‘Baby Kecik Ini Pun Nak Caj RM300’ Bapanya Tak Cukup Duit Urus Jenazah Anak

Sayu kisah bapa kematian bayi yang lahir tak cukup bulan ini. Dia diuji tuhan dengan ketidakcukupan wang untuk menguruskan jenazah anak lelakinya yang baru meninggal itu.

Ketika dia membawa jenazah anaknya untuk dikebumikan, pengurusan jenazah surau di tempatnya memintanya pulang. Kerana dia tidak ada RM300 untuk membayar kos pengebumian yang dikenakan.

 

‘Baby Kecik Ini Pun Nak Caj RM300’ Bapanya Tak Cukup Duit Urus Jenazah Anak

 

Kisah sadis ini dikongsikan oleh Mohd Zulhairi Zainol, 34 atau lebih dikenali sebagai Hery yang dibukakan hati oleh Allah untuk membantu memudahkan urusan bapa ini.

Baby kecik macam ni pun nak caj RM300. Modal Hery tadi hanya RM20 je.”

Alhamdulillah selesai. Sadis kisah brader ni. Padahal pagi tadi dia dah bawa jenazah anaknya ini untuk diuruskan di tempatnya.”

Disebabkan dikenakan caj RM300, si ayah ini tak mampu, dah orang tu tak nak uruskan.”

IKLAN

 

‘Baby Kecik Ini Pun Nak Caj RM300’ Bapanya Tak Cukup Duit Urus Jenazah Anak

 

Bapanya Cuma Ada RM150 Saja

Akhirnya anak kecilnya itu dibawa semula ke hospital. Lalu pihak forensik hospital memaklumkan pada Hery yang merupakan aktivis Amal Team.

Terus Hery datang bantu dan uruskan. Mandi dan kafan serta kebumikan.”

IKLAN

Maklum Hery, bapa itu cuma bekerja sebagai pembantu gerai makan. Di saat dia membawa anaknya untuk dikebumikan, dia cuma ada RM150 saja.

Hery cakap simpan saja duit tu.” Terus bapa tadi menangis lalu memeluk Hery, ditangannya masih didakap erat jenazah anaknya.

Semalam, jenazah bayi lelaki itu sudahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di Bangi. Biarpun urusan tersebut telah selesai, jauh di sudut hati Hery tersimpan perasaan sedih.

Kerana sebagai orang Islam, urusan pengebumian itu sepatutnya didahulukan dan menjadi kewajipan sesama Islam untuk saling membantu, namun itu tidak berlaku.”

 

IKLAN

‘Baby Kecik Ini Pun Nak Caj RM300’ Bapanya Tak Cukup Duit Urus Jenazah Anak

Doakan Van Jenazah Ketiga Berjaya Dikeluarkan

Dan terima kasih pada kalian semua. Inilah di antara sumbangan kalian Hery salurkan.” Maklumnya dengan bantuan sumbangan rakan-rakan facebook itulah memudahkan Hery menguruskan jenazah bayi lelaki itu.

Kongsinya lagi daripada sumbangan orang ramai juga pihaknya dapat menyediakan dua van jenazah jenis mpv untuk kegunaan ke hospital dan kegiatan amal yang lain.

Doakan van jenazah ketiga akan berjaya dikeluarkan.”

Untuk siapa semua ini, untuk mereka yang memerlukan bila ada kematian.” Dan rakan-rakan kita ramai boleh mandikan jenazah secara percuma.

Maklumnya lagi, semua itu adalah seratus peratus hasil sumbangan daripada rakan-rakan facebooknya.

Sumber/Foto : Mohd Zulhairi Zainol, Harian Metro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI