Bahagia seorang ibu yang sudah mendapat gelaran opah ini dizahirkan melalui lauk berpantang untuk anak perempuannya. Kerana kasih, ibu siapkan lauk berpantang serunding halia.
Kongsi ibu ini, dia baru saja menerima cucu kesembilan. Dan untuk tahun ini saja sudah menerima kehadiran tiga orang cucu. Bahagia sungguh hatinya. Disebabkan tak dapat dekat dan melihat cucu lagi, dia masakkan lauk berpantang dan pos ke rumah anaknya yang baru melahirkan.
Itulah nikmatnya menjadi seorang nenek. Tetap bahagia melihat anak-anak dan cucu bahagia.
“Dua orang anak bersalin (dua-dua bulan April) sempat balik berpantang di Ipoh). Seronok jaga anak dan cucu-cucu. Ketika saya menulis pos ini kedua-duanya dah balik dan mula kerja.
Dua minggu lepas, anak sulong pula melahirkan. Memang tak boleh balik Ipoh sebab PKP. Harap suami dan adik-adiknya (tinggal berdekatan) yang bantu.
Malam semalam sempat saya buatkan swrunding halia untuknya dan pagi tadi suami dah pos kepada anak kami. Sedihnya… nak bantu tak boleh, nak tengok cucu baru pun tak boleh.
Syukur sangat kerana dikurniakan cucu yang ke-9. Tahun ni saya terima 3 orang cucu yang lahir bulan April dan Jun.
2019 dulu saya dapat 4 cucu sekali gus (Mei, Jun, Ogos dan September.
Itulah bahagianya seorang opah dan tuwan.
Serunding Halia untuk anak dalam pantang.
Saya share resepi untuk ibu-ibu muda yang berpantang sendirian.
Cara Penyediaan :
1. Satukan semua bahan dalam bekas yang besar. Letak 1 sudu makan garam.
2. Gaul (guna tangan) rata dan biarkan sekejap.
3. Boleh dipek atau disimpan dalam bekas kedap udara. Tidak perlu simpan dalam peti ais.
4. Siap untuk dimakan bersama nasi panas.
Kongsinya lagi, ada juga di kalangan ibu muda yang berdepan kekangan masa untuk membuatnya. Jadi sebagai memberi kemudahan kepada yang berminat, ibu ini turut berjualan serunding halia air tangannya itu kepada yang mencari.
“Sebab kalau nak buat sendiri memang renyah. Banyak prosesnya. Saya memudahkan urusan mereka.” Kongsinya yang berjualan Serunding Halia Cikgu Azizah secara online ini.
Baca : Anak Menangis Untuk Dapatkan Sesuatu, Biarkan Mak Ayah Jangan Layan, Ajar Dia Adab Disiplin
Sumber/Foto : Azizah Salleh