Rupanya bagus sangat bila mak ayah buat aktiviti ‘Wheelbarrow Walk’ ini dengan anak. Menariknya boleh mulakan seawal anak berumur 2 tahun. Aktiviti bermain yang mudah dengan anak, tak perlu keluarkan modal pun tapi sangat bagus untuk pembesaran dan tumbesaran mereka.
Pernah tak buat ‘wheelbarrow walk’ ni dengan anak? Kalau pernah, bagus sangat. Kalau tak pernah, haaaa…. Kena try buat kejap lagi juga tau.
Wheelbarrow walk ni antara pilihan aktiviti yang dekat sangat di hati para Occupational Therapist tau.
Masa kita ajak anak buat wheelbarrow walk ni, dan masa anak nak bagitahu dia nak jalan ke mana, kemahiran sosial tercetus dengan sangat bagusnya.
Masa anak nak adjust tangan, adjust badan supaya sampai ke destinasi sambil berjalan gaya gini, anak kena buat perancangan dalam otak. OT panggil “motor planning”. Masa ni, sel-sel otak anak memang berhubung aktif. Tak payah susu mahal tau! Eh!
Masa anak tampung berat badan dia guna tangan, otot-otot utama anak (core muscles) yang memainkan peranan untuk anak anak boleh duduk lama atas kerusi masa belajar, akan activated. Otot menulis anak pun akan semakin kuat.
Bukan setakat sensori sentuhan dari lantai, sensori mata, pendengaran, sensori pergerakan anak semuanya activated masa wheelbarrow walk ni. Sensori yang aktif adalah penting untuk anak boleh belajar kemahiran dengan baik.
Masa anak buat wheelbarrow walk ni, ada satu benda kita panggil oculo-vestibular yang akan activated tau. Ocula-vestibular ni yang akan mempengaruhi keseimbangan kepala dan mata fokus ketika kepala bergerak. Ini penting untuk anak kita boleh menyalin dari papan hitam dengan baik tau nanti.
Seawal umur 2 tahun tu boleh buat dah. Tapi, kita tak boleh berdiri tegak. Kita kena berjalan melutut. Sebab nanti tinggi sangat kakinya.Kaki anak tu kena lebih kurang 90 darjah macam dalam gambar.
Semoga perkongsian ni bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
‘Umur 3 Tahun Anak Masih Belum Bercakap..’ Pesan Bapa Jangan Ulang Kesilapannya
Anak TAK RAPAT Dengan Mak Ayah Bila Tiada ‘Bonding Emosi’, Kesannya Sampai Dewasa
Mingguan Wanita: Wah bagusnya, banyak manfaat rupanya bila bermain dengan anak buat ‘wheelbarrow walk’ ini. Boleh mulakan seawal anak usia 2 tahun.
Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita