Bahagialah dengan cara sendiri, jangan sesekali bandingkan hidup kita dengan orang. Hiduplah mengikut acuan sendiri tanpa mengukur kehidupan orang lain.
Bahagia orang berbeza. Mungkin pada mak ayah bahagia bila dapat melancong ke luar negara. Tapi mungkin orang lain bahagia jika dapat balik ke kampung luangkan masa bersama orang tua.
Kongsi Puan Salwa Mohd Salleh, bahagialah dengan cara tersendiri.
Ada orang penat jaga lapan anak, dan ada orang penat jaga seorang anak.
Dua-dua penat sebenarnya.
Ada orang stres kerja ikut office hour. Tetapi ada juga orang stres kerja freelance sebab income tak tetap.
Dua-dua pun stres sebenarnya.
Ada orang ujian pada pasangan. Ada orang ujian pada anak-anak.
Dua-dua pun diuji sebenarnya.
Ada orang sakit pada fizikalnya . Manakala ada orang sakit pada mentalnya.
Dua-dua tu pun sakit sebenarnya.
Baca Juga Di Sini:
Bahagialah Dengan Cara Sendiri, Tak Perlu Banding Cara Kita Dengan Amalan Orang Lain
Bahagia Kita Sendiri Kena Cari, Bercerai Bukan Halangan Untuk Kekal Gembira
Carilah Bahagia Sendiri Walaupun Berkongsi Kasih
Sementelah itu, ada yang bahagia dengan melancong.
Ada yang bahagia dengan makan sekeluarga.
Tak kurang juga ada yang bahagia dengan baca buku.
Ada yang bahagia dengan kemas rumah
Semua pun bahagia sebenarnya.
Yang tak sama, siapa orangnya
Di mana tempatnya, bila kejadiannya
Jangan mudah judge orang
Malah, jangan pulak judge diri sendiri
Hidup akan bahagia bila kita menghargai.
Paling penting,
Jangan membandingkan dan jangan rasa kita lagi baik dari orang.
Mingguan Wanita : Hidup dan ciptalah bahagia dengan cara tersendiri. Hargailah setiap momen bahagia bersama keluarga tidak kira bagaimana caranya.
Sumber: Puan Salwa Mohd Salleh
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita