
Baca Surah Al-A’la Ayat 6 & 7 Di Ubun-Ubun Anak, Dapat Kuatkan Ingatan! Selain rajin berusaha belajar, terdapat doa-doa tertentu yang mak ayah boleh amalkan dan bacakan pada ubun-ubun anak bagi menguatkan ingatan mereka. Ia merupakan potongan ayat, doa ringkas dari Surah Al-A’la. Sangat bagus diamalkan sepanjang anak-anak menuntut ilmu.
Baca perkongsian daripada Puan Srikandi Aisya ini sebagai panduan;
Pagi tadi Ustazah Mua’zd ada kongsi 1 doa yang dia amalkan sepanjang belajar dekat Mesir.
Doa ni untuk kuatkan ingatan dan cepat pandai belajar hafal Quran inshaallah.Bagus kita amalkan untuk anak-anak. Baca di ubun-ubun anak-anak kita setiap kali lepas solat.
Surah Al-A’LA, Ayat 6 & 7
Maksudnya :
Kami akan membacakan (Al-Quran) kepadamu (Muhammad) sehingga kamu tidak akan lupa. Kecuali jika Allah kehendaki. Sesungguhnya, Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi”
Semoga Bermanfaat.
Mesti Baca:Surah At-Taubah 128-129 ‘Ayat Pengasih’, Amalkan Baca 7 Kali Selepas Solat
Baca Lagi Di Sini:Sukakan Cabaran, Noorkhiriah Tak Sangka Berjaya Sekali Hafal Al-Kahfi Ayat 1-10 Di Set Shooting
Artikel Menarik:Himpunan Segala DOA, Banyak Kelebihan Amalkan Al-Ma’thurat SELEPAS Subuh & Asar!
Mingguan Wanita: Semoga menjadi amalan, Baca ayat Surah al-a’la di ubun-ubun anak selepas solat supaya dapat menguatkan ingatan anak-anak.

Sumber : Srikandi Aisya
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tidak Mandi Wajib Dengan Betul & Sempurna “Rupanya Sudah 15 Tahun Ibadahnya Tak Sah”

Isi Kandungan
ToggleTidak mandi wajib dengan betul & sempurna “RUPANYA SUDAH 15 TAHUN IBADAHNYA TAK SAH”, begitulah yang dikongsikan oleh Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.
Ustazah Asma’ menasihati setiap daripada kita perlu mengambil berat perihal mandi wajib yang betul.
Sememangnya jika mandi wajib tidak sempurna, kesannya bukan kecil. Ibadah yang dilakukan akan menjadi tidak sah kerana diri dalam keadaan hadas besar.
Tidak Mandi Wajib Dengan Betul & Sempurna
Seperti mana yang dikongsikan sememangnya memberi pengajaran buat kita terutama golongan wanita;
“RUPANYA SUDAH 15 TAHUN IBADAHNYA TAK SAH…
Baru-baru ini saya ada terima soalan dalam inbox berkaitan mandi wajib. Ada yang bertanya bagaimana jika ada anggota yang tidak terkena air seperti celah pelipat, sebahagian rambut, kulit kepala, dll.
Kemudian seorang wanita ceritakan bahawa ahli keluarga beliau ada yang tidak mandi wajib dengan betul dan sempurna. Rupanya dah 15 tahun begitu, Allahu Akbar.
Sebenarnya ramai yang masih tak sedar atau buat-buat tak perasan tentang perkara ini. Belum lagi kita bincang tentang anak remaja yang sudah baligh tapi tak diajar tentang cara mandi wajib yang betul.
Sungguh, kesannya bukan kecil. Ibadah yang dilakukan akan menjadi tidak sah kerana diri dalam keadaan hadas besar.
Dalam persoalan ini, saya kongsikan dahulu maksud hadas dan pembahagiannya supaya ia lebih mudah difahami.
Hadas: Keadaan seseorang yang tidak bersih atau suci yang menyebabkan terhalang daripada melakukan ibadah tertentu.
Hadas terbahagi kepada 2 iaitu hadas kecil dan hadas besar.
🔸 Hadas kecil: Keadaan seseorang yang tidak suci sehingga menghalanginya daripada melakukan ibadah tertentu melainkan dengan mengambil wudhu atau bertayammum (jika tiada air).
Sebab-sebab berlakunya hadas kecil adalah:
- Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur.
- Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan yang tidak berlapik.
- Hilang kewarasan akal akibat daripada mabuk, gila, pitam atau tidur kecuali jika seseorang itu tidur dalam keadaan tetap punggung pada tempat tidurnya.
- Bersentuhan kulit di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
🔸 Hadas besar: Keadaan seseorang yang tidak suci yang mewajibkannya untuk mandi hadas (mandi wajib) atau tayammum (jika tiada air) bagi melakukan ibadah tertentu.
Sebab-sebab berlakunya hadas besar adalah:
- Junub.
Janabah bermaksud air mani yang terpancut atau persetubuhan. Oleh itu, orang yang berjunub ialah tidak suci disebabkan keluar mani atau persetubuhan.
- a) Keluar air mani (lelaki atau perempuan).
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
الْمَاءُ مِن الْمَاءِ
Maksudnya: “Air itu kerana air (wajibnya mandi kerana keluarnya air mani).”
(HR Muslim, hadis sahih)
- b) Bersetubuh.
Rasulullah SAW bersabda:
إذَا جَلَسَ بَيْنَ شُعَبِهَا الْأَرْبَعِ وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ وَإِنْ لَمْ يُنْزِل
Maksudnya: “Bila seorang lelaki duduk di antara empat potongan tubuh wanita (dua tangan dan dua kaki) dan tempat khitan bertemu (lelaki dan wanita) maka sungguh wajib mandi meskipun dia tidak mengeluarkan mani.”
(HR Muslim, hadis sahih)
- c) Mimpi (Ihtilam)
Seorang lelaki mahupun perempuan mengalami mimpi basah atau keluar air mani.
Terdapat 3 ciri bila seseorang itu bermimpi:
- Keluarnya air disertai rasa nikmat dan syahwat
- Keluar kerana tadaffuq (aroma seperti adunan roti saat masih basah)
- Putih telur bila sudah kering
- Terhenti darah haid.
Firman Allah SWT:
وَيَسْأَلُونَك عَنْ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللهُ
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah (bergaul) mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu,”
(Surah al-Baqarah 2: 222)
- Terhenti darah nifas.
- Melahirkan anak.
- Meninggal dunia kecuali mati syahid.
🔸 RUKUN MANDI WAJIB
Di dalam kitab Safinatun Najah karya Syeikh Salim bin Sumair Al-Hadhrami menyebutkan, ada 2 perkara yang menjadi RUKUN mandi wajib iaitu:
- Niat.
- Meratakan air ke seluruh tubuh badan.
Dalam kitab tersebut beliau menuliskan:
فُرُوضُ الْغُسْلِ اثْنَانِ النِّيَّةُ وَتَعْمِيْمُ الْبَدَنِ بِالْمَاءِ
Maksudnya: “Fardhu atau rukun mandi ada dua, iaitu niat dan meratakan air ke seluruh tubuh badan.”
🔸 CARA MANDI WAJIB

Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Al-Jawi dalam kitabnya Kasyifatus Saja menerangkan tatacara melaksanakan kedua rukun tersebut.
- Niat mandi wajib berlaku sewaktu siraman air yang pertama jatuh ke anggota badan.
Niat Mandi Wajib
نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ اْلحَدَثِ اْلأَكْبَرِ مِنَ اْلِجنَابَةِ فَرْضًا لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Aku niat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari janabah, fardhu kerana Allah Ta’ala.”
- Meratakan air ke seluruh anggota badan seperti celah-celah jari tangan, kaki, pangkal rambut (yang terikat hendaklah diuraikan), janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur.
Sekiranya terdapat sedikit bahagian tubuh yang belum terkena air maka mandi yang dilakukan itu dianggap TIDAK SAH dan orang tersebut sebenarnya masih dalam keadaan berhadas.
🔸 ADAB MANDI WAJIB
Imam Ghazali menjelaskan dalam kitab Bidayatul Hidayah secara terperinci mengenai adab mandi wajib, antaranya:
- Sewaktu masuk ke bilik mandi ambil air terlebih dahulu, basuh kedua tangan sebanyak 3 kali.
- Bersihkan segala kotoran atau najis yang masih melekat di badan.
- Berwudhuk.
- Ratakan air di kepala sebanyak tiga kali disertai dengan niat.
- Ratakan air ke bahagian badan sebelah kanan 3 kali, kemudian bahagian badan sebelah kiri 3 kali.
- Gosokkan bahagian depan dan belakang badan 3 kali.
- Selakan jari di celah rambut dan janggut (sekiranya ada). Pastikan air mengalir ke setiap lipatan kulit dan pangkal rambut.
Menarik Disini : Yakin Telah Mandi Wajib Dengan Betul? Ini Rujukan Dari JAKIM Sebagai Panduan
Dalam bab bersuci, mungkin masih ramai yang ambil mudah, namun jika tidak difahami dengan baik bimbang akan menjejaskan ibadah kita untuk tempoh jangka masa yang panjang, kerana bersuci ini selalu diguna pakai oleh kita setiap hari.
Semoga panduan ini membantu dalam persoalan tatacara mandi wajib supaya ibadah yang dilakukan sah dan diterima Allah SWT,” kongsi Ustazah Asma’ Harun.
Baca Disini : Tiada Dalil Larang Wanita Potong Kuku & Rambut Ketika Haid, Nifas
Mingguan Wanita : Info yang sangat baik dan berguna buat semua.
Sumber / Sumber Foto: Facebook Asma’ Harun & Canva
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Sayang, Rasa Hormat Pun Mesti Ada, Satu Pakej Tu!

Isi Kandungan
ToggleSelalu kita dengar orang berkata yang jika mahu dihormati maka kita perlu terlebih dahulu menghormati. Ikuti perkongsian daripada Dr. Azhar Haji Sarip, NLP Gold Master Trainer (NFNLP, USA), juga penulis ruangan MUNAJAT di dalam Majalah MINGGUAN WANITA.
Kita Hormat Orang…Orang Homat Kita
Pada saya, ia sangat benar. Kita perlu belajar untuk sentiasa menghormati orang lain biar setinggi mana kedudukan kita. Semakin tinggi kedudukan kita dan semakin pula kita menghormati orang lain maka hormat yang datang kepada kita semakin banyak.
Sudah namanya manusia, rasa mahu dihormati dan diberi penghormatan tinggi pasti ada walaupun hanya sekelumit dalam hati. Kita boleh sahaja mendapatkan penghormatan secara paksa apabila kita mempunyai wang dan kuasa tetapi apabila salah satu atau kedua-duanya hilang maka lenyaplah juga rasa hormat orang kepada kita.
Kalau Dipaksa, Takkan Kekal
Rasa hormat yang datang secara paksaan tidak akan kekal lama. Ia juga merupakan rasa hormat yang tidak mempunyai roh. Pada saya rasa hormat ini datang dalam dua bentuk. Pertama, orang menghormati kita kerana kita perlu dihormati. Apabila kita berada di hadapannya maka kita akan dihormati. Tetapi di belakang kita boleh jadi dikeji. Apatah lagi setelah mati, terus sahaja dilupai.
Rasa hormat yang kedua pula datang setelah wujudnya sayang. Pada saya ia datang setelah sayang dan bukan sebelum sayang. Maksudnya begini… seseorang yang dihormati haruslah terlebih dahulu disayangi. Apabila kita menyayangi seseorang maka kita secara automatik akan menghormatinya.
Dihormati Belum Tentu Disayangi
Kita sering merasakan yang seseorang yang dihormati akan disayangi. Hakikatnya ialah seseorang yang dihormati belum tentu disayangi. Namun seseorang yang disayangi sudah tentu disayangi. Rasa sayang itu adalah roh kepada hormat. Jika kita disayangi maka kita akan dihormati.
Ini kerana apabila seseorang itu yang menyayangi maka dia akan meletakkan orang yang disayangi di tempat paling istimewa dalam hatinya. Maka secara tidak langsung dia akan memberi penghormatan yang tinggi kepada orang disayangi.
Apabila wujud rasa sayang kepada seseorang maka kita tidak mahu dia disakiti. Kita juga tidak mahu dia kecewa. Bahkan kita sentiasa mahu dia bahagia hingga kita sanggup melakukan apa sahaja asal dia menjadi ceria. Kita tidak akan merasa terbeban dengan kehadirannya. Biarpun pun kehadirannya merantai kita kepadanya.
Semakin kuat rasa sayang, semakin kuat pula ikatan peraturan yang wujud hingga kita menjadi takut untuk hatinya tercalar walau sedikit. Kita menjaganya ibarat kereta yang baru kita terima dari kedai. Menjaga hati itu datang daripada perasaan sayang. Menjaga hati itu juga adalah tanda hormat kita kepadanya. Nah, jelaslah yang apabila wujud rasa sayang maka datanglah rasa hormat.
Diragui
Orang yang mengaku menyayangi tetapi tidak menghormati maka sayangnya itu boleh diragui. Ini kerana sayang dan hormat itu adalah satu pakej. Ia datang bersama dan pergi bersama. Orang yang menghormati dengan kasih sayang tidak akan merengus dan terbeban untuk menghormati.
Bagi mereka menghormati itu adalah satu perkara penting dalam kasih sayang. Tetapi jika kita rasa terbeban maka ketahuilah yang ada yang tidak kena dengan perasaan sayang yang diluahkan.

Justeru, jika kita mahu dihormati sememangnya kita perlu menghormati. Langkah awal untuk menghormati ialah menyayangi. Kita perlu ada banyak rasa kasih dan sayang dalam diri untuk dialirkan keluar agar dirasai oleh orang sekeliling kita.
Jika kita sudah menyayangi dan menghormati tetapi kemudian kita disakiti dan dikhianati, usah kita risau dan sedih kerana itu tidak bermakna kita sudah tiada yang menghormati. Mereka yang tidak pandai menghormati orang lain akan sentiasa mahu dihormati.
Hukum Alam
Mereka sentiasa akan sakit hati dan kecewa apabila rasa hormat tidak diberi. Tetapi mereka lupa hukum alam yang sering diceritakan oleh orang bijak bestari…beri sebelum diberi. Orang yang disayangi akan dihormati dan penghormatan yang diberi itu tidak akan diungkit.
Namun mereka yang hanya mahu dihormati akan dihormati ketika mereka tegap berdiri. Tetapi apabila mereka sudah layu tidak mampu menguasai maka hilanglah hormat timbullah benci. Semoga kita sentiasa menghormati, tidak menyakiti jauh sekali mengkhianati.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macamana Nak Menegur Kesilapan Orang Tanpa Terasa Hati? Kuatkan Hati Doa Berterusan” Ustazah Asma’

Isi Kandungan
ToggleMenerusi perkongsiannya pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun menerangkan ada orang yang bertanya kepadanya, macamana nak menegur kesilapan orang tanpa terasa hati, samada orang dekat atau jauh, melalui tulisan atau perkataan.
Jawab Ustazah Asma’, jika tak nak orang terasa hati tak usah tegur.
Ustazah Asma’ “Ingatlah memberi Nasihat Adalah Amalan & Ibadah Yang Sangat Mulia”

Terangnya lagi menerusi perkongsian di entri akaun Facebooknya;
“Saya jawab, kalau taknak orang terasa tak usah tegur, tapi kena kuatkan dengan doa yang berterusan dan bersungguh. Namun jika sangat perlu untuk membuat teguran, maka tak boleh lari daripada terasa hati.
“Ingatlah, memberi nasihat, teguran, apatah lagi jika mencegah kemungkaran adalah satu amalan dan ibadah yang sangat mulia dan dituntut, insyaAllah apa yang boleh dibuat :
1) Ikhlaskan hati, jika benar kita ingin menegur kerana Allah dan untuk kebaikannya, bukan kerana hawa nafsu atau iri hati kita, maka InsyaAllah ia akan sampai ke hati. Ini yang paling susah sebenarnya.
2) Berdoa dan mohon pertolongan daripada Allah swt sebelum memberi teguran :
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”
(Surah Thoha: 25-28)
Ia adalah doa Nabi Musa A.S ketika berdepan dengan firaun, untuk memberi nasihat, berhujah dan menyampaikan dakwah.
3) Berdoa sekali lagi setelah teguran diberikan :
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Maksudnya, “…Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” (Al-Kahfi:10)
4) Bersedia untuk individu yang ditegur bertindak balas seperti marah, menyakitkan hati, memerli atau menuduh dengan pelbagai tohmahan. Pada saat ini, janganlah bersedih dan putus asa, terus ulang doa no.3 di atas. InsyaAllah akhirnya teguran akan diterima.
Jika benar kita tegur kerana Allah swt dan mengharapkan redhaNya, maka kita takkan kecewa jika tindakbalas yang kita perolehi menyedihkan. Pujuklah hati :
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Janganlah Berasa Lemah & Sedih Hati
“Janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, karena kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”
(Surah Ali Imran [3]: 139).
“Sila sebarkan & semoga bermanfaat,” tulis Ustazah Asma’ yang sememangnya begitu memberi banyak manfaat kepada yang pembaca.

Baca Disini Juga:

Isteri Nazrief Nazri Hamil “Saya Akan Menjadi Bapa Tidak Lama Lagi! Alhamdulillah Rezeki”
Anak Sulung Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas ‘Tak Sempat Peluk, Cium Mama’
Pesan Ustazah, Hati-hati Baca Tulisan Yang Membuka Aib Manusia
Warganet Berterima Kasih Atas Perkongsian Bermanfaat
Hajar Damirin
Terima kasih ustazah atas perkongsian…Ustazah tolong doakan saya supaya sentiasa jadi hambaNya yang terbaik ya. Izinkan saya utk terus menimba ilmu yg bermanfaat dari ustazah. Kalau saya ada buat salah atau apa2 dosa yg sengaja/tidak pada ustazah, saya minta maaf ya.
Rohizha Rohizha
Alhamdulillah ustazah terima kasih beri teguran yang terbaik pada mereka hati nya belum dapat hidayah dan petunjuk dari Allah semoga mereka sedar siapa lah dia hidup di bumi Allah yang akan kita tinggal kan ini
Hanizah Hashim Nisa
Saya selalu ambil inisiatif menegur diri saya sendiri depan mereka yang ingin saya tegur. Soal agama ni semua akan terasa kerana kita manusia biasa sifatnya tidak sempurna. Tapi bila dan selalu kita melihat kekhilafan itu terjadi, apatah lg dikalangan ahli kluarga, rakan-rakan rapat, staff, terpaksa juga buka mulut. Untuk kebaikan bersama.
Sumber/Sumber Foto: Facebook Ustazah Asma’ Harun
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI