Seram! Minuman Spray Berperisa Tumpah Atas Lantai, Kesannya Macam Kena Clorox

Share

Anak-anak sekolah memang terdedah betul dengan minuman spray berperisa ini. Bukan sebab di jual di dalam sekolah pun, tapi mudah di dapati dekat penjual bermotosikal ataupun mana-mana kedai runcit mahupun pasaraya.

Sebab tak nak anak merengek, mak ayah layankan saja anak beli. Atau anak beli tanpa pengetahuan mak dan ayah. Mana-mana kemungkinan boleh jadi. Tapi nak salahkan anak sangat pun tak patut, sebab anak-anak ini memang mudah tertarik, tergoda dengan benda-benda cute berwarna warni.

Jadi, mak ayah kena tekankan pada anak-anak kenapa mereka tak boleh beli minuman spray berperisa yang banyak terjual di pasaran. Panjang mukadimah MW kali ini.

 

Dan inilah cerita betul yang dialami oleh Ellyza Halim

bila mana dia melihat sendiri, depan mata kesan bahaya minuman spray berperisa.

Akuinya, “Hari ini lyza nak share minuman spray berperisa. Anak lyza beli dekat orang yang jual aiskrim bawa motor tu.”

Tadi diaorang letak kat lantai. Penutup minuman spray tu dibukanya. Datang adik, tersepak. Tumpah di lantai. Lyza suruh abangnya mop lantai dengan sabun.”

Sebab melekat sangat.”

Bila lantai kering, ia jadi bertompok putih macam Clorox.”

 

Dah Mop 3 Kali Tompokan Putih Tetap Ada

Terkejut dengan keadaan lantai yang bertompok putih itu, Lyza sekali lagi mengemopnya.

Pastu lyza mop lagi. Masih ada tompokan tu. Sampai 2 ke 3 kali lyza mop, tetap tak hilang. Korang bayangkan macam mana lah benda alah ni masuk dalam perut anak-anak kita.”

Bahayanya.”

Selepas berdepan situasi panik semacam itu, Lyza menitipkan pesanan pada kenalannya di media sosial. Agar anak-anak lain tak berdepan masalah sepertinya.

Pada kawan-kawan fb Lyza, lepas ni kena lebih berhati-hati dan pantau lah apa yang anak kita beli. Sekarang ini macam-macam penyakit baru yang wujud

.”

 

Kredit foto : EmilyReynolds.net

FOMCA Kongsi Bahaya Makanan Ringan Pada Anak-anak

Menurut Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) trend anak-anak mula ambil makanan ringan di Malaysia ini dah bermula seawal anak usia 1 tahun. Mereka dah mula merasa coklat, aiskrim, gula-gula snek dan sebagainya.

Dalam makanan ringan ini ada gula, garam, lemak, pengawet, pewarna dan Monosodium Glutamat (MSG).

Sumber bahan inilah yang buatkan anak-anak terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Kalau diambil berlebihan boleh dedahkan anak-anak dengan :

√    Darah tinggi

√    Kencing manis

√    Sakit jantung

√    Asma

√    Obesiti dan lain-lain

 

Kredit foto : freepik.com

Sebab Itu Mak Ayah Kena..

Pertama : Ajar Anak Makan Sayur

Bukan saja sayur, malah buah-buahan, kekacang, ikan, daging dan kena lebihkan minum air masak. Barulah anak dapat makanan seimbang.

Kedua : Jangan Beli Langsung Makanan Ringan

Biarlah anak meraung depan kedai sekali pun. Boleh pujuk anak, gantikan dengan buah-buahan segar yang cute lagi comel. Macam strawberi, blueberi, buah mata kucing.

Ketiga : Pesan Dekat Anak Jangan Beli Jajan Bila Balik Sekolah

Haa.. yang ni memang mak ayah kena pantau. Sama ada buat spot check dekat baju, beg dan sebagainya. Atau tanya sendiri dekat anak. Minta dia jawab jujur. Anak-anak selalunya cakap lurus.

Nanti terang sama ke anak, bahaya makanan ringan. Boleh juga tunjuk contoh minuman spray ini. Bila anak lihat depan mata, dia akan rakam siap-siap dalam minta dia akan bahayanya.

Sumber/Foto : Ellyza Halim, fomca.org.my

Published by
Netty Ah Hiyer