Bahaya Bila Sampai Peringkat TAWAR HATI, Boleh Terputusnya Sebuah Hubungan!

Share

Dalam sesuatu ikatan perhubungan, soal hati memang sukar dimengerti. Adakalanya ia boleh menjadi terlalu lembut, apabila kasih sayang dan setia masih menggunung, namun ia juga boleh menjadi sekeras batu kerikil apabila kerap disakiti dan dikhianati. Waspada bila seringkali terasa hati dan berjauh hati dalam perhubungan kerana ia boleh menyebabkan tawar hati dan menjadi punca terputusnya ikatan dalam perkahwinan.

Fahamkan perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini.

3 Fasa Hati sebelum terputusnya sesebuah hubungan.

1. Terasa Hati

Apa yang kita buat, adakalanya boleh menyebabkan pasangan terasa. Contoh perbuatan yang menyebabkan pasangan terasa hati ialah apabila kita buat sesuatu keputusan tanpa berbincang, kita tidak menjaga pergaulan, kita tidak menjalankan kewajipan, kita tidak mengawal lisan sebelum melafazkan apa jua bentuk ucapan, kita membelakangkan pasangan, kita tidak menghargai dan menghormati diri pasangan, kita mengabaikan pasangan.

Bila kita kerap buat dia terasa, maka datang fasa kedua iaitu..

2. Jauh Hati

Terasa tapi tak dipujuk. Terasa tapi dibiarkan macam takde apa-apa. Rasa sedih dengan perbuatan ataupun tersinggung dengan ucapan pasangan. Bila cuba untuk cari penyelesaian, selalunya akan berakhir dengan pergaduhan. Ego sentiasa memenangi perbalahan. Jauh hati adalah kekecewaan yang dihimpun, terasa yang dipendam, luka yang dibiarkan.

Bila terlalu banyak rasa jauh hati dengan pasangan, maka seterusnya hadir fasa hati yang terakhir.

3. Tawar Hati

Puncak kepada segala rasa yang terbuku di dalam hati sejak daripada terasa hati dan jauh hati. Tawar hati ialah keadaan hati yang dah penuh dengan parut. Keadaan di mana dah tak rasa apa-apa lagi dah dengan perbuatan atau ucapan pasangan. Dah tak kisah bab perasaan, dah tak peduli bab emosi. Hati dah mati dek kerana kesakitan yang berulang kali. Had hati untuk menerima kesakitan tu dah sampai limitnya.

Fasa ni yang paling bahaya sebab kebanyakan hubungan akan terputus bila hati dah tawar untuk meneruskan hubungan tu.

Yang ajaibnya, banyak pujukan dan kesedaran semasa di fasa tawar hati tapi tidak di fasa terasa dan jauh hati. Bila keadaan hati tu dah di fasa terakhir, maka tak banyak yang boleh kita lakukan. Hati itu mungkin akan dibawa pergi untuk selamanya.

Baca Lagi Di Sini:
Jangan Main-main Kalau Isteri Dah Tawar Hati!
Isteri Yang HATINYA Pernah Hancur, Perasaannya Pada Suami Takkan Sama Lagi!

MW: Jadi berwaspadalah dalam 3 peringkat hati ini iya. Ingin berkekalan dalam hubungan perkahwinan, jangan biarkan sehingga peringkat terakhir ‘tawar hati’. Bila dah tiada emosi dan tiada lagi rasa apa-apa, ia tanda mungkin akan berakhirnya sebuah perhubungan.

Sumber: Firdaus Shakirin

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab