Tiada yang lebih membahagiakan kita apabila melihat ibu dan ayah sihat dan dipanjangkan umur. Merekalah orang yang menjaga kita sejak kecil hinggalah dewasa. Susah senang mereka adalah untuk anak-anaknya. Begitu juga dengan kita apabila sudah bergelar ibu ayah. Tentu kita sanggup lakukan apa sahaja untuk keluarga kita.

Bila tinggal berjauhan dan ada kerjaya serta mempunyai keluarga sendiri, mak ayah di kampung mula dilupakan. Bukan lupa tetapi sibuk dengan kerjaya membuatkan kita tidak berkesempatan untuk bertanya khabar.

Jangan begitu, sesibuk mana pun, luangkan seketika dengan bertanya khabar. Sekurang-kurangnya mendengar suara mereka sudah cukup membahagiakan. Malah, untuk bahagiakan mereka, bukan hanya dengan menghulur duit setiap bulan kepada mak ayah.

Ada lagi cara untuk membahagiakan mak ayah kita. Ikuti perkongsian daripada Ahmad Saifuddin Yusof yang mengatakan cara untuk bahagiakan mak ayah bukan hanya wang ringgit tetapi bahagiakan mereka dengan bertanyakan hasrat yang mereka inginkan selama ini.

Baca Artikel Lebih Menarik Di Sini: Nak Jadi MAK AYAH Yang Terbaik, Kena SAYANG Pada Diri Sendiri Dulu

Sementara Mak Ayah Masih Ada, Wahai Anak Buatlah 5 Tip Ini Untuk Bahagiakan Hatinya

Info Lebih Menarik DI SINI

Ads

Bukan Hanya Duit Belanja

Saya selalu baca tip bahagia orang tulis bahagiakan ibu ayah. Selalu yang dikongsi adalah bagi duit belanja berkepuk-kepuk kepada ibu ayah.Bagi orang yang sudah lama tidak ada ibu dan ayah. Kami hanya mampu doa sahaja.

Seandainya ibu ayah saya masih ada. Wang memang akan saya beri. Setakat yang saya perhatikan, ibu ayah bukan mahu sangat duit kita.

Mereka rasa bahagia bukan dengan duit yang kita bagi. Atau dengan belanja makan sedap dan mahal setiap bulan.

Bukan Selera Mak Ayah

Kita nampak mereka bersungguh-sungguh makan di restoran mahal yang kita belanja. Sebenarnya orang tua sudah tidak ada selera untuk makan-makan. Ada juga yang makan untuk melihat kita gembira membelanja mereka makan.

Ads

Bagi ibu ayah yang sudah tua. Mereka bukan ingin makan lagi.

Seandainya ibu ayah saya masih ada. Soalan yang saya akan tanya, ‘Apa yang mak/ayah mahu sangat-sangat tetapi tidak dapat lagi sehingga sekarang?’

Jangan terkejut dengan jawapan mereka. Ada yang mungkin berkata, mahu ziarah kawan lama yang 25 tahun tidak jumpa.

Atau mahu ziarah sekolah lama atau tapak rumah lama. Mungkin juga mahu sambung belajar lagi. Atau mungkin mahu melancong ke negara yang diingini selama ini.
Ini pengalaman dan pemerhatian sahaja. Mungkin betul, mungkin salah. Orang yang tidak pernah kehilangan ibu dan ayah tidak akan memahami apakah realiti golongan seperti kami.

Ads

Tunaikan Hasrat

Saya pernah ingat di tingkatan 4, saya pernah bertanya kepada ayahanda di waktu petang, ‘Ayah ada rasa mahu ke mana-mana hari ini?’

Ayahanda memberitahu mahu ke rumah kawan lamanya. Dengan motor abang Honda Fame, bawa tanpa lesen. Saya membawa ayahanda ke rumah kawan lamanya itu. Terlihat wajah gembira ayahanda.

Entah mengapa. Rasa puas bertanya soalan berkenaan kepada ayahanda dan dapat melaksanakannya.

Sahabat semua cubalah tanya, dan usaha tunaikan hasrat ibu ayah itu. Tidak ada duit banyak tidak mengapa, tetapi tahu bagaimana membahagiakan ibu ayah yang sudah tua.

MW: Jangan kita fikir, nak bahagian mak ayah perlu bagi duit untuk mereka. Tapi sebenarnya bukan duit yang mereka inginkan, ada hasrat lain yang kita tak tahu apa yang terbuku di hati mak ayah.

Sumber: Ahmad Saifuddin Yusof

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI