Bahagia. Semua orang berhak untuk hidup bahagia. Walau pun selepas bercerai, ia bukan alasan untuk meratap hiba. Ayuh, bangkit. Salah satu cara untuk memiliki bahagia, kena bijak kawal emosi. Setelah itu barulah kita ceria, gembira dan akhirnya bahagia.
“Saya nak sentiasa ceria macam Kak Su tapi saya tak boleh sebab saya tak kuat macam Kak Su…”
Luahan klien saya dalam sesi bersemuka baru-baru ini. Dia bakal diceraikan oleh suami walau hampir 18 tahun bersabar dengan sikap suami yang tidak pedulikannya dan kaki perempuan.
Tapi akhirnya, suami memilih untuk menceraikannya juga. Tika bersemuka, saya jelaskan, mungkin kehendak suami adalah hikmah untuk dia kecapi bahagia sebenar lantaran bersuami hanya berikan derita sebab tidak dilayan sebaiknya.
Hanya perlu terima dan reda dengan sepenuhnya, akan tiba masanya bahagia sebenar pasti dikurniakan-Nya. Mendengar kata-kata tersebutlah, klien tadi meluahkan bicara yang saya kongsikan di awal perbincangan kali ini.
Realitinya, bukan satu perkara yang mustahil untuk ceria dan bahagia. Seperti yang selalu saya kongsikan melalui Facebook saya: keceriaan atau kebahagiaan; derita atau kecewa; segalanya bergantung kepada diri kita sendiri.
Biar orang lain menjadi penyebab kepada duka, derita, kecewa atau suka, gembira dan ceria; jika anda tak benarkan emosi-emosi tersebut menguasai diri; anda tak mungkin akan ceria malah juga tak akan kecewa. Lantaran, minda kita perlu menguasai emosi dan bukan sebaliknya.
Ada yang soalkan; bagaimana caranya untuk kekal ceria? Perlukah menukar watak atau penampilan diri? Bagi saya, tak perlu jadi orang lain untuk hidup ceria dan berjaya. Jadilah diri anda sendiri! Yang perlu dan penting; tingkatkan keistimewaan dan kelebihan yang ada.
Tak ada kelebihan? Jangan memandang rendah kepada keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Setiap individu diberikan kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Percayalah! Setiap kurniaan dan pemberian-Nya adalah anugerah. Jika diri tidak menghargai kelebihan sendiri; tak mungkin ada orang lain yang akan menghargainya!!
Hargai kelebihan anda dan usahakan untuk menjadi lebih baik pada setiap hari. Betul! Sebagai manusia, kita juga punya kelemahan dan kekurangan. Usahakan juga untuk menampung kekurangan dan kelemahan yang boleh diubah. Paling penting, ikhlaskan hati dalam melakukan setiap perkara; hasil akan memuaskan hati dan anda akan ceria, insya-Allah!!
Baca artikel menarik lain di sini:
Cerai Lepas Jumpa Kekasih Lama Di Majlis Reunion Rakan Sekolah
Awasi Tanda-Tanda Ini, jika Ada Anda Mungkin Di Ambang Perceraian!
Bukan sekadar perubahan emosi diri sebaliknya juga perubahan kehidupan anda sehari-hari. Ada yang mengadu; sukar nak keluar daripada derita sebab orang itu dan ini jadi penghalang.
Sebenarnya bukan orang itu atau orang ini yang menghalang anda, sebaliknya anda yang menyekat diri anda sendiri. Hayati maksud firman Allah SWT dalam surah ar-Ra’du ayat 11: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”. Kaum yang dimaksudkan di dalam ayat ini termasuk juga diri seseorang individu!
“Saya dah berdoa mohon kepada Allah tapi Allah belum makbulkan.” Penyataan yang selalu saya dengar daripada klien saya. Bila saya tanya; selain doa, apa yang puan lakukan? Acap kali jawapan yang saya terima: “Bersabar je lah, tunggu jawapan Allah!” Sedih campur geram pun ada. Fahamilah konsep berserah yang Allah SWT perintahkan!
Konsep berserah atau tawakal yang perlu dipraktikkan ialah berusaha dahulu dengan sedaya upaya untuk keluar daripada ujian yang Allah SWT berikan. Dalam masa yang sama; berdoa mohon bantuan-Nya kemudian barulah berserah dan bersedia menerima kehendak-Nya.
Betullah ujian Allah berikan kepada hamba-Nya yang DIA tahu mampu untuk menerima ujian tersebut. Bila diuji pula, kita disuruh agar reda. Mampu bukan bererti menyerah bulat-bulat. Reda bukan bermaksud terima tanpa sebarang ikhtiar untuk menangani ujian tersebut. TIDAK BERUSAHA bererti anda KUFUR NIKMAT ALLAH!
Kenapa perlu tunggu orang lain yang tentukan kehidupan anda? Anda bukan hamba sahaya! Anda adalah orang merdeka yang punya hak untuk bahagia. Kenapa biarkan orang lain mengawal emosi dan takdir hidup anda?
Ya! Sebagai isteri, anda perlu bergantung kepada suami; sebagai anak pula, anda perlu bergantung kepada ibu bapa. Tapi ingat! Kebergantungan anda kepada suami atau ibu bapa bukan 100% hingga menafikan hak yang Allah SWT berikan kepada anda.
Ingatlah! Hidup kita bukan medan lakonan, bukan juga satu perhitungan; bagi tentukan siapa kalah atau menang. Hidup juga bukan satu perjudian; sekadar menunggu dan menanti apa pula yang akan terjadi. Sebaliknya hidup adalah satu perjuangan.
Perjuangan pertahankan hak sendiri; perjuangan laksanakan hak orang lain; perjuangan mencipta bahagia diri dan paling penting, perjuangan jalankan segala amanah dan tanggungjawab yang telah ditetapkan; tak kira siapa pun kita kerana kita semua adalah hamba-Nya. Moga kita punya bahagia tersendiri meniti hari-hari di tahun baru nanti…
Sumber: Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita