Bahaya Mata Kabur Apabila Disertai Pening Kepala! Ini Penjelasan Doktor

Share

Ada masalah mata kabur dan kemudiannya kepala mula pening. Apakah punca-puncanya? Boleh baca penjelasan doktor mengenai perkara ini.

Baca Perkongsian Bahaya Mata Kabur Apabila Disertai Dengan Pening Kepala Oleh Pengamal Perubatan Am Dr Zubaidi Hj Ahmad Ini.

Sakit kepala dan mata menjadi kabur sering terjadi serentak yang dikatakan ada kaitan antara visual mata dengan sistem organ badan yang lain.

Selain berpunca daripada penyakit mata, keadaan ini juga disebabkan oleh berbagai-bagai keadaan kesihatan. Cara rawatannya juga berbeza-beza bergantung kepada punca.

Jika anda pernah mengalami sakit kepala disertai dengan pandangan kabur, ini adalah salah satu dari punca-puncanya. Mungkin anda mengalami salah satu daripadanya.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
1. TEKANAN DARAH RENDAH

Tekanan darah dikatakan rendah jika angkanya menurun di bawah 90/60 mmHg. Punca tekanan darah rendah atau hipotensi antaranya dehidrasi (terutamanya ketika cuaca panas), masalah kesihatan jantung, kekurangan vitamin B12, serta pendarahan.
Tekanan darah rendah mengakibatkan berbagai-bagai gejala bermula dengan sakit kepala, pandangan kabur, mual, konsentrasi menurun dan pengsan.

2. HIPOGLISEMIA (KURANG GULA DALAM BADAN)

Hipoglikemia adalah suatu keadaan ketika jumlah gula darah rendah dalam badan yang biasanya terjadi kepada orang yang mengalami penyakit diabetes atau pesakit yang menggunakan rawatan dengan menggunakan insulin. Melambat-lambatkan makan, makan sedikit dari biasa atau olahraga berlebihan juga boleh menjadi pemicu hipoglikemia.
Salah satu gejala yang timbul jika seseorang mengalami hipoglikemia antara lainnya ialah pandangan kabur, sakit kepala, keringat berlebihan, susah memberikan tumpuan, gementar serta kepenatan.

3. MIGRAIN

Migrain terjadi di salah satu sisi kepala yang mempunyai gejala berbeza bergantung kepada tahapnya. Ketika serangan sakit kepala memuncak, pandangan boleh menjadi kabur. Gejala lain ialah kurang nafsu makan dan meningkatnya sensitiviti terhadap cahaya, suara atau bau.

Migrain dipengaruhi oleh makanan tinggi kandungan garam termasuk MSG, minuman beralkohol dan berkafein, stres, kesan perubatan serta perubahan pola tidur.
Bukan saja migrain, apa juga keadaan yang mengurangkan aliran darah ke otak contohnya kecederaan boleh menyebabkan terjadinya sakit kepala dan pandangan kabur.

Baca Sini Juga:
Bendi Penuh Khasiat, Tinggi Serat, Jangan Pandang Sebelah Mata!
Pemakanan & Prinsip Asas Diet Bagi Pesakit Gout, Cubalah Saranan Ini!

4. GLAUKOMA

Penyakit mata yang berpunca daripada kerosakan saraf optik. Dua jenis glaukoma paling umum iaitu sudut terbuka primer dan sudut tertutup akut. Glaukoma sudut terbuka primer jarang menunjukkan gejala namun pandangan mata tiba-tiba menjadi sempit. Glaukoma sudut tertutup akut pula boleh menjadi penyebab pandangan kabur, pening, sakit kepala, mual dan muntah.

5. GANGGUAN MATA LAIN

Individu yang rabun jauh atau dekat juga boleh mengalaminya, lebih-lebih lagi jika ukuran kaca mata yang digunakan tidak sesuai dengan keadaan matanya. Katarak juga boleh menjadi penyebab malah perubahan mata berkaitan dengan kehamilan boleh mengganggu penglihatan dan sakit kepala.

Pun begitu, tidak semua keadaan ini menandakan masalah yang terlalu serius. Bertemulah dengan doktor jika ia terjadi secara tiba-tiba.

Gambar Sekadar hiasan (Kredit : Pexels)
6. WHIPLASH

Whiplash adalah keadaan terjadinya kecederaan pada leher yang biasanya terjadi ketika posisi leher tersentak kuat ke arah belakang. Whiplash biasanya boleh terjadi ketika kemalangan kereta, olahraga yang melibatkan sentuhan fizikal antara pemain (contoh bola sepak, karate, tinju dan lain-lain), jatuh dari basikal atau ditimpa benda yang membuatkan kepala tersentak ke belakang.

Akibat daripada Whiplash akan menyebabkan kesakitan ke atas tulang di bahagian tengkuk hingga membawa ke keseluruhan bahagian tulang belakang. Ia boleh mengakibatkan mereka yang mengalaminya sakit kepala.

7. KEADAAN SARAF DAN PEMBULUH DARAH

Pelbagai keadaan saraf dan pembuluh darah boleh mengakibatkan pandangan kabur dan sakit kepala. Kecederaan kepala, strok atau pecahnya pembuluh darah di otak, jangkitan pada otak dan saraf sekitar otak serta tumor juga boleh menjadi penyebab.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad #healthDrZubaidi

Follow Mingguan Wanita
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
julie roshana Shafee