Ada mak-mak menganggap anak masih kecil dan tidak sesuai untuk buat kerja rumah. Sedangkan inilah masa untuk beri anak peluang rasa tanggungjawab dalam melakukan kerja rumah dan didik mereka untuk galas tanggungjawab pada keluarga.
Baik anak lelaki mahu pun anak perempuan, tidak salah ajar mereka. Bukan hanya di dapur tapi hal-hal yang berkaitan tugas di rumah. Jika mak ayah biarkan ia boleh jadi ‘kebas rasa’ yang tidak mampu membantu apa-apa untuk keluarga seperti yang dikongsikan oleh Dr Anayasmin Azmi ini.
Beri anak peluang rasa tanggungjawab, kelak bila dewasa nanti tidak kekok dalam uruskan rumah tangga sendiri, lebih-lebih lagi bagi seorang anak lelaki. Tak perlu rasa kasihan kerana anak masih kecil dan mengharapkan anak akan sedar dengan sendiri akan tanggungjawab itu.
Sebenarnya, dengan mengajar anak dari kecil inilah mampu menyenangkan mak ayah terutamanya dalam keadaan terdesak, mak demam, tidak sihat atau sebagainya. Dengan beri peluang rasa tanggungjawab sebelum ini, ia mampu digunakan dalam keadaan sebegini.
Baca Artikel Menarik Di Sini: Ibu Ayah 90% Tabiat Anak Mengikut Tabiat Kita. Marah Anak, Sebenarnya Kita Marah Diri Sendiri
Jangan Bandingkan Anak, Mungkin Yang Nakal, Lemah Itulah Jaga Mak Ayah Bila Tua
Info Lebih Menarik DI SINI
Jangan biarkan anak jadi ‘KEBAS RASA’. Kebas maksudnya sarafnya ada tapi TAK RASA!
Ya,
Jom semak, anak-anak kita sekarang,
Jangan biar mereka yang sempurna fizikal, lengkap sistem sarafnya, punya hati tapi KEBAS RASA!
Tertonggeng-tonggenglah si emak menyapu bawah sofa yang dia duduk
Sampaikan kaki si bujang hampir tersentuh dahi mak nya
Nak tolong tu jauh sekali atau nak bangun atau beralih pun jauh sekali..
Si emak bawa bakul dari tingkat atas, bakul penuh baju si anak saja. Sedangkan si anak buat tak nampak
Sambung terus tengok cerita korea
Si emak demam panas, bangkit juga masuk dapur memasak, sedangkan si anak bukan nak bantu. Sebaliknya disuruh buatkan milo panas untuknya.
Ini usia anak sekolah rendah hingga belia
Bukan yang setahun dua yang belum faham apa-apa
Kena beri anak peluang rasa kerja rumah itu juga tanggungjawabnya.
Tak kisahla anak lelaki attau perempuan. Bukan bermakna kita mahu mereka bantu.
Bukan sebab kita nak perguna mereka macam hamba atau kita tak mampu cari orang gaji
TAPI,
Hanya kerana semoga anak itu peroleh kemuliaan dan redha Allah SWT.
Sebab kita bukan hanya didik anak kita tetapi saat ini kita sedang mendidik cucu cicit seluruh keturunan kita
Anak kita ini akan jadi bapa atau ibu suatu hari nanti, kalau sekarang KEBASnya begitu sekali,
Bagaimana zuriat keturunan kita kelak..
Entah,
Tiba-tiba terfikir tentang ini..
#randomthought
#drana
MW: Tepat sekali. Dengan keadaan sekarang yang sesetengah mak turut bekerja, sekurangnya dengan anak membantu buat kerja rumah yang sesuai pun dah cukup meringankan beban mak.
Sumber: Anayasmin Azmi
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita