Seperti diketahui umum, sebelum ini Nad punyai masalah paru-paru berdarah hingga dia dimasukkan di ICU.
Selepas hampir sebulan dirawat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor Nad kembali pulih.
Baharu Pulih Sakit, Nad Zainal Selamat Menikahi Ungku Ismail
Syukur kini pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail sudah bergelar suami isteri.
Sebelum ini Nad mula menjalinkan hubungan rapat dengan Ungku Ismail selepas sama-sama terlibat menerusi drama Cina Buta, kemudian berlanjutan sebagai rakan kongsi menjayakan program berbentuk travelog dalam saluran YouTube milik pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu.
Terbaru menerusi akaun Instagram Nad Zainal memuat naik beberapa keping foto.
Ads
Malah turut sama dimuatkan sekeping gambar dahinya dicium Ungku selepas disatukan dalam sebuah majlis pernikahan.
“Alhamdulillah,” tulis Nad ringkas.
Pemilik atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin itu turut berkongsi jumlah mas kahwin yang diterimanya iaitu sebanyak RM1,000 berserta gelang tangan emas daripada pengantin lelaki.
Turut ditulis, tarikh kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab 1444 Hijrah.
Hebat Guru Besar SK Pekan Nanas bernama Firdauz Abdullah ini. Dia membenarkan gurunya membawa anak yang ketiadaan pengasuh ke sekolah, untuk sama-sama di’tengok-tengokkan; olehnya dan guru-guru yang lain.
Guru-guru sekolah lain yang membaca kisah tular guru besar ini sama terkesan dengan kebaikan yang diberikan. Rupanya ada cerita di sebalik, rasa prihatinnya sebagai seorang guru besar pada guru-guru wanita terutamanya yang berdepan masalah ketiadaan pengasuh ini.
Matiin, membesar di SK Sungai Danga.. kawan-kawan dan pentadbir sangatlah membantu kami ketika ini. Matiin ketika itu dalam prolonged jaundice, eczema dan urine infection.
Ada Sebab Kenapa Guru Besar Benarkan Cikgu Bawa Anak Ke Sekolah
Menjadi tular pula status aku berkenaan bawa anak ke sekolah tu.
Terus terang aku katakan, ia adalah hasil didikan semua Guru Besar aku sebelum ini, dari mula aku bertugas di SK Nong Chik di bawah kepimpinan Datin Hjh Azizah, Datin Hjh Hapipah dan Pn Norayu Jayus, dan seterusnya di SK Sungai Danga dibawah kepimpinan Hj Noh Sahan dan Ustaz Zamri.
Kesemua mereka mempunyai impati yang tinggi, memang tahap mak-mak dan bapak-bapak kita. Kita sampai jadi segan dengan toleransi mereka, dan tak gamak nak selesaikan sebarang tugasan sambil lewa.
Di SK Nong Chik dulu, Datin Hjh Azizah banyak menjaga kebajikan aku yang hidup merantau di tempat orang, segala perkara beliau ambil tahu.. Memang aku ni dilayan macam anak sendiri.
Datin Hapipah pula, memang dah macam mak sendiri… Kau bayangkanlah.. Aku nak pergi merisik dan bertunang, dialah ketua rombongannya! Sebab itu juga aku bernikah dan melangsungkan majlis pun di SK Nong Chik.. Hehehe
Pn. Noorayu Jayus pun sama, kak long kami. Bila isteri aku dah sarat mengandungkan Matiin dulu, diberinya izin kepada aku untuk menghantar isteri ke tempat kerja yang mana ketika itu, tempat parking isteri amatlah jauh.
Amna pun sama, membesar di SK Jaya Mulia, waktu ini kami kena berulang alik ke hospital sebab tali pusat Amna yang tak tanggal walaupun dah 85 hari.
Ketua Ini Memimpin Dari Hati
Dua bulan jugalah aku berulang alik menghantar isteri, kelas aku masuk tanpa gagal (aku mengajar Tahun 6 ketika tu). Apabila kelongaran dah diberi ketika itu, kita pun jadi semangat bekerja. Lapang fikiran nak melakukan apa jua program di sekolah, siap aku stay back sampai malam (sebab nak ambil isteri balik kerja pula) sepanjang tempoh itu. Dan anak-anak murid aku juga yang beroleh manfaat. Semua dapat gunakan makmal komputer sementara menanti ibu dan ayah mereka ambil. Keselamatan terjamin.
Di SK Sungai Danga apatah lagi, keluarga kecil yang sentiasa menjaga antara satu sama lain. Memang ketika itu, berulang kali aku ke hospital kerana keadaan kesihatan Matiin yang kurang mengizinkan. Tetapi rakan-rakan pentadbir semuanya memahami kekangan tersebut, sama-sama mereka mudahkan urusan.
Kelas aku dianjak selepas jam 10.00 pagi dan sempatlah aku mengajar seperti biasa. Sekali lagi apabila urusan keluarga di permudahkan, urusan sekolah menjadi tip top! Tanyalah rakan-rakan di sana, Unit Kokurikulum, Sukan dan Permainan memang menjadi. Terima kasih kepada Cikgu Noh Sahan dan Ustaz Zamri yang sentiasa cakna akan kebajikan anak buah mereka.
Pada aku, mereka semua memimpin dari hati.. Ya, kita sebagai ketua memang perlu ‘play by the rules’ dan itulah panduan kita, tetapi janganlah kita lupa terma ‘budi bicara ketua jabatan’, dan selagi ia tidak menyalahi etika kemanusiaan, permudahkanlah urusan kita sesama insan.
“Apabila kau permudahkan urusan orang lain, pasti Tuhan akan permudahkan urusan kau sekeluarga“, itu pula pesan ibu dan ayah aku.
MW : Terkesan sungguh dengan kisah guru besar ini, semoga semakin ramai yang mencontohi kepimpinan dari hati yang dikongsikan Guru Besar SK Pekan Nanas ini. Dalam keadaan ekonomi menekan ini, ramai yang kadang dah tak guna logik akal.
Tidak berperikemanusiaan. Gara-gara bercinta dengan isteri orang, boleh dikatakan ‘kekasih gelap’, sanggup ambil keputusan ‘bodoh’ dengan sembelih dan tanam di lereng bukit.
Dunia akhir zama, sanggup lakukan apa saja untuk cari kebahagiaan yang sementara dan selebihnya sengsara seumur hidup.
Kes ini bukan berlaku di negara luar tapi di Subang Jaya, Selangor. Dikatakan kejadian ini berlaku hampir setahun yang lalu. Akhirnya, temberang seorang lelaki uang dipercayai membunuh dan menanam mayat suami kekasih gelap nya terbongkar di sebuah banglo di daerah ini pada Mei tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada orang awam berkaitan pengakuan seorang lelaki warga India yang membunuh rakan senegaranya sebelum menanam mayat mangsa jam 4.45 petang pada 2 Februari lalu.
Menurutnya, pengakuan berkenaan dibuat di kawasan Ampang Jaya sebelum sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalankan soal siasat lanjut terhadap suspek.
“Suspek kemudian menunjukkan lokasi kejadian mangsa berusia 25 tahun dibunuh pada Mei tahun lalu iaitu di lereng bukit di belakang sebuah banglo di Subang Jaya.
“Kejadian bunuh itu berlaku di banglo berkenaan yang dijadikan sebagai pusat jagaan orang tua dengan mangsa dipercayai dikelar di leher menggunakan pisau,” katanya dalam kenyataan.
Wan Azlan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan pihak forensik menemui bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut badan mangsa.
“Susulan itu, kami menahan isteri mangsa dan kekasihnya yang juga warga India serta dua wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun yang bekerja di pusat jagaan orang tua berkenaan bagi membantu siasatan.
“Semakan dilakukan mendapati kedua-dua suspek warga India tidak mempunyai pasport dan kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.
Beliau berkata, motif pembunuhan itu dipercayai disebabkan mangsa mengetahui hubungan sulit antara suspek dengan isterinya.
“Suruhanjaya Tinggi India ada membuat laporan polis mangsa hilang pada Mei 2022 selepas menerima aduan daripada ahli keluarganya di India yang memaklumkan lelaki itu tidak dapat dihubungi.
“Setakat ini, senjata pembunuhan dalam kejadian ini (pisau) masih belum ditemui dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah di daerah ini boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut,” katanya.
Mingguan Wanita : Bila dah terbongkar dan takut, ambil jangan singkat untuk membunuh. Kejam sungguh.
Sumber: Harian Metro
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Sebagai seorang ibu muda yang mendapat anak pertama serta kurang pengalaman dalam perkembangan tumbesaran anak pastinya pelbagai perkara yang perlu dipelajari. Pengalaman daripada orang-orang tua yang lebih ‘makan garam’ adakalanya menjadi rujukan dalam pembesaran anak-anak.Sama ada ia mitos ataupun mungkin hanya satu kebetulan.
Baru-baru ini pelakon Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar,33 ada berkongsi satu status dilaman instagramnya bertanyakan, sama ada benarkan bila bayi dah mula menyembur, memberi kesan pada keguguran rambut si ibu.
“Budak belon ni sekarang suka jelir lidah..sembur-sembur (bubbles) agaknya gusi gatal nak tumbuh gigi. Orang tua-tua cakap kalau baby sembur-sembur ni rambut mummy akan gugur banyak!Tapi memang gugur tak hengat ni. Mommies lain pun mengalami keguguran rambut jugak ke? .”
Rupanya pertanyaan dan pengalaman Lufya ini mendapat respon yang sama daripada para pengikutnya.Rata-rata ramai yang bersetuju dan mempunyai pengalaman keguguran rambut apabila anak mulai ‘menyembur’ dan mahu keluar gigi baru.
syazleenzawawi@lufyalaana aah..gugur…tiap kali anak nak keluar gigi baru…rambut saya gugur.
aimi.munirahh Samaa @lufyalaana..macam orang leukimia dah..sedih tengok rambut sendiri,pastu bersepah satu rumah.
izzatihaifasiratSaya anak first rambut gugur banyak sampai rambut depan dah jadi botak sebab banyak sangat gugur. Nak sikat rambut pun takut.
syafaBetul, baby aaqil dah masuk 5month now, suka sembur-sembur, rambut mama ya ampun macam dah kena kimo.
fauziahgeeyahSama sis,sampai potong pendek dah rambut,macam musim luruh dah anak saya pun asyik main air liur pastu jelir-jelir lidah, rupanya tumbuh gigi sebatang dah.
Terdahulu pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 26 November 2016, setelah bertunang selama 4 bulan pada tahun yang sama. Lufya telah berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom,28 dan dikurniakan seorang puteri yang comel Laana Haura yang kini berusia 7 bulan.
Mungkin ia hanya satu kebetulan. Tidak dapat dipastikan kaitan dan kajian saintifik bila anak mulai menyembur-nyembur, rambut mak-mak mengalami keguguran. Tapi pengalaman mak-mak sendiri bagaimana? adakah alami perkara yang sama seperti Lufya ini?