Penyanyi yang baru saja mendirikan rumahtangga dengan Ashira, Bad Indigo memohon doa dari orang ramai agar proses pembedahan kakinya berjalan lancar dan berharap agar luka yang dialami sembuh.
Bad Indigo Mohon Doa Ramai
Baru-baru ini menerusi perkongsian sebuah hantaran video di akaun Instagramnya, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah menerangkan tentang kesakitan yang dialami.
“Day no 3 at PPUM..still unsure..still waiting. Yang pasti dah tiga hari away from family…especially my wife @ashiraaziz … miss u like crazy sayang .
Kini masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Bad amat menghargai doa-doa dari isteri dan ahli keluarga.
“Doa-doa kalian amatlah saya hargai. Terima kasih semua. Terima kasih kepada isteri tercinta @ashiraaziz , anak2 kami, mak dan keluarga saya, mertua n ipar duai saya yg selalu mendoakan n terus memberi semangat,” ungkapnya lagi.
IKLAN
Sementara itu Ashira juga memberi kata-kata semangat kepada suaminya dan berharap Bad dapat sembuh dan pulang ke rumah segera!
Sedapnya resipi campak-campak udang masak berempah ni. Kalau suka berkuah mak-mak boleh tambah air sikit. Bukan apa menu udang ni memang boleh pelbagai ikut citarasa.Jika selalu buat resipi yang sama je, boleh cuba kelainan ikut resipi ni. Memang mudah, campak-campak je. Makan pula dengan nasi panas-panas.
Boleh cuba resipi daripada Puan Natasha Qalisyaini sebagai rujukan;
Udang masak berempah, Resepi campak-campak.
Bahan-Bahan:
1/2 Kilo Udang
2 sudu besar rempah kari babas Ayam/ikan
2 sudu besar serbuk Cili
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Kicap ABC
1 sudu kecik lada hitam
Sedikit garam &perencah secukup rasa
1@2 tangkai Daun kari
Bawang putih & bawang merah (dihiris)
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan-bahan rempah dan sos di atas.Masak sampai pecah minyak dan tambah air sikit-sikit je.
2. Bila dah pecah minyak, baru masukkan udang, garam dan serbuk secukup rasa.
Dalam dunia ini banyak tabiat pelik dan kadang-kadang tak masuk dek akal. Selain orang mengandung yang kerap dikaitkan dengan tabiat pelik, kanak-kanak kecil juga seringkali dikaitkan dengan pelbagai tabiat pelik.
Begitu juga dengan remaja ini yang dikaitkan dengan tabiat peliknya yang suka mengunyah dan menelan rambut. Bayangkan rambut pun dia makan. Perkara ini terkantoi bila doktor terjumpa 7 kilogram gulungan rambut seorang remaja di India.
Rambut Pun Dia Makan
Di New Delhi, seorang remaja perempuan di India mempunyai tabiat pelik apabila gemar mengunyah dan menelan rambutnya sejak beberapa tahun lalu.
Perkara itu terbongkar selepas doktor merawatnya mendapati sesuatu yang aneh iaitu terdapat gulungan rambut di dalam perutnya.
Sweety Kumari, 17, menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di daerah Bokaro, Jharkhand, penghujung bulan lalu.
Dalam pembedahan selama enam jam itu, doktor berjaya membuang tujuh kilogram (kg) rambut dari dalam perutnya.
Memetik laporan Daily Star, doktor yang mengetuai pembedahan GN Sahu berkata, ia adalah kali pertama dia berdepan dengan kes seperti itu selepas bertugas selama 40 tahun.
Pada awalnya, doktor mengesyaki remaja itu menghidapi ketumbuhan berdasarkan pemeriksaan pertama menggunakan kaedah ultrabunyi.
Tabiat Aneh Telan Rambut
Doktor kemudian berasa curiga selepas mendapat tahu remaja terbabit mempunyai tabiat aneh iaitu gemar menelan rambut.
Hanya selepas pemeriksaan lanjut, doktor mendapati ada gumpalan rambut di dalam perut Kumari.
Dalam pada itu, media melaporkan keadaan itu dikenali sebagai Sindrom Rapunzel adalah antara masalah kesihatan yang amat jarang di dunia.
Menurut Jurnal Perubatan Britain, terdapat kira-kira 90 kes seumpama itu di seluruh dunia pada 2018.
MW: Jangan pelik ya dengan tabiat pelik manusia kerana terdapat banyak ragam manusia yang kadang-kadang kita tak terjangka dek akal.
Kehidupan Norhakilah Ali, 46, diuji sebaik suami disahkan alami masalah mata. Hilanglah mata pencarian dari suami. Terpaksalah ibu tiga anak ini meneruskan pekerjaan sebagai tukang cuci di bilik bedah dekat sebuah hospital di Kedah.
Demi nak cari duit, Norhakilah yang membahasakan dirinya Kak Ilah ini bekerjalah siang dan malam. Membanting tulang empat kerat, tak kira siang atau malam.
“Segala perbelanjaan keluarga semua atas bahu saya. Suami yang tak dapat bekerja akibat masalah mata. Sejak itu, ekonomi keluarga kami mengalami masalah.”
Beban hutang dan perbelanjaan anak-anak sekolah buat Kak Ilah makin tak lena tidurnya.
“Hari-hari saya menungkan nasib keluarga. Lagi-lagi, sayalah tulang belakang keluarga sekarang. Memang tak ada orang lain yang boleh diharapkan.”
Kakak Takut Hendak Mulakan
Cerita kesusahan kakak cukup diketahui adiknya, Nurul Husna Ali, 31 tahun. Semasa kakaknya bersusah payah itu, dia masih lagi bekerja di Kuala Lumpur.
Husna juga tahu yang kakaknya ada membuat kerja sambilan membuat kerepek pisang demi menampung keluarga. Dah lebih 10 tahun pun kakaknya buat kerja sambilan itu. Tapi masih ditakuk yang sama.
“Kerepek pisang ini sudah lama saya usahakan, tetapi saya akan buat bila ada permintaan sahaja kerana waktu saya terbatas. Ada juga saya perlu tolak permintaan mereka.”
Husna tahu kakaknya boleh berjaya jika tahu cara bagaimana mahu menjadikan perniagaan kerepek pisangnya berjaya dan melebar luas pasarannya.
Jadi, dia beritahu pandangannya tentang apa yang kakak perlu lakukan. Kakak dengar saranannya tapi kakak tak mahu laksanakan.
“Dia takut kalau idea yang saya kongsikan itu nanti memakan diri. Tak berjaya. Mana nak bayar hutang.. mana nak sara hidup anak-anak. Sudahnya tak menjadi.”
Syukurlah Husna tak pernah berputus asa dan tetap dan berjaya memujuk kakak dengan bersyarat.
Ini Syarat Yang Adik Letak Dekat Kakak
Waktu itu, Husna masih lagi bekerja di Kuala Lumpur. Niat nak bantu kakak, Husna beritahu kakaknya yang dia mahu berhenti kerja dan fokuskan perniagaan kerepek yang dilakukan kakaknya secara sambilan.
“Saya yakinkan kakak. Beritahu yang saya tahu cara nak pasarkan selain secara tradisional. Akhirnya kakak setuju nak berhenti kerja.” Maka pada awal Mac 2018 kakaknya buat kerepek sepenuh masa.
“Masa itu, saya beri suntikan modal dan dalam masa yang sama sokongan moral. Mulalah saya buatkan perancangan supaya kakak nampak apa yang kena kami lakukan untuk lebih maju dan capai income untuk sebulan.”
Husna pun mulakan platform online dengan membuat fb page Maryam Golden Crunch. Diam tak diam, dari setandan pisang itu, hari ini adik beradik ini dah boleh hasilkan dekat 10 ke 20 KG kerepek pisang dipasar sekitar Kedah dan Selangor.
“Tugas emak mengupas kulit pisang, suami pula cari pisang di pelosok kampung. Ada juga guna pisang yang ayah tanam. Tapi masih belum cukup permintaan. Semuanya dihasilkan secara manual di rumah dekat Lorong Becah Harimau, Kg. Lanjut Malau, Kedah.”
Sabar.. Nanti Allah Permudahkan Segalanya
“Syukur ke hadrat ilahi kerana adik saya membuka minda dan banyak membantu untuk pasarkan, sekarang ini bukan sahaja saya dapat ringankan beban keluarga. Secara tidak langsung saya dapat membantu emak dan ayah saya melalui penghasilan kerepek pisang ini.
“Usaha ini dapat mengukir senyuman kami sekeluarga. Senyuman yang diukir dari hati yang tenang mahal harganya.
“Bagi saya dan untuk wanita di luar sana, jika kita dapat mengenali kemahiran yang di anugerahkan daripada Allah, kita jangan abaikan atau persiakan.
“Mana tahu itu adalah punca rezeki yang dah tertulis. Benar kata Rasullullah 9/10 adalah punca kekayaan daripada perniagaan. Biarpun pada permulaan secara kecil-kecilan. Berkat ilmu, kesabaran, InsyaAllah akan permudahkan segalanya.”
Mingguan Wanita akan mengadakan Webinar Bangkit Wanita secara PERCUMA. Anda yang berminat boleh pilih mendaftar di mana-mana webinar pilihan masing-masing. Klik link untuk info selanjutnya :
Anak syurga berusia 2 hari meninggal, saluran pencernaan bengkak selepas diurut nenek. Tidak semua pandangan orang lama boleh diikuti meskipun ramai mendakwa terlebih dahulu...