Allahu.. semoga diberi kekuatan kepada kedua orang tua baby Nishka ini. Meruntun rasa hati bila membaca perkhabaran terbaru tentang anak kecil seusia 4 bulan yang menghidap kanser otak tahap 4 ini.
Dalam instagram rasmi baby Nishka, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham dimaklumkan anak kecil ini agak kritikal keadaannya. Kanser yang ada di kepala juga makin membesar, begitu juga dengan saiz kepalanya.
Selanjutnya perkhabaran tentang baby Nishka,
Ya Allah…sesungguhnya berat untuk kami menelan semua ni tapi mummy daddy tahu adik dah berjuang sedaya upaya adik.. sehabis baik.
Untuk pengetahuan semua.. keadaan baby Nishka agak kritikal dan tenat. Kanser di kepala adik semakin membesar. Saiz kepala juga membesar dari 41 ke 44cm.
Pergerakkan baby Nishka juga sangat minimum. Sejuk je badan adik. Mummy daddy tak sanggup nak tengok adik macam ni.
Semua datang tengok adik. Semua sayang adik.
Semoga Allah mempermudahkan urusan adik.. mummy daddy sayang adik sampai bila-bila sayang
.. #pray4babynishka #braintumorstage4 #doautknishka
Baby Nishka juga mengalami kanser buah pinggang dan menerima rawatan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Ibunya, Khairiah Kamarudin, 35 merupakan seorang pendidik di SK Bandar, Pulai Chondong, Machang. Malah, dia bersyukur kerana dapat berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bekelam di Bachok sejak semalam untuk lebih dekat bagi memantau keadaan anaknya.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan kerana meluluskan permohonan perpindahan saya dan juga pihak HUSM yang merawat serta mengambil bera tentang keadaan bayi saya
.” Tutur isteri kepada Mohd Farham Che Ahmad, 36 kepada Harian Metro.UPDATE : Al Fatihah.. Empat Bulan Bertarung Nyawa, Baby Nishka Pergi Jua
Sumber/Foto : kheyriykhairiah_nishkaofficial , Harian Metro