Bahayanya Bila Penyakit Hati Ada Dalam Rumah Tangga

Daripada mata turun ke hati. Hati adalah pusat kebahagiaan, ketulenan dan keunggulan personaliti setiap insan. Seseorang yang memiliki hati ironinya disebut tulus, ikhlas, baik dan suci nuraninya. Kesannya, lahirlah jiwa yang sihat, tubuh kuat dan semangat juang yang sentiasa positif. Ikuti ulasan daripada Dr. Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga tentang permasalahan ini.

Bahayanya Bila Penyakit Hati Ada Dalam Rumah Tangga
Dr. Ahmad Kamal

Cabaran Hidup

Masyarakat yang hidup dalam abad ke 21 mengalami banyak cabaran yang rencam, memilukan dan menakutkan. Hawa nafsu menjadi pengikat, sentiasa dibolak balik dan dipandu pusing oleh rasa hati setiap insan (betul atau salah). Jadi, dalam perkara ini, dua isu yang menyentuh tentang soal hati ialah:
a)Gegala salah laku di kalangan generasi muda
b)Keganasan rumah tangga.

Ads

Punca Penyakit Hati Dalam Kalangan Remaja Kini

Mengambil berat tentang masalah remaja sebenarnya sangat penting. Remaja adalah entiti penting dalam sesebuah keluarga. Setiap pasangan suami isteri, pasti mengidamkan anak yang membesar menjadi remaja yang sihat, berilmu dan berimej unggul dalam kalangan masyarakatnya.

Anak yang cemerlang, pasti menguja dan membanggakan ibu bapa. Namun, banyak penyakit hati yang mengakibatkan munculnya isu kecelaruan personaliti, emosi dan disiplin diri dalam kalangan remaja atau murid sekolah pada hari ini berpunca daripada:
1. Masalah kewangan
2. Masalah komunikasi
3. Masalah tidak menjaga solat
4. Masalah ekosistem keluarga yang negatif
5. Masalah tidak jelas matlamat hidup

Ads

Masalah ini berpunca dari soal hati yang:
1. Tidak berfokus terhadap iman dan takwa
2. Tidak dibajai dengan motivasi diri yang berterusan
3. Tidak di kembang tumbuhkan dengan persekitaran yang membina, positif, berkasih sayang dan harmoni.
4 Jenis Hati
Hati adalah tempat turunnya rahmat dan ilmu pengetahuan. Seterusnya, para alim ulama Islam telah membahagikan hati kepada:
1.Hati yang tercemar – Terdapat sifat yang disebut hasad dengki, angkuh, sombong, ujub dan takabbur.
2. Hati yang pecah – Terdapat padat sifat manusia yang melakukan maksiat. Misalnya, setiap kali melakukan maksiat, maka dianya akan juga melakukan maksiat selepas itu. Contoh, tidak menutup aurat, suka mengumpat dan bergaul bebas.
3. Hati yang tertutup – Suka membangkang atau mempertikaikan peraturan Allah dan Rasulnya. Begitulah juga dalam keadaan hidup pada masa kini, sikapnya suka mempertikai atau memperlekehkan peraturan atau hudud yang telah ditetapkan oleh Allah.
4. Hati yang suci – Hati yang jernih, bersih dan menerima taufik, hidayah daripada Allah. Terdiri daripda mereka yang suka berbakti kepada ibu bapa, menghadiri majlis ilmu, memuliakan orang lain dan sentiasa menurut perintah Allah dan menjauhi dirinya daripada maksiat.

Kaedah Merawatnya

Banyak kes yang berpunca daripada sakit hati, kecil hati, makan hati dan kemudian terbitlah tragedi yang terhasil kerana sampai hati. Contohnya kes:
1. Isteri memotong kemaluan suami
2. Suami membunuh isteri
3. Anak membunuh ibu bapa
4. Cucu membunuh datuk dan nenek
5. Murid bergaduh di sekolah
6. Guru ditumbuk di sekolah
7. Guru bergaduh sesama guru di sekolah
8. Murid mangsa buli
9. Jiran bertumbuk dengan jiran

Ads

Tragedi, masalah dan krisis psikosial tersebut perlu dibasmi dan dicegah melalui pendekatan dakwah, kaunseling dan bimbingan yang berstrategi. Di antara kaedahnya ialah:
1. Membudaya amalan taubat, bertaubat dan bertaubat nasuha (azam tidak ulangi lagi kesilapan lalu).
2. Membudaya amalan membaca al Quran dan maksudnya (di dalam rumah dan juga pejabat)
3. Mempererat hubungan ukhuwah semangat persaudaraan dalam kalangan keluarga dan rakan taulan
4. Mengamalkan solat malam (Tahajud)
5. Mengamalkan puasa sunat (Isnin dan Khamis)
6. Banyakkan zikir (ingati Allah)
7. Membaca bahan bacaan yang positif misalnya buku motivasi
8. Banyakkan berfikir dan lihatlah kebesaran Allah dengan adanya siang dan malam, adanya matahari, adanya air lautan yang dalam dan dikelilingi tumbuhan flora dan fauna menghijau yang saujana mata memandang.
9. Mendapatkan khidmat kaunseling oleh pakar dalam bidang berkaitan.
10. Mendampingi alim ulama

Hati adalah raja dalam diri manusia. Hati adalah kunci keyakinan seorang insan terhadap penciptanya. Hati jualah sasaran syaitan untuk menjadikannya seorang yang lalai, ujub, zalim, malas dan ahli maksiat. Berhati-hatilah dalam memelihara hati.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI