Baby Naail disunyik ubat RM9.8 juta hasil sumbangan rakyat Malaysia,  senyuman manis  terukir di wajahnya. Saat melihat senyuman terukir di wajah adik Naail selepas menerima suntikan ubat zolgensma yang berharga RM9.8 juta semalam, wajah manis juga terukir di wajah  rakyat Malaysia.

Ini kerana menerusi dana diasaskan oleh Misi Founder, wang RM9.8 juta dapat dicapai dengan cepat hasil sokongan rakyat Malaysia. Baby Naail atau nama sebenarnya Wan Muhammad Naail disahkan mengidap  penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1.

Baby Naail Disuntik Ubat RM9.8 Juta Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia

Sebelum usianya dua tahun, ubat paling efektif untuk merawat penyakit jarang jumpa ini ialah Gene Theraphy, ubat zolgensma berharga RM9.8 juta dan telah pun  selesai diberi disuntik pada Baby Naail semalam.

Satu perkongsian dari ibunya, Raihan Amin di instagram, dirinya menitipkan satu doa buat anak kesayangannya itu.

Doa buat anak mommy Wan Muhammad Naail,

“Ya Allah, Tuhan manusia, hilangkan segala penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali dengan kesembuhan-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit.”

Ads

Senyuman Manis Terukir Di Wajahnya

Namun masa yang sama menjawab pertanyaan orang ramai di ruang komen, Raihan yang juga adik beradik dengan pelakon Fattah Amin memaklumkan, setiap kanak-kanak yang diuj dengan penyakit jarang jumpa ini berbeza-beza perkembangannya.

“Kami ikhtiar ubat ini, untuk hentikan kemerosotan Naail. Yang lain lain, kami serahkan pada Allah. Teruskan rutin harian Naail seperti biasa.,” katanya yang mengharapkan anaknya akan membesar sama seperti kanak-kanak lain.

Ads

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Bayang Pedihnya Kulit Berdarah Baby Afiya, Eina Azman Terus Hulur Bantuan

“Semoga Usaha Kecil Kita Mampu Menyelamatkan Nyawa Luth,” Misi Anzalna Kumpul Dana Rawatan

Hargai Keikhlasan Jaga Anak-Anak, Pelakon Niena Baharun Hadiahkan ‘Babysitter’ Gelang Emas!

Ads

Penantian 6 Tahun, Hamil Anak Pertama, Ibu Muda Reda ‘Seri Muka’ Pergi Dekat Baby

Ternyata, selain Baby Naail, derma untuk adik Athif yang turut memerlukan RM9.8 juta bagi mengubati penyakit jarang jumpanya sudah berjaya dikutip hasil sokongan rakyat Malaysia.

Nampak seperti sukar, namun bagi kedua-dua bayi ini, Baby Naail dan Baby Athif, jumlah dana yang berjaya dikutip dari rakyat Malaysia ialah sebanyak RM29.6 juta dan inilah kasih sayang dari seluruh rakyat Malaysia yang bersatu padu membantu tanpa mengira sesiapa.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Rahsia Awet Muda Anne Ngasri
Datin Anne Ngasri ni wajahnya maintain je awet muda! Antara tip jaga makan tau! Walau kecil molek Anne dah ada anak usia remaja ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI