Mungkin sebab senang dan harga lebih murah, jadi mak-mak pilih bekas plastik untuk kegunaan harian dalam rumah. Namun pernah tak anda sedar sebab nak jimat dan mudah itu akan memberikan kesan yang tak bagus pada kesihatan?
Haaa… ini bila anda salah guna bekas plastik, bukannya tak boleh guna langsung. Nak tahu lebih jauh tentang keburukan bekas plastik ini, baca perkongsian saudara Hafiz Sulaiman ini…
Kesan Guna Barang Plastik
Kaum ibu perlu lebih beri perhatian perkara ini ketika membeli barang harian.
Renungkan…
Penyakit jantung dan strok
Penyakit metabolik seperti obesiti
Penyakit alahan seperti ekzema, psoriasis, resdung, asma
Masalah autoimuniti
Penyakit kanser
Gangguan hormon
Gangguan sistem pembiakan
Secara langsung atau tidak langsung, toksin persekitaran banyak menyumbang kepada perkara di atas.
Toksin persekitaran yang sering dipandang ringan ialah PLASTIK.
Paling kesian ialah anak-anak kita yang masih lemah sistem detoksifikasi, terutamanya bayi. Ramai dah generasi kita yang
“matang” terlebih awal. Ramai jugak wanita kita yang “menopause” terlebih awal. Plastik inilah punca gangguan hormon yang dipandang remeh.
Plastik merupakan sejenis pengganggu hormon (Xenoestrogen) yang boleh mencetus penyakit-penyakit zaman moden.
Bagi mereka yang pentingkan kesihatan, ilmu ini mungkin berguna.Bagi penderita sakit yang saya sebutkan di atas,
semoga ia menjadi panduan mengurangkan beban toksik badan.
PANDUAN PLASTIK MAKANAN
Pernah terfikir tak apa makna nombor-nombor dalam segitiga di bawah bekas plastik makanan dan minuman tu?
Haa… jangan lupa check SETIAP bekas plastik kita NOMBOR RESIN ini:
Pilih plastik No 1, no 2 dan no 5. No 1 biasanya botol air mineral. Jangan gunakan kembali simpan air lain.
Ads
Elakkan plastik no 3,4,6 dan 7….Jangan guna plastik dengan no resin 7 simpan makanan!
Seterusnya, mari kita lihat beberapa tabiat yang sering diamalkan, mungkin perlu diberi lebih perhatian:
TABIAT BIASA PEMBAWA PENYAKIT
Pada tahun 2011 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan penggunaan botol susu mengandungi BPA.
Bahan plastik ini bukan main-main ya, ia boleh sebabkan gangguan hormon dan mungkin mencetus alahan.
Elakkan bahan racun toksik ini ke atas keluarga kita terutamanya anak-anak kecil.
1) Jangan tuang air panas dalam cawan, jug atau bekas air plastik. Tengok sikit dapur kedai makan ada juga amalkan ni.
Masukkan air panas ke dalam bekas seramik atau stainless steel merupakan alternatif lebih baik.
2) Elakkan memanas plastik di dalam microwave.
3) Pilih botol susu lebih selamat dengan label “BPA free”. Walaupun begitu kajian menunjukkan plastik bebas BPA masih bahaya kerana mungkin mengandungi BPS atau pthalates yang juga merupakan pengganggu hormon. Saya kurang gemar teknik matikan kuman dengan rebus dalam air panas.
Ads
Maka anak kami gunakan botol kaca yang insha Allah lebih selamat.
4) Jangan tinggalkan sudu plastik dan straw dalam air panas..lebih panas air, lebih cepat keluar toksik plastik ini.
5) Jangan minum air botol plastik yang disimpan di dalam kereta terutamanya yang terdedah cahaya matahari.
6) Jangan guna sudip plastik untuk memasak. Gunakan alternatif lebih selamat seperti sudip keluli atau kayu.
7) Jangan tapis air panas guna penapis plastik. Stainless steel kan ada.
8) Elakkan menyimpan makanan panas dalam bekas plastik. Kalau berniat tapau makanan, kami biasanya order macam biasa.
Tunggu makanan sejuk sambil kacau-kacau makanan supaya sejuk dulu, baru minta bungkus.
Apa lah sangat 2-3 minit makanan sejuk tu berbanding kena warded…nak tunggu discaj tu satu penyeksaan.True story bro..
9) Jangan letak makanan bayi yang masih panas seperti nestum, puree atau oats ke dalam bekas makanan plastik.
Ads
10) Ini paling penting kot… JANGAN GUNA PEMANAS AIR PLASTIK! pastikan bahagian dalamnya stainless steel atau kaca.
kalau takde duit beli kaca atau heater stainless steal, pakai je periuk panaskan air atau cerek stainless steel tu.
Beberapa ringgit extra bagi membeli barang bukan plastik itu sangat berbaloi insha Allah.
Toksah pikir sangat salasilah genetik mana yang mungkin sebabkan kanser.
Atau saka tok nenek mana yang suwei turunkan kanser kat anak beranak.
Tengok sekeliling kita, mana yang kita mampu lakukan… ambillah langkah perubahan walaupun sedikit dan berdoalah.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan sangat memandang berat usaha kita lakukan ke arah kebaikan.
Ingatlah badan kita ini amanah… anak-anak kita juga. Adalah tanggungjawab kita melindungi mereka.
Semoga Allah mencegah kita daripada bencana penyakit dan memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kita.
Ameen… Barakallah li walakum.
Mohon kongsi ilmu ini sebagai peringatan. Ramai tak tahu benda simple ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ubai kongsi kos belajar memandu kereta auto cecah RM2700, soalnya “kenapa makin mahal…”. Isu kos daftar kelas memandu dilihat tidak sekata. Kelas memandu dilihat menwarkan pelbagai harga termasuk dengan pelbagai tawaran harga malah ada menyediakan pakej belajar sampai lulus.
Jika beberapa tahun ini kos belajar memandu kereta mencecah antara RM1500 ke RM1800 tetapi perkongsian dari Ubai Mz yang juga suami kepada Shila Amzah ini pasti membuka mata bahawa harga belajar kereta auto sudah mencecah lebih dari RM2500.
Dalam satu hantaran di aplikas X, pemilik nama sebenar Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bertanya mengapa harga belajar memandu kereta auto mencecah RM2700?
Tanyalah lagi, kenapa semakin mahal? Pada hal buku diberi dalam bentuk PDF dan bukannya secara fizikal lagi.
Tadi bawa adik pi daftar sekolah memandu. Harga lesen kereta auto RM2700 fuh.
Kenapa harga lesen kenderaan ni makin lama makin mahal ya?
Tambahnya lagi, “masih tidak faham kenapa mahal. Buku belajar memandu pun bagi dalam PDF tapi nak buat camne, aku pun dah bayar depo 900 redha je ler,” katanya dalam satu hantaran di X.
Dirinya kemudian turut berkongsi kelas memandu tersebut di aplikasinya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai bersetuju dan bertanya soalan yang sama kenapa harga semakin mahal sedangkan kadar harga yang ditetapkan oleh kerajaan adalah seperti yang berikut:
Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450
Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) – RM900 hingga RM1100
Lesen Kereta Manual D – RM1150 hingga RM1300
Lesen Kereta Automatik DA – RM1250 hingga RM1500
Jauh berganda dari harga yang kelas memandu kenakan kepada pengguna.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila telah tiba ajalnya, ianya tidak akan lambat biarpun sesaat. Semoga keluarga mangsa tabah berdepan dengan kehilangan ini.
Seorang siak masjid ditemui meninggal dunia dalam longkang dan setelah disiasat terdapat kabel tiang lampu berdekatan kaki mangsa, dikatakan punca mangsa terjatuh.
Siak Masjid Ditemui Meninggal Dalam Longkang
Seorang siak ditemukan mati di dalam longkang di kawasan Masjid Hadhari Paka, Dungun, Terengganu.
Mangsa, Abdul Hamid Mat Zahari, 45, ditemukan bilal masjid terbabit, Che Ku Mohd Fauzi Che Engku Mohd Razali, pada 12.50 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, bilal terbabit yang tinggal di Kampung Batu 7, dikatakan terkejut sebaik menemui mangsa di dalam longkang terbabit sebaik keluar dari tandas masjid.
“Bilal terbabit yang terkejut dengan kejadian itu beberapa kali mengejutkan mangsa dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.
“Bilal terbabit kemudiannya menghubungi Klinik Kesihatan Paka dan hasil pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.
Kabel Elektrik Punca Terjatuh
Baharudin berkata, polis yang menerima laporan pada 1.15 tengah hari bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.
“Siasatan mendapati terdapat kabel tiang lampu berhampiran dengan kaki mangsa dan kita percaya mangsa terjatuh disebabkan kabel terbabit.
“Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
MW: Apa yang telah berlaku ini adalah asbab kematian. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkannya di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi trending dengan ‘Gulai Ikan Mat Sabu’ selepas video bual bicaranya bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi viral. Begitu juga dengan video YB masuk dapur yang ramai dikongsi netizen.
Rupanya wanita ini, Zalina Yahaya terdetik dalam hati alangkah seronok kalau dia dapat original resepi dari Menteri Pertahanan tu. Barangkali sudah menjadi rezekinya, apa yang disebut dalam hati itu menjadi kenyataan. Dan dikongsikan agar orang lain pun boleh dapat merasa sama. Bezanya bukan air tangan YB lah, tapi air tangan sendiri dengan resepi YB Mat Sabu.
“Yahooo… dapat juga resepi gulai ikan YB Mat Sabu. Lepas tengok video Lim Guan Eng kata dia suka gulai ikan Mat Sabu hari tu, saya kata dalam hati, best ni kalau dapat resepi.”
“YB Mat Sabu pula orang Penang, sure sedap gila gulai dia. Saya post kat sini (di facebooknya) kelmarin tanya ada sesiapa yang rapat dengan YB. Saya nak resepi kari tu.”
“Alhamdulillah, sehari lepas tu Mamazieza Azizah Hassan wasap saya resepi tulisan tangan Menteri Pertahanan kita tu.”
Fuhhh… hari ni saya try. Lebih kurang sama dengan resepi yang biasa saya buat. Tak guna santan. Cuma air asam jawa. Bezanya, YB letakkan hirisan bawang besar selepas rempah garing. Ini akan menjadikan kuah lebih pekat dan sedap.
Okeh ini resepi kari YB yang saya buat balik. Saya guna ikan kerapu.
Resepi Ikan Mat Sabu
1. Tumis:
Hirisan bawang putih dan bawang merah.
Halba campur
Daun kari.
2. Masukkan rempah kari ikan Babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit). Biar pecah minyak anggaran 5 minit.
3. Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung@bendi. Biar lembut anggaran 5 minit.
4. Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu the asam jawsa Adabi + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam)
5. Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan Garam dan perasa ikan bilis Norr..Siappp.
Sambil Memasak Pun Ada Peneman
Kata Puan Zalina, sambil memasak dia akan ditemani si bulus. “Budak tu adalah peneman saya setiap hari bila saya di dapur. hari-hari biasa pun macam tu. Kalau nak sapu dan mop lantai kena angkat dia.”
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...