Alangkah bagusnya menjadi orang yang rendah diri, baik hatinya. Tak perlu beritahu orang lain akan kebaikan dirinya. Tetapi, dek kerana baiknya budi, orang sekeliling boleh merasai dan menerima manfaatnya.
Begitulah hebatnya kerendahan hati, ketinggian budi. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop, mengulas tentang kebaikan guru yang bersara dibalas oleh anak-anak muridnya dengan menghadiahkan sebuah kereta.
Ada teladan yang boleh dipelajari oleh orang ramai, Lihatlah dengan mata hati, akan kau temui keindahannya.
Semalam terbaca kisah cikgu ni. Cikgu nak bersara. Masa majlis persaraan tu, terkejut cikgu bila tengok anak muridnya semua sama-sama kongsi duit belikan beliau kereta.
Lepas tu saya baca komen ramai orang di bawah tu. Ada antaranya anak murid beliau sendiri yang komen.
“Cikgu layak dapat lebih. Tapi ni je kami mampu bagi.”
“Cikgu sangat baik. Tak pernah cakap buruk pasal kami.”
“Cikgu selalu kata kami semua memang dah pandai. Cuma belum jumpa cara je lagi.”
Cikgu tu sendiri pula cuma kata begini. Beliau cuma cikgu biasa. Yang bagus tu adalah pengetua, cikgu lain dan muridnya sendiri.
Apa yang kita boleh belajar dari sini.
Pertamanya. Kisah orang rendah diri. Dan baik hati. Orang lain semuanya bagus. Dia rasa dia biasa je. Tak cerita apa pun baik dia. Tapi orang tahu dia baik dan terbaik.
Hidup dalam akhir zaman ni memang kebanyakkan orang akan berlumba-lumba nak tunjuk dia yang terpaling sempurna. Baik. Pandai. Hebat. Kaya.
Namun baiknya kita, pandainya kita, hebatnya kita, kayanya kita tidaklah sampai ke level mana sekiranya cuma kita yang rasa. Tapi tidak sampai hasilnya pada orang lain di keliling kita.
Keduanya. Cikgu kata anak murid dia semua dah pandai pun. Cuma belum jumpa cara.
Sangkaan baik pada orang lain akan buat satu perkara ni. Buat kita rasa rendah diri. Dan percaya orang lain pun boleh cuma masanya belum tiba lagi. Apatah lagi nak pandang buruk pada orang lain yang tak punya sama kesempatan rezeki. Benda ini akan buat kita layan semua orang dengan rasa ringan hati.
Ketiganya. Cikgu kata pengetua baik. Kawan kerja baik. Murid baik. Semua orang baik. Saya kira begitulah cikgu hidup dengan orang lain juga.
Baca sini : Biar beribu orang mengata, asal suami pertahan, sokong, isteri kuar hadap segalanya
Menanam rasa semua orang lain lebih baik dari kita ni bukan benda mudah dan biasa. Lagi pula bila orang tu terlihat kurang dek ujian pandangan mata kita. Kadang kita manusia ni Tuhan uji cuma dengan sedikit saja kelebihan pun sudah jadi sombong mendabik dada.
Benar sekali pesan suami saya.
“Kalau kita memang orang yang bagus, kita tak perlu bagitahu orang. Orang tahu. Sebab bagus kita tu bukan kita yang rasa-rasa tapi orang lain yang merasa kesan bagusnya seorang kita.”
Kerana itu semua nikmat adalah kelebihan. Juga beban ujian pada masa yang sama. Dan untuk meringankan kelebihan dan beban ini, perlu diletak di atas semuanya adalah…
Akhlak.
Mingguan Wanita : Jadilah orang yang baik. Kerana, akhirnya kebaikan itu bukan saja berbalik pada diri, malah orang lain yang merasai kebaikannya.
Sumber/Foto : Siti Suryani Yaakop