan jem, halwa dan sebagainya. Bila buat teh ia lebih mudah nak bancuh untuk diminum.
Boleh rujuk perkongsian daripada Puan Dayah Hayad ini sebagai panduan.
Untuk perkongsian bersama. Rozel ada banyak jenis. Setakat ni saya pernah tanam 6 jenis rozel. Rozel merah, rozel putih & rozel hijau. Setiap jenis ada rasa tersendiri.
Tanam sepokok pun dah banyak buahnya. Selain dibuat jus segar, jem & halwa, boleh juga dikeringkan untuk dibuat teh. Boleh simpan lama, mudah dibawa ke mana-mana & nak bancuh pun lebih senang.
Di sini saya letakkan gambar sahaja. Sesiapa yang nak tengok video bolehlah lihat di sini. Maaf jika ada kekurangan. Betulkan jika ada kesilapan.
Rozel yang biasa ditanam di kawasan kampung. Warna merah sedikit gelap. Tapi ini bukan rozel jumbo/ giant. Yang ni kecil sedikit dari rozel jumbo.
Rozel putih. Warna air macam dalam gambar tulah. Saya lebih suka rozel putih. Ada rasa tersendiri.
Rozel ni warnanya merah terang. Kalau di bawah cahaya matahari, sangat cantik warnanya, merah menyala. Tapi sebab kurang cahaya (waktu malam) jadi gelap pula warnanya . Boleh tengok gambar di bawah (dalam besen) untuk warna yang lebih jelas.
Cara Membuat:
1. Mula-mula, cuci rozel dengan air paip + garam kasar untuk hilangkan kotoran yang ada. Kena cuci satu-satu sebab ulat bulu, semut & labah-labah suka bersarang dalam kelopak rozel ni.
2. Lepas dah cuci dengan air garam, bilas dengan air paip.
3. Kemudian toskan.
4. Saya guna oven pengering makanan. Lebih cepat. Kalau tak ada oven pengering boleh jemur di bawah cahaya matahari. Mesti Ada yang tertanya-tanya, oven biasa boleh guna ke? Saya pernah guna oven biasa tu. Hasilnya: Hangit! Walaupun dibakar dengan pintu sedikit terbuka. Entahlah, mungkin saya yang tak pandai guna.
Boleh beli Pengering Makanan di Sini
5. Set suhu maksimum 80°c. Tempoh Masa 4 @ 5 jam.
6. Bila dah kering macam nilah saiznya. Jauh berbeza.
7. Kemudian kisar guna balang pengering. Seeloknya lepas keluar dari oven terus kisar. Hasilnya akan lebih halus & cantik. Nak kisar pun senang sebab rozel tu masih garing. Sekali mesin je dah jadi. Kalau simpan dulu baru kisar, mungkin kena ulang mesin banyak kali.
8. Inilah hasilnya.
9. Siap! Uncang teh tu saya beli di Shopee. Boleh guna tali atau gam guna impulse sealer. Simpan di tempat kering, boleh tahan sampai setahun.
Boleh juga kisar guna Mind Food Chopper Set ini.
Malah nak lebih sedap boleh juga letak sedikit madu asli seperti Bees Talk Pure Honey Value Set ini di dalam teh tersebut.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba!
Terima kasih.
Baca Lagi Di Sini:
TEKNIK Cantas Pucuk Luruhkan Semua Daun, Tip Pokok Mulberry Berbuah Lebat!
Mingguan Wanita: Menarik nya boleh buat Teh Rozel sendiri di rumah. Bukan sahaja sedap, malah mudah nak bancuh, dan boleh tahan lama sampai setahun.
Sumber: Dayah Hayad
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Bilis Kekal RANGUP Sampai Seminggu, Jangan Guna Bawang Merah!
Isi Kandungan
ToggleSambal bilis rangup dan pedas memang sedap dinikmati dengan nasi putih atau bubur, serta telur dadar. Namun walaupun resipi ni simple je dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, sambal bilis mudah lemau dan tak rangup. Rupanya tip untuk pastikan sambal bilis kekal rangup sampai seminggu, jangan guna bawang merah!
Boleh cuba cara dan resipi yang dikongsikan oleh Nurulnabila Zaidi ini sebagai rujukan.
Resepi sambal bilis rangup paling senang cara saya. Ikan bilis akan rangup sampai seminggu, rahsia dia jangan pakai bawang merah. Kalau nak pakai juga kena tumis sampai betul-betul garing okay.
Bahan-Bahan:
Ikan Bilis
Bawang Putih
Cili api merah+hijau
Garam
Ajinomoto
Asam keping
Cara Membuat:
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Kalau rajin tumbuk lumatlah kalau tak rajin kasar.
2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga garing.
3. Tumiskan bawang putih sampai garing kemudian masukkan cili api.
4. Pastikan betul-betul garing, tumis sampai cili masak.
5. Masukkan garam + aji + asam keping.
6. Dah masak masuk ikan bilis dan siap.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Resipi Telur Dadar ‘Crispy’ Kena Masukkan Cuka Dan Air, Barulah Macam Kedai Tomyam
Cantas POKOK CILI Sewaktu Tinggi Sejengkal, Pucuk Baru Naik Merimbun Berbuah Banyak!
Mingguan Wanita: Nak pastikan sambal bilis kekal rangup sampai seminggu, rupanya jangan guna bawang merah, boleh cuba tip ini nanti.
Sumber : Nurulnabila Zaidi
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI