Pada tahun 1950-an, kebanyakan pesakit yang didiagnos dengan Sistemetik Lupus Eritematosus (SLE) hidup kurang dari lima tahun. Namun, pada zaman serba canggih ini, 90 peratus penghidup boleh bertahan lebih lama dan hidup relatif bebas daripada gejala ini.

Berdasarkan sejarah perubatan, SLE merupakan antara penyakit yang sangat digeruni oleh kaum Hawa. Paling menakutkan apabila membabitkan wanita hamil kerana ia berupaya meningkatkan risiko keguguran.

Sehingga kini, faktanya, tiada ubat khusus untuk merawat SLE. Namun, terdapat rawatan-rawatan tertentu yang boleh dijalankan.

Tengahari tadi Mingguan Wanita Takshow telah menjemput salah seorang pesakit SLE. Pesakit yang telah didiagnosis penyakit ini sejak usia 16 tahun masih dalam rawatan hingga kini. Gadis yang bernama Arumi Mirza Amirrudin berkongsi kisahnya tentang SLE.

IKLAN

“Ketika usia 16 tahun saya disahkan menghidap penyakit SLE. Pada awalnya cuma demam selama tiga minggu. Kemudian rambut saya gugur dan sakit sendi. Selepas berjumpa doktor di hospital hari ke 10 barulah doktor sahkan saya didiagnos sakit SLE,” cerita Arumi.

Berkongsi bagaimana dia melawan kesakitan yang dialami, Arumi yang kini sedang menuntut di sebuah kolej menerangkan penyakit yang dialami tidak menjejaskan pelajaran.

“Alhamdulillah sakit yang saya alami memang masih ada. Tapi tak jejaskan pelajaran, cuma jika ada peperiksaan saja akan sedikit terbeban. Sebenarnya masa saya bangun tidur pagi kena ambil masa untuk saya buka gengaman tangan.

“Bukan itu saja malah sejak didiagnosis saya tak boleh aktif dalam bersukan,” sambungnya.

Sewaktu hadir di studip tengahari tadi.

Sentiasa Gembirakan Diri

Arumi juga menerangkan kepada pengacara dia sentiasa beranggapan dirinya sihat.

“Saya sentiasa anggap yang saya sihat dan tak berpenyakit. Happykan diri dengan kawan-kawan. Jangan selalu fikirkan masalah. Pada awal mengetahui saya menginap penyakit ini saya rasa sangat down. Ibu bapa, rakan-rakan banyak memberi sokongan moral.

“Pada mereka yang senasib, saya nasihatkan jangan fikir kita berpenyakit. Fikir positif. Paling penting dengar nasihat doktor dan jangan lupa makan ubat,” ungkapnya.

Pada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit ini bolehlah ikuti  ulangan Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima & Astro Prima HD.