Setiap orang mempunyai ego, tetapi segalanya bergantung bagaimana kita cuba mengawalnya. Mungkin anda dapat mengawalnya dengan baik, tetapi ada juga tidak mampu mengawal ego hingga merosakkan kehidupan mereka.

Paling teruk apabila sikap ego membuatkan kita kehilangan orang yang disayangi iaitu orang paling dekat disisi anda iaitu pasangan. Selama ini mungkin pasangan bersabar, tetapi lama-kelamaan mereka mula menjauhkan diri kerana hati mereka terluka. Jelas sekali ego memberi kesan negatif kepada hubungan.

Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin ini:

Ego dalam hubungan…
Sifat ego itu ada dalam setiap diri manusia baik lelaki mahupun perempuan. Ego ditakrifkan sebagai perasaan mementingkan diri, menganggap diri lebih daripada orang lain, merasakan diri baik daripada orang lain, sentiasa berpegang kepada dia saja yang betul dan tidak mahu mengalah…

Pendek kata, keras kepala…

“Orang yang mempunyai ego yang tinggi sukar untuk nampak kebenaran disebabkan dia tak nak mengakui kesalahan itu berpunca dari dirinya. Tiada istilah tolak ansur dan boleh bertoleransi dengan orang yang macam ni kerana dia hanya nak orang buat atau jadi sepertimana dia kehendaki sahaja”.

IKLAN

Dia hanya memikirkan kemahuan dirinya tanpa mengambil peduli hati dan perasaan orang lain.

Bahayanya Ego Dalam Hubungan, Pasangan Mungkin Jadi Muak Seterusnya Hilang Rasa
Kadang-kadang ego buatkan hubungan suami, isteri huru-hara. .

Kurangkan Sikap Ego

IKLAN

Ego yg tinggi akan membawa kpd sifat takabbur dan angkuh…
Kalau sayangkan sesebuah hubungan seperti rumahtangga kita, maka ego perlu dikurangkan atau lebih baik lagi, dibuang. Tiada ego antara kita dengan pasangan.

Boleh ditegur, boleh dinasihat, boleh mengaku salah dan boleh meminta maaf kepada pasangan.

Ego dalam rumah tangga bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Penat, letih dan muak sebenarnya jika setiap hari perlu berhadapan dengan seseorang yang mempunyai ego yang tinggi. Tiada keharmonian dalam hubungan itu disebabkan perasaan ini.

IKLAN

Orang yang menyayangi akan mula menjauhkan diri disebabkan tidak tahan dengan ego anda. Ego itu menyakitkan hatinya, ego itu melukakan hatinya dan ego itu membuatkan dia hilang rasa untuk anda.

Anda hanya tahu menuntut kesempurnaan orang lain tanpa mahu mengakui kekurangan dan kelemahan diri sendiri.

Tiada ego jika sayang. Renung-renungkan…

MW: Jika tidak dikawal dengan baik, sikap ego memang banyak memudaratkan. Oleh itu cubalah untuk kurangkan ego dan jika mampu kikis terus sikap negatif nan “satu” ini agar hubungan suami, isteri sentiasa bahagia. Selama mana pasangan mampu bertahan, lama-lama pasti tewas jua dengan sikap ego kita.

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI