Jika dilihat disekeliling kehidupan kita banyak jenis makanan dan minuman dijual didalam bekas plastik. Air mineral dijual menggunakan botol plastik, makanan yang dibeli digerai-gerai diletakkan didalam polisterin. Tapi tahukah anda penggunaan plastik ini bahaya dan menjejaskan kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

Mekanisme yang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membenteras penggunaan bahan plastik untuk perniaga juga perlu dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan serius. Boleh dikatakan hampir keseluruhan perniaga yang berniaga menggunakan bahan plastik untuk membungkus makanan untuk pembeli. Jika dilihat situasi sebegini mana mungkin kita boleh menjaga alam sekitar?

Bahan Plastik mengambil puluhan tahun dan mungkin juga ratusan tahun untuk dihapuskan. Jika plastik terus digunakan dengan meluas bagaimana dengan alam sekitar yang bakal diwariskan kepada generasi akan datang?

Tip Penggunaan Botol Susu Plastik

Bahaya Penggunaan Plastik Dalam Kehidupan Seharian Kita

IKLAN

Prof Dr. Mustafa Ali juga turut berkongsi tip penggunaan botol susu antaranya ialah:

  1. Buang air panas yang digunakan untuk membilas botol susu.
  2. Jangan panaskan susu didalam botol susu.
  3. Jangan basuh botol susu dengan kasar sehingga warna atau botol susu itu bercalar.
  4. Tukar botol susu anak-anak anda dengan kerap. (sekurang-kurangnya 3 bulan sekali)

Kupasan topik ini turut menampilkan tetamu undangan, Dato’ Muhamad Baba, Naib Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL), Hj. Yann Razal Lt Kol Bersekutu (Pa), Sukarelawan Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Prof Dr. Mustafa Ali dan Sazzy Falak, pelakon. Bahaya plastik makanan, topik menarik dalam Mingguan Wanita talk show yang bersiaran pagi tadi di saluran Astro Prima 105 dan Prima Hd 121 pada jam 11 pagi hingga 12 tengahari. Jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

 

IKLAN

 

 

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI