Perasaan syukur pastinya terbit di hati sesiapa sahaja yang menerima jemputan untuk mengerjakan ibadat Haji yang sememangnya didambakan oleh setiap umat Islam.
Bagi pelakon Elfira Loy, dia merasakan bagaikan bermimpi menerima perkhabaran gembira bakal menjadi tetamu Allah mengerjakan Haji tahun ini.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Elfira Loy sudah pun tiba di Jeddah, Arab Saudi. Malah, perkongsian Elfira Loy atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30 hari ini memperlihatkan dirinya berada di Clock Tower, Mekah.
Umum mengetahui, ibu kepada dua cahayamata ini mendapat panggilan saat akhir menjadi tetamu Allah musim haji 2024. Elfira mendapat jemputan khas Kementerian Media Arab Saudi menunaikan haji musim ini.
Mengakui perasaannya bercampur-campur, antara teruja, gembira dan hiba kerana terpilih menjadi tetamu Allah musim haji 2024, Elfira bersyukur segala persiapan dirinya berjalan lancar meskipun pada saat-saat akhir.
“Perjalanan sangat lancar dan cuaca juga menyenangkan. Saya memang sangat teruja nak sampai ke Tanah Suci. Namun sedih, tak percaya Allah jemput,” tulisnya dalam perkongsian Instagram.
Elfira yang mendapat panggilan haji kurang dua minggu dari tarikh berlepas ke Tanah Suci mengakui membuat persediaan dalam tempoh singkat. Beberapa perkara termasuk ketika urusan ketibaan di Arab Saudi juga harus dilakukan sendiri memandangkan jemputan diberi pada saat akhir.
Namun, baginya semua itu tidak menjadi masalah bahkan segala perkara berjalan tanpa sebarang kekangan.
“Disebabkan ini jemputan saat akhir daripada Saudi Arabia, jadi semua kena urus sendiri. Visa dan ‘check in’ akan minta kita tunjuk sendiri.
“Tetapi semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.
Ads
“Saya menyambut baik panggilan Allah , melalui sambutan Haji dibawah Kementerian Media Arab Saudi. Jemputan ini adalah di saat terakhir ketika semua perancangan mereka telah selesai tapi saya anggap inilah panggilan yang sangat istimewa.
Disaat akhir, selepas menghantar ibu ke Haji saya mendapat berita tentang jemputan ini. Allah Maha Baik , baik sangat dengan saya. Terima kasih ya Allah”.
Beri Peluang Followers Titipkan Doa
Memahami perasaan teruja dan bersyukur diberikan kesempatan ini mengerjakan Haji, ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak ketinggalan membuka peluang kepada pengikut laman sosialnya untuk menitipkan doa.
Malah Elfira membuka ruang dalam laman sosialnya untuk sesiapa sahaja mengirimkan doa untuk dibacakan di Tanah Suci nanti.
Ads
“Insya-Allah akan berangkat ke sana (Mekah) bila tiba musim haji nanti. Boleh sahaja titipkan doa kat sini, nanti insya-Allah saya akan kumpulkan.
Menerusi ruangan komen, ramai pengikut dan rakan seperjuangan mendoakan pelakon Cinta Tanpa Syarat itu beroleh haji yang mabrur.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur,” ujar pengikutnya.
Tahun ini, Elfira bersama beberapa selebriti lain termasuk pelawak yang juga penyampai Hot FM, Johan dan isterinya, Ozlynn menerima jemputan khas dari Kementerian Media Arab Saudi untuk menunaikan haji musim ini.
Tunku Azizah Kongsi Kisah Sedih Siti Nurhaliza Hampir Maut Ketika lahirkan Aafiyah. Baru-baru ini Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkongsi kisah sedih Datuk Seri Siti Nurhaliza hampir maut ketika melahirkan Siti Aafiyah.
Tunku Azizah Kongsi Kisah Sedih Siti Nurhaliza
Baginda berkongsi perkara itu dalam sidang media selepas berkenan merasmikan Pembukaan Alhaya Fertility Centre di Damansara Specialist Hospital 2 di Bukit Lanjan Kuala Lumpur.
“Siti is alive today is a miracle. She will never tell anybody, I will tell you today. Siti nearly die giving birth to Aafyah.
“Keadaan Siti memang bahaya ketika itu dan hanya suaminya Datuk Khalid yang mengetahuinya.
“Kuasa besar Allah, Alhamdulillah Siti selamat dan dikurniakan sepasang cahaya mata menerusi kaedah IVF,” titahnya dalam sidang media tersebut.
Akui Bersyukur Allah Berikan Peluang Terus Hidup
Siti Nurhaliza pada masa sama yang berada di sisi, kelihatan sebak berkongsi momen berkenaan dan mengakui perkara itu satu pengalaman berharga buat dirinya dan bersyukur diberikan peluang oleh Allah untuk terus hidup dan membesarkan anaknya.
Malah, Siti juga mengakui dirinya bertuah kerana turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Afwa.
“Semua pun dah tahu perjalanan saya. Saya ada rakam dan tunjuk di YouTube bahawa hendak dapat cahaya mata sangat mencabar.
“Allah bagi saya macam-macam rezeki dari segi kerja dan sebagainya, Allah duga saya dari segi cahaya mata.
“Saya percaya Allah akan bagi tepat pada masanya, Allhamdulillah dengan apa saya lalui dan saya berehat setahun untuk IVF ketika mahu mendapatkan Aafiyah.
“Masa bersalin saya hadapi komplikasi. Saya tak banyak share dgn masyarkat
Alhamdulillah Allah selamatkan saya dan saya ambil keputusan utk buat kali kedua,” kongsi Siti.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak hijrah mudah, begitulah luahan pelakon Lufya Omar tentang topik tentang penghijrahan. Sememangnya mudah untuk seseorang wanita itu berhijrah dari tidak bertudung kepada berhijab.
Lufya yang kini lebih memberi fokus pada keluarga dan anak selain mengisi masa mencari sumber pendapatan menerusi perniagaan kek yang diusahakannya akui untuk terus istiqamah bukanlah satu perkara mudah.
Nak Hijrah Mudah
Benarlah seperti apa yang diperkatakan oleh Lufya. Untuk terus berhijab banyak rintangannya dan perlu bergaul dengan rakan yang banyak memberi motivasi.
“Nak hijrah mudah…
“Harini Freehair esok dah boleh pakai hijab.
“Yang susah tu Istiqamah.
“Istiqamah ni maknanya tetap teguh mengikuti satu jalan dan konsisten.
Jangan Mudah Putus Asa
“Iman manusia mana yang tidak naik dan turun? Kadang solat dijaga, tapi lemah bab mengawal emosi, tidak berpakaian syari’e,dan sebagainya.
“Kadang akhlak dah elok dengan sesama manusia tapi tiada amalan dan solat awal waktu tidak dijaga. Masalahnya kita tak tahu dengan amalan apakah yang terakhir kita lakukan yang Allah terima untuk masuk syurga.
Sentiasa Baiki Diri
“Konklusinya jangan pernah putus asa dalam menjalani ujian serta cabaran hidup di dunia yang sementara ini kerana Allah sbt tidak pernah ‘putus asa’ terhadap hambaNya selagi hambaNya sentiasa berusaha memperbaiki diri dan memohon keampunan dariNya,” tulis Lufya.
Norlia Ghani dapat sejuta tontonan waktu pertama kali buat ‘live’ TikTok. Pelakon veteran, Norlia Ghani yang kini berusia 77 tahun, semakin aktif di platform TikTok dan berjaya meraih lebih 129,000 pengikut. Beliau juga kerap membuat siaran langsung sebagai satu cara untuk berinteraksi dengan peminat.
Norlia Ghani Dapat Sejuta Tontonan Waktu Pertama Kali Buat ‘Live’ TikTok
Menariknya, siaran langsung pertama yang dilakukan oleh Norlia di TikTok mencatat tontonan yang luar biasa, iaitu sebanyak satu juta tontonan.
“Anak dan cucu saya yang ajar cara nak buat siaran langsung. Saya perhatikan bagaimana mereka lakukan dan dari situ saya belajar. Saya cuma berbual santai saja dengan peminat supaya hubungan lebih rapat. Generasi muda pun kenal saya sekarang,” katanya.
Tambah beliau, tujuan asal beliau bersiaran langsung bukanlah untuk meraih hadiah atau ‘gift’ daripada penonton kerana beliau sendiri tidak begitu arif tentang hal tersebut.
“Saya cuma buat sebab ramai yang kata lama tak nampak saya. Bila saya cuba buat siaran langsung kali pertama, tak sangka pula dapat sejuta tontonan,” katanya.
Norlia turut mengakui ada menerima ‘gift’ daripada penonton ketika bersiaran langsung, namun perkara itu bukan keutamaannya.
“Kalau orang nak bagi, saya terima dengan terbuka. Kalau tak ada pun tak mengapa. Saya pun tak ada jadual tetap, cuma kalau ada masa lapang, terutama ketika menunggu di lokasi penggambaran, saya akan buat siaran langsung sekejap. Bukan setiap hari pun,” ujarnya.
Selain itu, beliau juga menerima tawaran untuk membuat ulasan produk dan kini menjadi duta kepada jenama susu.
“Sekarang saya buat review produk untuk satu jenama susu sebab saya dilantik sebagai duta. Banyak juga produk lain yang ajak saya buat ulasan,” katanya lagi.
Ibu kepada pelakon Rusdi Ramli itu turut mengakui dia tidak dapat lari daripada komen-komen nista daripada netizen yang mengaitkan usia emasnya dengan aplikasi yang dimonopoli oleh Gen Z itu.
“Biarpun ada komen-komen sinis yang mengatakan dah tua-tua pun nak main Tik Tok. Pada mama tak ada masalah.
“Kalau mama nampak komen-komen toksik sebegitu lalu depan mata, mama buat-buat tak nampak sahaja. Tak perlu balas komen mereka.
“Lagipun mama main Tik Tok bukan untuk kejar glamor. Semua orang dah kenal siapa. Norlia Ghani sejak tahun 1969 lagi,” kata yang belajar menggunakan Tik Tok daripada cucunya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...