Bagi Ikan Bilis Pada Bayi Kurang Setahun, Selamat Atau Ada Kesan Yang Boleh Mudaratkan Kesihatan Anak?

Share

Pandangan yang agak berbeza, ada mak-mak kata bayi boleh makan ikan bilis dan ada juga yang memang melarang keras bayi comelnya ambil bilis. Jadi sebenarnya ikan bilis itu boleh dimakan bayi atau tidak ya?

Haaa… di sini ada jawapannya, jemput gali ilmu daripada Puan Amalina Mohd Daud ini…

Sekarang ni tak berenti orang berkata. Kejap boleh bagi ikan bilis, kejap tak boleh. Katanya no salt dan no sugar. Jadi kenapa pilih ikan bilis. Kan ada garam. Jadi saya terpanggil untuk buat kupasan secara ilmiah. Harap dapat membantu.

Pemprosesan Ikan Bilis

Di sesetengah negara bilis di makan begitu sahaja fresh tidak di keringkan. Jadi lepas tangkap mereka terus freeze je bilis.

Namun, untuk memastikan bilis boleh tahan lama ia dipreserve kan dengan

1. Ditinkan dalam #oil –> ni saya belum pernah jumpa. Mungkin sebab kurang familiar. Saya agak macam tuna chunk dalam brine atau oil tu kut.

2. Digaram dan dikeringkan –> Ini paling selalu jumpa

Bilis digaramkan dengan garam pada ratio garam:bilis = 1:4 semalaman. Kemudian dipresskan dalam kotak kayu pada suhu bilik selama 2 bulan. Proses ini masih mengekalkan nutrisi bilis dan selamat untuk dimakan berdasarkan kiraan bacteria yang sedikit. (Pubmed research).

Khasiat Ikan Bilis

Bilis sangat berkhasiat. Ia adalah makanan yang baik untuk pertumbuhan otak berdasarkan kandungan omega 3. Jika tulang bilis tidak dibuang, bilis mempunyai kandungan protein dan zat besi yang tinggi.

Namun isunya di sini bolehkah bilis / serbuk bilis diberi pada bayi kurang 2 tahun? Kerana kebanyakan bilis yang kita temui adalah dari jenis dikering dan digaramkan.

Paling ideal sekali, pilih bilis yang fresh. Pilihan pertama di mana bilis difrozenkan dan dibawa ke pelanggan. Namun harganya agak mahal kerana kos tinggi diperlukan untuk menjaga cold chain.

Kedua paling ideal, pilih bilis yang direndam dalam oil. Bila membeli, toskan dan rendamkan bilis pada susu. Kos pun tinggi.

Dan pilihan yang paling praktikal adalah makan bilis kering yang selalu kita jumpa. Boleh sebenarnya nak beri bayi makan bilis kering.

Namun, pilih bilis dari kualiti yang tinggi. Bilis kualiti tinggi mempunyai kandungan garam yang lebih rendah. Dan pastikan bilis itu #direndam air dan ditukar tukar air sampai bilis tidak terasa masin.

Rendaman dalam air melarutkan garam di dalam bilis dipanggil proses diffusion. Sebab tu kena rendam dan tukar air berulang kali sampai tak terasa masin airnya. Bererti kandungan garam sudah hilang.

Cara Nak Bagi Ikan Bilis

Sangai tanpa minyak di atas api dan jadikan ia serbuk.

Atau boleh beli serbuk bilis di pasaran. Namun pastikan mereka mengambil bilis dari gred yang tinggi. Pastikan mereka rendam dan tukar air banyak kali.

Mungkin mindset kena ubah. Bilis bukan dibeli sebagai penambah rasa pada makanan bayi. Bilis kita beri pada bayi kurang 2 tahun kerana khasiatnya. Sumber omega 3 yang MURAH. Sumber protein, kalsium dan zat besi yang sangat tinggi.

IKan bilis selamat untuk bayi jika dari kualiti yang tinggi dan direndam banyak kali untuk hilangkan masinnya.

Published by
Nadia