
Menjadi kebiasaan ramai antara kita yang caj telefon dan letak berhampiran tilam sebelum tidur. Rupanya tabiat buruk ini boleh membahayakan diri apabila telefon boleh meletup dan terbakar.
Dalam kejadian baru-baru ini, seorang kerani bank melecur di lengan selepas tersentuh pintarnya yang dipercayai terlebih cas di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, awal pagi kelmarin.
Tilam Terbakar
Kejadian jam 4.20 pagi itu hampir menyebabkan kebakaran apabila tilamnya mulai terbakar, disyaki kesan suhu tinggi telefon pintar berkenaan.
Nur Filzah Abdul Rahman, 24, berkata telefon pintar yang dicas itu diletak di atas tilam.
“Saya mengecas telefon pintar sebelum tidur dan biasanya saya letakkan di lantai, namun malam itu saya letakkan di atas tilam sebelah kiri saya.
“Saya terjaga kira-kira jam 4.20 pagi apabila berasa panas di belakang badan. Ketika mengiring ke kiri, saya terkuis telefon dan lengan saya terasa pedih.
“Saya terus menghidupkan suis lampu dan sebaik keadaan terang, baru saya sedari bilik dipenuhi asap dan tilam saya berbara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Filzah berkata, tilam berkenaan disyaki terbakar akibat suhu panas telefon pintarnya.

Beliau dan rakan serumah bergegas mengambil sebaldi air dan dicurah ke atas tilam bagi mengelak kebakaran sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Mingguan Wanita mendoakan agar wanita ini cepat sembuh.Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita, agar lebih berhati-hati dan tidak meletakkan telefon berhampiran dengan diri ketika tidur dalam jangka masa yang panjang.
Sumber: Bharian & Eja Filzah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Beradik Maut Dilanggar, Ibu Kongsi Arwah Sering Bertanya Bila Mahu Beli Baju Raya

Isi Kandungan
ToggleDua beradik maut dilanggar, ibu kongsi arrwah sering bertanya bila mahu beli baju raya. Keterujaan menyambut aidilfitri dan bertanyakan bilakah mahu dibelikan baju raya ternyata pakaian dipakai lebih indah buat dua beradik Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13 yang dijemput Allah dalam bulan Ramadan, ketika mahu menuntut ilmu dan di usia cukup muda.
Ternyata tiga lapisan kain berwarna putih menutup tubuh mereka, ianya lebih indah dari sepersalinan baju raya berwarna warni yang sering kita gayakan di Aidilfitri. Benarlah manusia itu hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya.
Dua Beradik Maut Dilanggar
Arwah Ahmad Marikh sering bertanya bilakah mahu membeli baju raya namun kerana ibunya belum gaji, hasrat itu nyata tertangguh.
Longlai diuji kehilangan dua anak sekaligus dalam sekelip mata, jelas Norzalifa Mohd Yusof, 35, dia dan suami merancang membawa anak-anaknya itu untuk membeli pakaian raya tambahan lagi Ahmad Marikh sering bertanyakan tema yang akan dipakai pada lebaran nanti.
Ibu Kongsi Arwah Sering Bertanya Bila Mahu Beli Baju Raya
Menurutnya, anak bongsunya itu dilihat teruja untuk membeli pakaian raya ketika mereka bersahur bersama.
“Adik (Marikh) paling gembira sering bertanyakan baju raya baru untuk dipakai nanti, tema apa. Masa itu saya belum gaji lagi dan minta dia bersabar.
“Tetapi saya memang ada hasrat nak bawa mereka pergi beli baju raya malam ini (Jumaat) selepas beberapa kali tertangguh.
“Adik cakap seronok sebab lagi seminggu nak raya dan dia beritahu perlu pakai baju raya ketika sambutan raya di sekolah nanti,” katanya ketika ditemui di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Perik, Enggor di sini.
Tetapi hasrat itu tidak tercapai apabila keduanya dijemput Allah SWT pagi Jumaat semalam ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kilometer 38 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak.
Dalam nahas jam 7.12 pagi itu, Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru di sini, mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi kejadian.
Memetik laporan Sinar Harian, Norzalifa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di Kuala Kangsar berkata, kedua anaknya itu sering menaiki motosikal untuk ke sekolah yang terletak sembilan kilometer dari rumah mereka, Kampung Salak Stesen di sini.
“Saya keluar dahulu untuk ‘punch card’ barulah mereka keluar pergi sekolah. Sepatutnya mereka berkonvoi bersama anak ketiga, Ahmad Musytari, 16, tetapi hari ini dia tidak mahu pergi sekolah.
“Baru beberapa minit sampai, rakan telefon beritahu anak kemalangan dan telah pun menghembuskan nafas terakhir.
“Saya bergegas balik dan lihat mereka terbaring sudah bertutup dengan kain putih. Tak sangka walaupun susah nak terima tapi kami sekeluarga reda,” katanya.
Tambah Norzalifa, kedua-dua anaknya itu sangat rapat dan menyifarkan mereka sebagai anak yang ringan tulang membantu keluarga.
“Mereka tidur bersama walaupun sering bercakaran setiap kali jumpa. Ada sahaja gaduhnya tetapi keletah merekalah yang menceriakan kami.
“Raya nanti tiada persiapan pun dibuat melainkan kuih raya yang sempat kami buat bersama-sama,” katanya.
Terdahulu, jenazah dua beradik disolatkan di Masjid Kariah Salak, Kampung Perik oleh kira-kira 200 jemaah selepas solat Jumaat sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Perik, Enggor di sini.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh telah memasuki simpang kanan secara mengejut, menyebabkan berlaku pelanggaran dengan motosikal Honda EX5 mangsa yang datang dari arah bertentangan.
“Nahas itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan terbabit melarikan diri.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan politrauma dengan kecederaan leher atau patah serviks,” katanya.
Tambah beliau, polis berjaya menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 50-an berkenaan sekitar jam 1.20 tengah hari oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Salak di sebuah kebun.

“Suspek yang bekerja sebagai kontraktor itu telah ditahan dan ujian awal saringan air kencing mendapati keputusannya adalah negatif.
“Kita juga telah mengambil sampel darah suspek untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi siasatan lanjut. Kenderaan suspek turut dirampas,” katanya.
Menurut beliau, permohonan reman akan dibuat pada Sabtu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Dua Beradik Meninggal Bersama Dalam Perjalanan Ke Sekolah, Bapa Kongsi Anak Sudah Tunjuk Kelainan
Dua Beradik Buat Pesanan “Main-Main” Di Kiosk McD Hingga Jumlah Pesanan Cecah RM17,152
Ibu Didakwa Kes Amang Seksual Dua Beradik, Anak Perempuan Tampil Ceritakan Kisah Sebenar…
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selamat Datang Khalifah Kecil Umi, Ayah..

Isi Kandungan
ToggleSyawal ini memberi berita gembira buat Ain ‘Afini Latif yang telah selamat melahirkan bayinya pada Jumaat, 7 Jun 2019 lalu. Sepanjang proses kelahiran khalifah kecil ini, Ain diuruskan oleh famili dan bekas suaminya, PU Abu Sufyan.
Biarpun sebelum ini, pergolakan rumahtangga mereka pernah menjadi ‘panas’ di media sosial. Kelahiran cahayamata sulung ini memberi ruang buat kedua memilih untuk saling memaafkan.
Khalifah Kecil Umi, Ayah..
Malah bekas isteri PU Abu Sufyan, Ain ‘Afini juga mengambil jalan terbaik berdamai dengan takdir dirinya. Dalam perkongsiannya yang terkini di instagram, Ain mendoakan yang baik-baik untuk bayinya yang baru lahir.
“Jasad yang meniup cinta sebelum berjumpa. Denyut jantung yang menolak dari tersembam dalam. Tendangan kecil yang menjadi peneman setia.”
“Alhamdulillah, selamat datang khalifah kecil umi ayah @puabu.official. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan menjadi manusia yang memberi manfaat.”
Hidup Terlalu Singkat Untuk Mencipta Tembok Kebencian
Menerusi perkongsiannya itu juga, Ain seakan memberi gambaran dirinya sudah pun memaafkan bekas suaminya itu. Malah memilih untuk redha dengan setiap ujianNya.
“Hiduplah dengan berkasih sayang. Sayangi diri, maafkan dan hargai diri sendiri. Secara tak langsung mudah jiwa ini memaafkan orang sekeliling.”

“Hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian, pilihlah pilihan yang menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan redha Allah.”
“Terima kasih famili, ayah @puabu.official tolong uruskan makcik ni.”
MW : Semoga kelahiran cahayamata ini menjadi pendamai untuk kedua hati yang pernah bergolak itu. Sungguh, Allah cinta pada hambaNya yang saling berkasih sayang, dan menjauhi permusuhan.
Sumber/Foto : ainafini
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selamat Bernikah, Syanie Akui Bukan Senang Buka Hati Selepas Dua Kali Perkahwinan Terlerai

Isi Kandungan
ToggleSyanie selamat bernikah kali ketiga, “Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya,” begitulah yang diungkap oleh pelakon ini selepas dua perkahwinan sebelum ini terlerai.
Genap setahun perkenalan, pelakon, pelawak dan ahli perniagaan, Syanie Hisham, 47, melangsungkan pernikahannya dengan perunding kewangan, Zahril Hafiz Mohammed Nor, 41, kira kira jam 9 pagi tadi.
Selamat Bernikah, Syanie Akui Sikap Budiman Zahril Pikat Jiwanya
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Menurut Syanie, majlis itu hanya disaksikan bapa, adik perempuannya dan abang kepada pengantin lelaki.
Tiada wang hantaran diserahkan, sebaliknya hanya mas kahwin dalam bentuk gelang emas. Syanie pula hanya menyarungkan cincin ke jari manis suaminya sebagai tanda termeterai ikatan.
“Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya. Sepatutnya kami merancang mengadakan majlis keraian pada 21 Februari ini, namun penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan mendorong kami menundanya dulu.
“Mungkin bulan depan majlis keraian itu akan dianjurkan,” katanya
Keikhlasan & Kejujuran
Menurut Syanie bukan mudah untuk dia membuka lagi hati selepas dua kali perkahwinan yang dibina terlerai.
“Namun keikhlasan dan kejujuran hatinya membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini. Ikutkan dia mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir belum masanya cari pengganti.
“Pengajaran lalu, mematangkan saya. Tapi setahun lalu, dia bersungguh sungguh mahu memancing hati saya. Pada Jun tahun lalu, dia suarakan isi hati kepada ibu untuk memperisterikan saya.
“Sikap budimannya juga antara sebab yang buat saya tersentuh. Dia menjadi lelaki pertama yang berani cakap nak kahwin dengan saya dekat ibu,” ungkapnya lagi.
Syanie 5 Tahun Solo, Zahril Duda Tiada Anak
Kata Syanie yang sebelum ini sudah lima tahun hidup solo, suaminya juga bergelar duda tiada anak.
“Mungkin masing masing tahu kehidupan lampau bagaimana dilalui kami. Jadi mungkin itu yang buat kami jadi klik,” sambungnya.
Bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu mendirikan rumah tangga 1996 dan bercerai pada 2002. Seterusnya perkahwinan kedua pada 1 Mac 2014, namun berpisah pada 2016.

Baca Disini Juga:
IBU Tidak Putus Berzikir & Lakukan Solat Sunat, 7 Jam Syanie BERTARUNG NYAWA Jalani Pembedahan
Selamat Pengantin Baru, Hannah Delisha Kini Bergelar Isteri Kepada Imam Shah
IBU TUNGGAL Ini Pernah Kerja Sebagai PENARIK KERETA, Pahit Getir Diharung Sendiri
Sumber Foto: Thelane.my
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI