tak cukup tidur

Nampak remeh tetapi kesan orang tak cukup tidur boleh jadi macam-macam kes. Terutama bagi kaum wanita, anda kena ubah gaya hidup yang lebih sihat dan menjaga waktu tidur demi si dia. Ok, jom bongkar akibat orang yang tidak cukup tidur…

1. Nampak tua

Suka ke simpan eyebag bawah mata? Inilah kesan utama kalau tak cukup tidur. Bab ini wanita memang cukup takut, tapi ramai yang masih buat. Sanggup berjaga malam dan hasilnya kulit cepat berkedut dan kusam.

2. Cepat lupa

Jangan bajet umur masih muda, ingatan agak kuat. Kalau anda jenis payah tidur dan suka lepak sampai ke pagi, tak pelik kalau anda jadi cepat lupa. Serius, memori yang kuat dipengaruhi oleh rehat yang cukup setiap hari.

3. Mudah gemuk

Ya, kalau asyik berjaga mestilah perut cepat lapar. Lagi dasyat berat akan naik mendadak sebab tetiba muncul hobi makan lewat malam. Tambah pula kalau anda yang jenis suka lepak di kedai makan dengan kawan-kawan sampai awal pagi. Boleh jadi obes kalau tak kawal!

Ads

4. Emosi ‘kelaut’

Kalau tak cukup tidur, esoknya mesti murung. Badan cepat penat dan suka marah-marah. Sebab otak tidak dapat dapat berfungsi dengan lebih baik dan cenderung bertindak melulu tanpa berfikir panjang.

5. Hilang nafsu

Bila badan tak cukup rehat, mana nak datangnya nafsu. Nak celik mata pun tak mampu. Silap-silap si dia tawar hati sebab pendam rasa. Asyik tak layan, boleh jadi gaduh.

Ads

6. Kemalangan

Sekali terlelap ketika dalam perjalanan, ini memang undang bahaya. Sila berubah sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

7. Pungut penyakit

Mungkin tidak waktu muda tetapi kalau suka amal, ini bakal jemput penyakit berbahaya lebih cepat singgah. Contoh penyakit ialah darah tinggi.

Ads

 

Macam mana ya, masih suka tidur lambat? Jika sayangkan diri sendiri, anda kena cukupkan rehat. Bukan hanya untuk cantik tetapi demi keselamatan dan kesihatan. Semoga anda boleh berganjak ke arah hidup yang lebih sihat.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI